NEW
Font size
WorksheetsBM T6 Kata Ganti Nama & Pelbagai Imbuhan
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Hakim menjatuhi penjenayah itu hukuman gantung sampai mati. __________ didapati bersalah kerana memiliki senjata api.
Dia
Kamu
Beliau
Mereka
"__________ hendak bersiram," titah Sultan Mahmud kepada pengawal-pengawalnya.
Beta
Patik
Hamba
Baginda
"Masalah akan dapat diselesaikan jika __________ berdua bertolak ansur dan saling mempercayai," kata Hakim kepada Jamil.
kamu
kita
dia
kami
"__________ perlu berhati-hati kerana di bandar ini selalu sahaja berlaku kecurian," nasihat penghulu kepada pengembara itu.
Saya
Beliau
Mereka
Engkau
"Izinkan __________ masuk ke dalam istana wahai pengawal," kata Si Tuah kepada pengawal istana.
baginda
hamba
beta
engkau
Menurut ketua pasukan itu, kemenangan yang diraih oleh pasukan __________ adalah hasil kerjasama yang mantap ketika beraksi.
dia
saya
mereka
kami
Alimin dan Rajesh datang lewat ke sekolah kerana __________ ketinggalan bas.
mereka
kami
kita
dia
Walaupun Puan Zainab mempunyai sebuah rumah di atas bukit itu, __________ jarang-jarang tinggal di situ.
beliau
kami
saya
kita
Menteri Pelajaran telah merasmikan bangunan baru sekolah. __________ juga telah menyampaikan sumbangan pakaian seragam kepada murid-murid miskin.
Beta
Kamu
Beliau
Engkau
"Ayah dan ibu tiada di rumah kerana __________ pergi ke majlis kenduri kahwin," kata Fatin kepada Pak Rahmat.
dia
anda
kamu
mereka
Nah, ambil wang _______! kata emak sambil menghulurkan wang kepada saya.
itu
ini
sini
situ
Cuaca di _______ sungguh sejuk, kata Sabri sambil menahan kesejukan.
mana
sini
situ
ini
Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _______.
itu
sini
sana
mana
Kalau tidak ada _______ masalah projek itu akan siap sebulan lagi.
apa-apa
bila-bila
mana-mana
siapa-siapa
Jangan berkelakuan _______, tidak elok, nasihat ibu kepada Zarina.
begitu
begini
itu
ini
Jemputlah ke rumah saya _______ encik ada masa lapang.
bila
siapa
bila-bila
siapa-siapa
Entah _______ yang disimpannya di dalam peti besi itu.
bila-bila
apa-apa
siapa-siapa
mana-mana
_______ pun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan.
Bila-bila
Apa-apa
Siapa-siapa
Mana-mana
Duduklah di _______ yang kausuka.
mana
siapa
mana-mana
siapa-siapa
Ulang tahun kemerdekaan Negara kita pada kali _____________ jatuh pada hari Jumaat.
itu
sana
ini
sini
“Peraduan ini terbuka kepada semua pendengar Radio Ceria dan ____________ diminta menulis nama serta alamat dengan jelas,” kata juruhebah itu.
anda
engkau
patik
mereka
"Pastikan ___________ semua mematuhi peraturan yang telah ditetapkan agar tidak akan tersesat,” kata Cikgu Umar kepada semua ahli pasukan pengakap.
kita
kamu
anda
kalian
"Sebagai pelajar, __________ hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru," kata Andrew kepada rakan-rakannya.
kita
saya
kami
mereka
"Apa perasaan __________ apabila terpilih menyertai latihan intensif selama lima bulan di Jerman?" tanya wartawan itu kepada Zulhamizan.
beiiau
engkau
saudara
"Kalau tidak silap patik, pokok tempat __________ bersandar ini namanya pokok Melaka," ujar Panglima Ali kepada Sultan Muzaffar.
baginda
tuanku
hamba
beta
"Tuanku perlu bersiap sedia kerana kita akan berangkat ke Kedah esok," kata Tun Ali kepada panglima.
