WorksheetsKUIZ ANTONIM DAN SINONIM
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pilih perkataan sinonim dengan perkataan yang berwarna dalam ayat.
Saya sering makan di restoran itu kerana masakannya sedap belaka.
selalu
jarang
kadang-kadang
sesekali
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang berwarna dalam ayat.
Encik Abdullah sekeluarga akan berhijrah ke Sabah pada bulan hadapan.
beralih
berpindah
bertandang
berangkat
Pilih perkataan sinonim dengan perkataan yang berwarna dalam ayat.
Ruhainie berasa hampa apabila permohonannya memasuki universiti ditolak.
malu
sedih
kecewa
terkilan
Pilih perkataan sinonim dengan perkataan yang berwarna dalam ayat.
Cik Salina sedang menanam pokok bunga di halaman rumahnya.
anjung
perkarangan
belakang
serambi
Pilih perkataan sinonim dengan perkataan yang berwarna dalam ayat.
Encik Hamidi menyampaikan pendapatnya dengan suara yang lantang dalam mesyuarat itu.
kuat
ragu
cepat
hebat
Pilih perkataan sinonim dengan perkataan yang berwarna dalam ayat.
Puan Zaiton amat risau akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya.
takut
sedih
khuatir
hampa
Pilih perkataan sinonim dengan perkataan yang berwarna dalam ayat.
Adik Suhaila fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun.
laju
yakin
tegas
petah
Pilih perkataan sinonim dengan perkataan yang berwarna dalam ayat.
Keluarga Jisshnu memberi dorongan kepadanya untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor.
sumbangan
cadangan
hasutan
galakan
Pilih perkataan sinonim dengan perkataan yang berwarna dalam ayat.
Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.
layu
hidup
kuncup
kembang
Pilih perkataan sinonim dengan perkataan yang berwarna dalam ayat.
Adik hitung wang simpanannya di dalam tabung.
kira
buang
kumpul
ambil
Tiupan angin yang lembut di tepi pantai di tepi pantai itu sungguh menyegarkan.
Perkataan berlawan bagi lembut ialah
kasar
kencang
kesat
ketat
Perjalanan yang jauh itu sungguh meletihkan.
Perkataan berlawan bagi jauh ialah
lambat
perlahan
dekat
sekejap
Air sungai yang jernih itu menjadi bekalan kepada penduduk kampung.
Perkataan berlawan bagi jernih ialah
malap
suram
keruh
kelam
Penduduk di pinggir bandar itu sering diganggu oleh bunyi bingit dari tapak pembinaan.
Perkataan berlawan bagi bingit ialah
lemah
kaku
diam
sunyi
Wajah Puan Sharifah kelihatan tenang sahaja apabila menerima berita yang sedih itu.
Perkataan berlawan bagi tenang ialah
gelisah
kalut
diam
kacau
Adam menguatkan ikatan tali kasutnya agar tidak terurai apabila berlari nanti.
Perkataan berlawan bagi menguatkan ialah
mengeluarkan
mengetatkan
melonggarkan
membuangkan
Masa yang terluang harus dimanfaatkan dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
Perkataan berlawan bagi dimanfaatkan ialah
diambil
digunakan
disia-siakan
diilhamkan
Buah-buahan yang bersih itu disimpan di dalam peti sejuk.
Perkataan berlawan bagi bersih ialah
busuk
kotor
buruk
segar
Banyak kebaikan yang diperoleh oleh murid-murid yang menyertai program itu.
Perkataan berlawan bagi kebaikan ialah
kejahatan
manfaat
keburukan
kesulitan
Tingkap bilik Ai Lin terbuka sejak malam tadi.
Perkataan berlawan bagi terbuka ialah
tersingkap
tertutup
tersekat
terkopek
