wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Berkhidmat untuk negara

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan perwatakan Aiman, KECUALI :

a)

A. Bersikap biadap terhadap orang tua

b)

B. Tidak suka tidur

c)

C. Sedar akan kesilapan diri

d)

D. Mementingkan kemewahan diri

2.

Posmen bermohon diri daripada Aiman untuk menyambung kerjanya menghantar surat kepada pelanggan yang lain menunjukkan posmen seorang yang __________ dan __________ dalam menjalankan tugasnya.

a)

A. Amanah, Malas

b)

B. Malas, Cuai

c)

C. Amanah, Bertanggungjawab

d)

D. Bertanggungjawab, Rajin

3.

Berikut merupakan antara pengajaran yang terdapat dalam drama ini KECUALI :

a)

A. Kita mestilah bersikap cinta akan negara

b)

B. Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua dari kita

c)

C. Kita seharusnya menolak untuk berkhidmat demi negara

d)

D. Kita mestilah amanah dalam menjalankan tanggungjawab kita

4.

Berikut merupakan latar masyarakat dalam drama ini KECUALI :

a)

A. Masyarakat yang terlalu manjakan anak

b)

B. Masyarakat yang berpendirian tegas

c)

C. Masyarakat yang tidak menyayangi ahli keluarga

d)

D. Masyarakat yang berpandangan jauh

5.

3. Watak Khir Ghazali digambarkan sebagai seorang yang ____________ apabila beliau tidak bersetuju dengan pendapat Aiman untuk mengecualikannya dari mengikuti PLKN.

a)

A. Tegas

b)

B. Penyayang

c)

C. Rendah Diri

d)

D. Pemarah

6.

Berikut merupakan perwatakan Cikgu Dahari, KECUALI :

a)

Seorang yang tidak bertanggungjawab

b)

Seorang yang berfikiran positif

c)

Seorang yang memberikan galakan kepada murid

d)

Guru di sekolah

7.

Berikut merupakan contoh peristiwa yang membuktikan adanya nilai amanah :

a)

Ibu Aiman memujuk suaminya Khir Ghazali untuk mengecualikan Aiman daripada mengikuti PLKN

b)

Posmen meminta diri untuk meneruskan kerjanya menghantar surat

c)

Kawan-kawan Aiman berbual tentang senarai nama untuk ke PLKN

d)

Aiman melayan Nek Sinah dengan kasar

8.

Tema drama ini?

a)

KESEDARAN GENERASI MUDA DALAM MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK MENERUSI PROGRAM PLKN

b)

REMAJA YANG MEMENTINGKAN KESENANGAN HIDUP DAN TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA

c)

KESEDARAN GENERASI MUDA DALAM MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA YANG DIPEROLEH MELALUI PENGLIBATAN MEREKA DALAM PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)

d)

PROGRAM KHIDMAT LATIHAN NEGARA (PLKN) MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA DALAM JIWA REMAJA

9.

Pilih latar masa yang betul

a)

Waktu petang – Contoh: Selepas balik dari sekolah Aiman beriadah di kawasan rumah

b)

Rumah Aiman. -Contoh: peristiwa Khir Ghazali, Aiman dan Masnah berbincang tentang keengganan Aiman menghadiri PLKN

c)

Waktu pagi – Contoh: Aiman belajar dengan rakan-rakannya di sekolah

d)

Waktu tengah hari. Contoh: Aiman menerima sepucuk surat ketika duduk bersantai di rumah – Nek Sinah menjemput Aiman menikmati makan tengah hari

10.

Aiman enggan menerima surat daripada posmen kerana...

a)

Ayah dan ibunya tiada di rumah

b)

Surat tersebut tiada alamat penerima yang jelas

c)

Tidak berminat menyertai Kem PLKN

d)

Pomen tersebut bersikap sombong dengannya

11.

