Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SIMPULAN BAHASA 1

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

______ bermaksud bernasib baik.

a)

langkah seribu

b)

langkah kanan

c)

langkah kiri

d)

jejak langkah

2.

Tulisan Zhe Zhe memang ___________ dan sukar dibaca oleh gurunya. Oleh itu, dia selalu dimarahi.

a)

tidur-tidur ayam

b)

rabun ayam

c)

ayam tambatan

d)

cakar ayam

3.

Pekerja-pekerja ber__________ di bawah cahaya matahari yang terik untuk menyiapkan projek bangunan komersial itu.

a)

mandi keringat

b)

mandi bunga

c)

mandi kerbau

d)

mandi darah

4.

Kehidupan penduduk di kampung nelayan itu bertambah berhimpit kerana terpaksa berhutang dengan Tuan Mat yang __________ itu.

a)

buaya darat

b)

lintah darat

c)

kera sumbang

d)

lipas kudung

5.

Encik Soh mendapat ___________ dengan memenangi sebuah kereta mewah dalam acara cabutan bertuah itu.

a)

durian tumbang

b)

durian runtuh

c)

runtuh durian

d)

duit kopi

6.

Rentap amat berjasa kepada tanah air kita. Beliau sanggup ber__________ asalkan negara kita bebas daripada penjajah.

a)

putih tulang

b)

putih hati

c)

putih mata

d)

putih rambut

7.

Ayah merupakan ________ sesebuah keluarga. Ayah sanggup bangkit awal daripada tidur dan keluar bekerja demi mencari nafkah hidup.

a)

putih tulang

b)

darah daging

c)

tulang belakang

d)

patah kandar

8.

Janganlah kita ber_________ terhadap seseorang yang kita tidak kenali dengan hanya mendengar kritikan yang diberikan oleh orang lain.

a)

gelap mata

b)

buruk sangka

c)

buruk siku

d)

buruk makan

9.

''Sesiapa pun tidak boleh bercakap dan perlu ________ jika ingin mendengar kicauan unggas yang merdu seperti buluh perindu itu," kata Cikgu Soh.

a)

telinga lintah

b)

telinga kuali

c)

pasang mata

d)

pasang telinga

10.

Cikgu Soh _______ ketika mengetahui beliau ditipu oleh beberapa orang anak murid yang ponteng sekolah.

a)

muntah darah

b)

naik lemak

c)

naik darah

d)

darah muda

11.

Seluruh _______ itu tiba-tiba menjadi senyap dan ketakutan apabila mereka mendengar ketukan pintu yang kuat dari luar. Tiada sesiapa yang berani membuka pintu itu.

a)

ambil hati

b)

isi keluarga

c)

isi hati

d)

isi perut

12.

Ibu bapa tidak patut bersikap ________ terhadap anak-anak supaya perasaan anak tidak tergores.

a)

berat tulang

b)

berat sebelah

c)

berat mulut

d)

batu api

13.

Harry meluahkan ______nya kepada buah hatinya supaya dapat menyelesaikan masalahnya.

a)

sejuk hati

b)

tawar hati

c)

mata hati

d)

isi hati

14.

_____ bermaksud orang yang tidak mahu mengalah atau degil.

a)

kacang hantu

b)

kepala angin

c)

keras kepala

d)

keras tulang

15.

Perajurit itu sanggup mempertahankan _________ daripada ancaman musuh. Semangat patriotisme dalam dirinya memang perlu diteladani.

a)

ibu negeri

b)

ibu jari

c)

ibu pertiwi

d)

ibu pejabat