wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Maulidur Rasul

Total questions: 17

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1. Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada ............................ di .......................

a)

A. 12 Rabi'ul Akhir Tahun Gajah ... Mekah

b)

B. 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah ... Mekah

c)

C. 1 Rabi'ul Awal Tahun Gajah ... Madinah

d)

D. 1 Muharram Tahun Gajah ... Madinah

2.

2. Selepas dilahirkan, Nabi telah dibawa ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan kepada wanita desa. Senaraikan nama ibu-ibu susuan Nabi s.a.w?

(a)  

3.

3. Nabi Muhammad s.a.w mempunyai ..... orang isteri dan .... orang anak.

a)

A. 9 orang ... 9 orang

b)

B. 4 orang ... 7 orang

c)

C. 13 orang ... 7 orang

d)

D. 9 orang ... 13 orang

4.

4. Siapakah nama datuk dan bapa saudara Nabi yang menjaga Nabi selepas kematian ibu dan ayah Baginda ?

a)

A. Abdul Muthalib Bin Hasyim dan Abu Thalib

b)

B. Uwais Al Qarni dan Abu Thalib

c)

C. Abu Thalib dan Abu Lahab

d)

D. Abdullah Bin Abdul Muthalib dan Abdul Muthalib

5.

5. Berikut merupakan sikap Rasulullah SAW, KECUALI ..........

 

a)

A. Suka menderma

b)

B. Kedamaian dan Keadilan

c)

C. Menghormati semua makhluk

d)

D. Ujub dan Kibr

6.

6. Berapakah usia Nabi ketika diangkat menjadi rasul?

a)

A. 25 tahun

b)

B. 35 tahun

c)

C. 40 tahun

d)

D. 63 tahun

7.

7. Sebelum diangkat sebagai rasul, Nabi ber’uzlah (bertahanus) untuk beribadat dan berzikir kepada Allah s.w.t selama sebulan. Dimanakah Nabi ber’uzlah?

a)

A. Gua Hira

b)

B. Gua Niah

c)

C. Gua Tsur

8.

8. Apakah nama surah yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w semasa di Gua Hira?

a)

A. Surah Al -Baqarah

b)

B. Surah Al- Alaq

c)

C. Surah Al Fatihah

d)

D. Surah Al Ikhlas

9.

9. Nabi Muhammad SAW telah menjalankan perintah dakwah selama 23 tahun. Nabi telah berdakwah di Mekah selama ........ sebelum berhijrah ke Madinah dan berdakwah di sana selama .......

a)

A. 20 tahun ..... 3 tahun

b)

B. 3 tahun ..... 20 tahun

c)

C. 10 tahun ..... 13 tahun

d)

D. 13 tahun ..... 10 tahun

10.

10. Selain daripada Saidatina Khadijah dan Saidina Abu Bakar, siapakah orang yang mula-mula masuk Islam sepanjang dakwah Nabi secara sembunyi-sembunyi? (Senaraikan 2 orang)

(a)  

11.

11. Pada tahun ke 10 baginda diutus sebagai Rasul, terdapat dua peristiwa sedih yang besar telah menimpa baginda. Dalam sejarah, tahun tersebut digelar sebagai ‘Aamul Huzni’ iaitu Tahun Kesedihan. Apakah dua musibah tersebut yang menimpa Nabi?

(a)  

12.

12. Setahun selepas tahun kesedihan, Nabi dihiburkan dengan mukjizat yang besar dan pada ketika itu, diwajibkan solat lima waktu sehari semalam.

Apakah nama peristiwa tersebut?



(a)  

13.

13. Peperangan dalam Islam adalah bertujuan untuk mempertahankan agama dan menyebarkan dakwah ke seluruh pelusuk dunia. Islam agama perdamaian dan tidak suka kepada keganasan. Buktinya apabila Islam berjaya menakluki mana-mana wilayah tidak ada dalam sejarah berlaku pemaksaan menukar agama.

Berapakah jumlah perang semasa hayat Nabi Muhamad s.a.w?

a)

A. 4

b)

A. 7

c)

A. 14

d)

A. 17

14.

14. Senaraikan 2 peperangan yang berlaku semasa hayat Nabi Muhamad s.a.w?

(a)  

15.

15. Beliau merupakan seorang remaja yang hebat semasa zaman Rasulullah s.a.w. Beliau begitu disayangi oleh Nabi seperti mana Nabi menyayangi cucu-cucu baginda. Beliau mendapat gelaran Hibb Rasulullah yang bermaksud Jantung Rasulullah. Beliau dilantik menjadi panglima perang pada usia 17 tahun.

Siapakah nama beliau?

(a)  

16.

16. Beliau merupakan seorang remaja hebat semasa zaman Rasulullah s.a.w yang diberi gelaran Safir al- Islam (yang bermaksud orang yang baik dan penghafaz Al Quran). Semasa peperangan Uhud, beliau telah memegang panji bendera tentera Islam namun tangan kanannya telah dipotong oleh pihak musuh lalu bendera dipegang oleh tangan kirinya. Setelah tangan kirinya dipotong, bendera itu dipegang di dadanya. Akhirnya dadanya telah dipanah oleh pihak musuh. Beliau telah mati syahid semasa peperangan itu.

Siapakah nama beliau?

(a)  

17.

17. Nabi Muhammad SAW telah wafat pada usia .........

a)

A. 63 tahun

b)

B. 60 tahun

c)

C. 73 tahun

d)

D. 70 tahun