wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Tatabahasa Tahun 6

Total questions: 30

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.
 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
a)
Muram
b)
Indah 
c)
Kelam
2.
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
a)
hapak
b)
tengik
c)
hanyir
3.
Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
a)
serak
b)
merdu
c)
nyaring
4.
Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
a)
sombong
b)
ramah
c)
senang
5.
Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
a)
bengkok
b)
lekuk
c)
bengkak
6.
Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam .
a)
sengsara
b)
murung
c)
runsing
7.
Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang
datang dari arah bertentangan .
a)
nyaris
b)
jauh
c)
dekat
8.
Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.
a)
kelajuan
b)
keberanian
c)
kelalaian
9.
Kakak tidak suka akan daging kambing kerana baunya yang ___________
a)
hapak
b)
tengik
c)
hamis
10.
Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
a)
kecil
b)
tebal
c)
besar
11.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Malisa menyapu daun-daun yang __________ di halaman rumah.

a)

musnah

b)

jatuh

c)

gugur

d)

hancur

12.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan dia di _____ oleh rakan-rakannya.

a)

benci

b)

malu

c)

hina

13.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Walaupun nenek telah lanjut usia, namun __________ masih aktif bersukan.

a)

beliau

b)

dia

c)

anda

14.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

“________ mesti sentiasa menjaga nama baik kampung ini,” kata ketua kampung kepada anak buahnya.

a)

Kami

b)

Saya

c)

Kita

15.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


“Ampun __________, memang benar kata-kata bendahara itu,” sembah Temenggung

Ibrahim kepada Sultan Mahmud.

a)

patik

b)

beta

c)

tuanku

16.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Yaya menangis kerana kucing kesayangan_____ mati.

a)

dia

b)

nya

c)

ia

17.

Pilih satu kesalahan tatabahasa dalam ayat di bawah.

Persahabatan antara Jasmine dengan Azyan sudah terjalin selama tiga tahun.

a)

selama

b)

antara

c)

dengan

18.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Walaupun Fazura mengenakan _________ yang nipis, namun dia tetap menawan.

a)

dandanan

b)

andaman

c)

solekan

19.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Letusan Gunung Berapi Krakatau yang dahsyat itu telah _________ banyak nyawa dan harta benda.

a)

mengorbankan

b)

memusnahkan

c)

membinasakan

20.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Kesika ____________sejambak bunga untuk ibu sempena hari jadinya.

a)

menghadiahi

b)

menghadiahkan

c)

dihadiahkan

21.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Saloma telah dianugerahkan gelaran _____ pada tahun 1978

a)

seniman

b)

seniwati

c)

biduanita

22.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


Kang Min Ah yang berasal dari negara Korea itu _______ berbahasa Melayu kerana sudah dua tahun menetap di Malaysia.

a)

fasih

b)

pelat

c)

pandai

23.
Pengetahuan kita akan bertambah luas jika kita ___________ berbahasa asing.
a)
cekap
b)
fasih
c)

pandai

24.
Gelas kaca yang dipegang oleh Adik Ijan _______________ terhempas ke lantai.
a)
langsung
b)
nyaris
c)

terus

25.
Pemandu kereta itu disaman oleh seorang anggota polis kerana memandu dengan _____________.
a)
laju
b)
tangkas
c)

cepat

26.
Ukiran bunga-bungaan pada kerusi kayu itu sangat ____________ buatannya.
a)
halus
b)
licin
c)

anggun

27.
Mak Long Hajar merebus ubi kayu itu hingga ______________.
a)
empuk
b)
lembut
c)

masak

28.

Pilih satu kesalahan tatabahasa dalam ayat di bawah.

Bangunan mecakar langit itu menunjukkan kebolehan arkiteknya yang bijak merancang pembinaannya dengan teliti.

a)

arkiteknya

b)

pembinaannya

c)

mencakar

29.

Kenal pasti satu kesalahan ejaan dalam ayat di bawah.

Ibu bapa saya sering membawa pulang buku-buku dan mengsyorkan kami membacanya.

(a)  

30.

Kenal pasti satu kesalahan ejaan dalam ayat dibawah.


Mentega merupakan makanan yang mempunyai kolestrol yang tinggi.

(a)