wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANG KAJI SIMPULAN BAHASA_2022

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Ibu menjadi __________ ketika melihat pelbagai jenis kain sutera yang dijual di butik itu.

a)

jolok mata

b)

rambang mata

c)

putih mata

d)

gelap mata

2.

Louis menjadi ___________ pasukan bola keranjang sekolahnya kerana ketinggian dan kehandalannya menjaringkan gol 3 mata.

a)

ayam jambatan

b)

ayam tambatan

c)

ayam rambutan

d)

ayam loncatan

3.

John dikatakan sebagai ____________ kerana dia selalu memberitahu rahsia rakannya kepada orang lain. Oleh itu, dia tidak disukai rakan-rakannya.

a)

mulut tempayan

b)

mulut murai

c)

berat mulut

d)

ringan mulut

4.

Saya tidak percaya bahawa Encik Atan yang _________ telah mendermakan sejumlah wang yang besar kepada mangsa banjir itu.

a)

naik kepala

b)

batu api

c)

kepala batu

d)

ketam batu

5.

Halim dikatakan ___________ kerana dia meminta balik telefon pintar yang telah diberikan kepada Yong Jian.

a)

buruk makan

b)

kereta buruk

c)

buruk siku

d)

buruk makan

6.

Janganlah kita selalu mengambil __________ dalam melakukan sesuatu perkara. Kita mungkin dapat menyelesaikan perkara itu dengan mudah tetapi kita pasti akan berhadapan dengan kesulitan pada suatu hari nanti.

a)

jalan tar

b)

lalu lintas

c)

jalan mati

d)

jalan pintas

7.

Dalam mesyuarat tadi, Cikgu Soh telah memberikan penjelasan yang ___________ kepada semua ibu bapa supaya memahami pengoperasian sekolah yang bakal dijalankan.

a)

panjang tangan

b)

panjang lebar

c)

panjang tebal

d)

panjang akal

8.

Perniagaannya terpaksa __________ disebabkan kegawatan ekonomi ketika pandemik COVID-19 ini.

a)

paku belanda

b)

gelung tikar

c)

gulung tikar

d)

gulung permaidani

9.

Yun Wen dapat mendengar ketukan pintu pada malam itu kerana dia hanya ________________.

a)

tidur-tidur ayam

b)

tidur-tidur burung

c)

gelap mata

d)

lelap mata

10.

Cikgu Soh ________ ketika mendapati dua orang murid lelaki menconteng dinding tandas sekolah.

a)

naik turun

b)

naik lemak

c)

naik darah

d)

naik kepala

11.

Cikgu Soh tidak __________ untuk melihat budak lelaki itu kelaparan. Oleh itu, beliau telah membawa budak lelaki itu ke sebuah medan selera untuk membeli makanan.

a)

gelap hati

b)

putih hati

c)

berat hati

d)

sampai hati

12.

Wanita yang ___________ itu terpaksa menjual nasi lemak di tepi jalan bagi mencari nafkah hidup semenjak kematian suaminya.

a)

patah kata

b)

patah kandar

c)

patah semangat

d)

patah tangan

13.

Mangsa kemalangan itu menjadi _____________ setelah terlanggar sebatang tiang lampu di tepi jalan. Dia mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

a)

nyawa-nyawa ikan

b)

nyawa-nyawa ayam

c)

pening-pening lalat

d)

ajak-ajak ayam

14.

Peniaga yang tidak ber__________ itu telah merampas tanah pusaka milik ibunya untuk digadai sehingga menyebabkan ibunya kehilangan tempat tinggal.

a)

panas hati

b)

hati sejuk

c)

hati perut

d)

isi hati

15.

Kedatangan saya ke rumah Harry memang ______ kerana ayahnya mempelawa saya menikmati durian di dusunnya.

a)

langkah kiri

b)

langkah seribu

c)

langkah bendul

d)

langkah kanan