wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UNIT 2: PERATURAN BILIK SAINS

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah rambut yang panjang perlu diikat dengan kemas ketika menjalankan aktiviti sains?

a)

Supaya nampak lebih cantik

b)

Untuk mencegah rambut gugur

c)

Supaya penyiasatan sains dapat dijalankan

d)

Untuk mencegah rambut terbakar apabila menggunakan penunu bunsen

2.

Antara berikut, yang manakah tidak boleh dibuang ke dalam sinki?

a)

Air

b)

Alkohol

c)

Kertas tisu

d)

Larutan berwarna

3.

Seorang guru telah menyediakan semua bahan dan radas eksperimen di atas meja. Amin bertindak terus menjalankan eksperimen tersebut dengan merujuk kepada buku teks. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh Amin?

a)

Tidak mengikut prosedur eksperimen

b)

Tidak menjalankan eksperimen secara berkumpulan

c)

Tidak menunggu arahan guru sebelum memulakan penyiasatan

d)

Tidak mencatatkan laporan eksperimen

4.

Ali mendapati jari rakannya luka akibat terkena serpihan radas yang pecah ketika melakukan eksperimen. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Ali?

a)

Merawat rakannya

b)

Melaporkan kepada guru

c)

Meneruskan eksperimen

d)

Membersihkan serpihan radas yang pecah

5.

"DILARANG BERGURAU DAN BERLARI DI DALAM BILIK SAINS"

Maklumat di atas adalah salah satu daripada peraturan Bilik Sains. Mengapakah kita perlu mematuhi peraturan Bilik Sains?

a)

Supaya Bilik Sains sentiasa kemas

b)

Mengelakkan kemalangan di dalam Bilik Sains

c)

Supaya Bilik Sains tidak bising

d)

Elak murid daripada menggunakan Bilik Sains

6.
Mengapakah murid-murid dilarang makan atau minum ketika berada di Bilik Sains?
a)
Makanan atau minuman mereka mungkin dicemari oleh bahan sains
b)
Mereka akan mengganggu murid-murid yang lain
c)
Mereka akan menarik perhatian haiwan perosak.
d)
Mereka akan mengotorkan Bilik sains
7.

Peraturan yang manakah sepatutnya dipatuhi apabila berada di dalam Bilik Sains ?

a)

Bergurau dan berlari di dalam Bilik Sains

b)

Menyentuh , menghidu atau memasukkan sebarang bahan ke dalam mulut tanpa kebenaran guru

c)

Guna peti pertolongan cemas untuk menyiapkan kerja sekolah

d)

Menyusun kerusi dan peralatan dalam Bilik Sains dengan kemas sebelum keluar

8.

Pernyataan di bawah menunjukkan langkah-langkah untuk mengendalikan peralatan sains selepas penyiasatan .


P- Bersih peralatan dengan air sabun

Q- Keringkan peralatan sebelum menyimpan dalam almari

R- Buang sisa pepejal atau bahan buangan ke dalam tong sampah


Susun semula langkah-langkah tersebut mengikut urutan yang betul

a)

P - Q - R

b)

Q - P - R

c)

R - P - Q

d)

P - R - Q

9.

MENGAPAKAH PERLU MEMAKAI KASUT YANG BERTUTUP KETIKA BERADA DI MAKMAL SAINS?

a)

SUPAYA TIDAK MENGOTORKAN MAKMAL SAINS

b)

SUPAYA DAPAT MENYEPAK PERALATAN SAINS

c)

SUPAYA KAKI KITA BERADA DALAM KEADAAN BERJAGA -JAGA

10.

MENGAPAKAH KITA PERLU MENUTUP SUIS KIPAS DAN LAMPU APABILA MENINGGALKAN MAKMAL SAINS?

a)

SUPAYA TIDAK BERLAKU PEMBAZIRAN ELEKTRIK

b)

SUPAYA MAKMAL SAINS KELIHATAN GELAP SENTIASA

c)

SUPAYA MAKMAL SAINS BERHANTU

11.

Bagaimanakah suasana di dalam bilik sains jika aktiviti dijalankan dalam keadaan semua pintu dan tingkap tertutup?

a)

Berasa selesa.

b)

Tidak mendapat membuat sebarang ujikaji.

c)

Tidak mendapat cahaya dan aliran udara yang baik.

d)

Tidak akan berlaku sebarang kemalangan.

12.

Antara berikut yang manakah bukan kemahiran manipulatif di Bilik Sains?

a)

Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat

b)

Membawa keluar peralatan sains dari Bilik Sains

c)

Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul

13.

Antara berikut, apakah kepentingan mengamalkan peraturan di Bilik Sains?

a)

Bilik Sains akan sentiasa ceria

b)

Proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar

c)

Bilik Sains akan menjadi kotor

14.

Rajah berikut menunjukkan satu tindakan yang diambil oleh dua orang murid.


Antara berikut, apakah peraturan di Bilik Sains yang diamalkan oleh murid tersebut?

a)

Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan betul

b)

Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat

c)

Mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul dan cermat

15.
Di manakah peti pertolongan cemas harus diletakkan di Bilik Sains
a)
Di dalam laci
b)
Di atas meja guru
c)
Di dalam almari berkunci
d)
Di tempat yang mudah dilihat
16.
Berikut adalah perbualan dua orang murid ketika menjalankan suatu aktiviti
Rina : Warna larutan ini sangat menarik.
Wani : Biar saya hidu apa baunya.
Tindakan yang manakah harus Rina lakukan?
a)
Melarang Wani menghidu larutan itu
b)
Membiarkan Rina menghidu larutan itu
c)
Mengucap terima kasih kepada Rina
d)
Menghidu larutan itu bersama-sama Rina
17.
Sara dan Dila membuang kertas litmus yang terdapat dalam jus limau ke dalam singki. Apakah yang akan berlaku akibat tindakan murid-murid itu?
a)
Kertas litmus akan habis dengan cepat
b)
Bilik Sains akan berbau busuk
c)
Singki akan tersumbat
d)
Banyak air dibazirkan
18.
Ziana membuang kayu uji berbara ke dalam bakul sampah. Kemungkinan yang manakah boleh berlaku akibat daripada tindakan Ziana?
a)
Kebakaran boleh berlaku
b)
Kecederaan boleh berlaku
c)
Asap akan memenuhi Bilik Sains
d)
Murid-murid akan mengalami sesak nafas
19.
Murid manakah yang mematuhi peraturan Bilik Sains
a)
Ahmad dan Danny
b)
Ahmad dan Seng Lee
c)
Danny dan Haris
d)
Haris dan Seng Lee
20.
J - Hidupkan suis kipas
K-Cuci peralatan sains
L-Buka semua cermin tingkap
M-Ambil bahan dan peralatan sains
------------------------------------------------------
Yang manakah harus dilakukan oleh murid sebaik sahaja memasuki bilik sains
a)
J dan K
b)
J dan L
c)
K dan L
d)
L dan M