Apakah tindakan Mak Senah yang menyebabkan Aiman marah kepadanya?

a)

Sering mengingatkan Aiman untuk melakukan segala perkara

b)

Mak Senah meminta Aiman untuk mencuci pinggannya sendiri

c)

Sering menasihati Aiman agar tidak tidur petang

d)

Mak Senah tidak sengaja menumpahkan air pada buku latihan Aiman

12.

Aiman tidak senang hati dengan Sundarani kerana...

a)

beliau merupakan anak orang berada

b)

beliau gemar memerli Aiman

c)

Sundarani tidak terpilih ke Kem PLKN

d)

Sundarani menceritakan keburukan Aiman kepada kawan-kawan

13.

Apakah harapan Aiman terhadap bapanya?

a)

Tidak menghantar Aiman ke Kem PLKN tersebut

b)

Tidak menandatangani surat kebenaran Kem PLKN

c)

Berbincang dengan ibunya agar tidak menghantarnya ke Kem PLKN

d)

Menggunakan kedudukan bapanya untuk mendapat pengecualiaan menghadiri kem tersebut

14.

Mengapa Aiman nekad untuk menyertai Kem PLKN?

a)

Melihat rakan-rakannya berubah dan berjaya setelah menghadiri PLKN

b)

Ayahnya berjanji ingin memberi ganjaran sekiranya beliau mengikutinya

c)

Jumlah elaun yang ditawarkan tinggi

d)

Setelah dirinya teruk dimarahi oleh ibu dan ayahnya

15.

Drama Berkhidmat untuk Negara mengisahkan .......

a)

Hakim, cucu Pak Kaduk yang berusaha menuntu balik tanah datuknya yang dirampas oleh raja.

b)

Mel yang berhasrat untuk menetap di ibu kota tetapi dihalang oleh bondanya.

c)

Mas dan rakan-rakan melancong ke Turki.

d)

Aiman yang tidak mahu mengikuti program PLKN.

16.

Aiman berusaha untuk memujuk ayahnya, Khir Ghazali supaya dia ..........

a)

Aiman dipilih menyertai PLKN.

b)

Aiman dipilih menyertai lawatan ke Turki.

c)

Aiman dikecualikan daripada menyertai PLKN tetapi gagal.

d)

Aiman dikecualikan daripada mengikuti lawatan ke Turki.

17.

Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam drama Berkhidmat untuk Negara, kecuali

a)

Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak

b)

Persoalan tanggungjawab masyarakat terhadap golongan remaja

c)

Persoalan kegigihan anak muda mengusahakan penternakan ayam.

d)

Persoalan ketegasan ibu bapa mendidik anak-anak

18.

Contohnya, sebagai Bapa, Khir Ghazali tidak menurut kehendak Aiman malah Khir Ghazali bertegas supaya Aiman tetap menyertai PLKN.


Contoh tersebut merupakan contoh bagi persoalan _______

a)

Persoalan kesedaran tentang kepentingan menyertai PLKN

b)

Persoalan kebijaksanaan menggunakan strategi untuk menewaskan musuh.

c)

Persoalan sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab.

d)

Persoalan ketegasan ibu bapa mendidik anak-anak

19.

Manakah contoh persoalan tanggungjawab seorang guru memberi pendedahan tentang PLKN kepada murid-murid

a)

Contohnya, Khir Ghazali sangat menyayangi Aiman dan mahu Aiman menyertai PLKN supaya tidak terlibat dengan perkara yang tidak berfaedah.

b)

Contohnya, Cikgu Dahari bertanggungjawab memberi pendedahan tentang Program Latihan Khidmat Negara dan kebaikan jika menyertai PLKN kepada para pelajarnya

c)

Contohnya, Aiman tidak menghormati Nek Siah sebagai orang yang lebih tua.

d)

Ziman berjaya membina sikap berdikari dan jati diri dalam hidupnya setelah mengikuti program PLKN.

20.

Berikut merupakan latar tempat dalam drama Berkhidmat Untuk Negara, KECUALI :

a)

A. Sekolah

b)

B. Tepi tasik

c)

C. Rumah Khir Ghazali

d)

D. Bilik Aiman