Betul
Salah
________________ hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati sesama jiran tetangga.
Saya
Awak
Kita
Mereka
Adik Safuan telah menyertai pertandingan melukis poster sempena Hari Kemerdekaan. Lukisan __________ telah memenangi tempat pertama.
saya
kita
nya
beliau
Sultan Pahang berkenan menganugerahkan bintang-bintang kebesaran kepada pemimpin yang berjasa pada Hari Keputeraan __________.
dia
beta
beliau
baginda
"__________ mesti sampai di kaki Gunung Tahan sebelum matahari terbenam," kata Encik Rahman kepada peserta-peserta ekspedisi itu.
Kamu
Awak
Kalian
Anda
“___________ berharap agar rakyat jelata memberikan kerjasama untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi,” titah Sultan Selangor.
Dia
Beta
Kami
Beliau
"Ampun,________," sembah bendahara ketika menghadap sultan.
tuanku
baginda
beta
patik
9 ”________ tidak mampu melaksanakan tugas yang berat itu,” sembah Hang Tuah kepada Sultan Melaka.
Saya
Hamba
Patik
Kita
"__________ akan menyertai perkhemahan kokurikulum di Hutan Lipur Bukit Baka," kata Alif dan Amin kepada Anuar.
Saya
Kami
Kita
Kamu
"__________ akan mencemar duli untuk melihat keadaan rakyat yang dilanda wabak penyakit," kata Bendahara Tun Perak kepada Temenggong Ali.
Beta
Baginda
Patik
Beliau
Adik ... izin daripada ibu untuk pergi ke taman permainan.
diminta
meminta
permintaan
terpinta
Semua penduduk telah ... keputusan untuk ... balai raya itu.
bersetuju ... baikkan
menyetujui ... membaiki
dipersetujui ... dibaiki
persetujuan ... baiki
Hadiah itu adalah ... Encik Shafi kepada isterinya bersempena dengan hari ulang tahun perkahwinan mereka.
diberi
memberi
pemberi
pemberian
Hafizi ... sendirian apabila ... peristiwa lucu tempoh hari.
ditertawakan ... mengingati
tertawakan ... peringatan
mentertawakan ... ingat
tertawa ... teringat
Azim sanggup ... nyawanya semata-mata untuk ... rakannya yang hampir lemas.
menaruh ... selamatkan
bertaruh ... diselamatkan
dipertaruhkan ... terselamat
mempertaruhkan ... menyelamatkan
Penduduk di kawasan pedalaman itu ... penyakit kulit akibat air sungai yang tercemar.
berjangkit
menjangkiti
dijangkiti
jangkitan
"Dalam ... saya, kegagalan murid-murid itu berpunca daripada sikap mereka sendiri," kata Cikgu Ayu.
keamatan
pengamatan
memperamat
teramat
pokok itu tumbang setelah ... kilat petang tadi.
sambaran
disambar
menyambar
bersambar
Kamu perlu ... suara ketika berbual-bual supaya tidak mengganggu orang lain.
kerendahan
merendahkan
perendahkan
terendah
Setiap pagi, anak-anak desa yang berbasikal itu kelihatan ... menuju ke sekolah.
bersaing
menyaingi
persaingan
pesaing
Orang yang ... dalam sesuatu pertubuhan haruslah melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan penuh amanah.
penjawat
menjawat
berjawatan
perjawatan
Beberapa ... daripada penyelidikan itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan saintis yang terlibat.
pendapatan
pendapat
dapatan
dapati
Aktiviti ... secara berbasikal itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
jelajahi
penjelajah
menjelajahi
penjelajahan
Pihak sekolah sedang ... usaha untuk memastikan murid-murid mahir membaca dan menulis.
mengemaskinikan
menguatkuasakan
melipatgandakan
menambahbaikkan
Seseorang pengarah akan sentiasa mencari teknik-teknik baharu dalam ... sesebuah filem.
penghasilan
dihasilkan
berhasil
hasilan
