Font size
WorksheetsPERNIAGAAN-ULANGKAJI T4
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
Apakah tujuan perniagaan ?
Mencipta barang baru
Mengagihkan barang
Memperoleh keuntungan
Melahirkan usahawan
“ Lebihan daripada hasil jualan setelah semua kos yang terlibat ditolak”. Pernyataan ini merujuk kepada
penjual dan pembeli
keuntungan
ekonomi
pertukaran nilai
Apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan Ahmad Enterprise ?
Mengembangkan perniagaan
Mengukur tahap prestasi
Mendapat pengiktirafan
Membeli bangunan baharu
Apakah berikut manakah ciri milikan tunggal?
Keanggotaan tidak terhad
Modal lebih besar
Laporan kewangan perlu diumumkan
Liabiliti tidak terhad
Perlu membuat bayaran royalti. Berhak menggunakan cap dagangan, tanda nama dan logo. Apakah bentuk pemilikan perniagaan di atas ?
Syarikat berhad
Usaha sama
Francais
Koperasi
Kerajaan berperanan menangani pelbagai isu yang melibatkan bidang perniagaan antaranya…
jenayah
pengangguran
guna tenaga
inflasi
Perniagaan di kawasan kejiranan setempat.Kebenaran berniaga di kawasan pasar malam.Mengawal tahap kesihatan awam. Pihak yang manakah bertanggungjawab menjalankan tugas tersebut
Polis
Kerajaan Pusat
Kementerian Kesihatan
Pihak Berkuasa Tempatan
·Pengecualian cukai
·Elaun cukai pelaburan
Apakah persamaan yang terdapat kepada pengecualian cukai di atas ?
Perniagaan berstatus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Perniagaan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC)
Perniagaan berasaskan makanan
Perniagaan berasaskan sumber utama
Mengapakah pengilang barangan elektrik tempatan mencetak logo SIRIM?
Promosi keluaran baru
Keluaran untuk dieksport
Kuantiti keluaran terhad
Mutu keluaran diperakui
Apakah yang akan berlaku sekiranya negara gagal mencapai guna tenaga penuh?
Politik tidak stabil
Pengangguran meningkat
Wujud pepecahan kaum
Kemelesetan ekonomi
Penetapan visi dalam sesebuah organisasi perniagaan amat penting. Tujuan penetapan visi dalam organisasi perniagaan adalah…
menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
mencapai matlamat dalam tempoh lebih 5 tahun
sasaran yang ingin dicapai secara khusus
mempunyai ciri-ciri SMART
Apakah kepentingan sesebuah perniagaan dalam menguasai syer pasaran?
Menjadi pemimpin dalam pasaran
Melumpuhkan perniagaan lain
Dapat menguasai saham syarikat lain
Meningkatkan persaingan dalam pasaran
Apakah yang terjadi kepada perniagaan jika organisasi gagal mencapai objektif yang telah ditetapkan?
Kehilangan pelanggan
Keuntungan berkurang
Gagal dalam persaingan
Jualan merosot
