wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Tatabahasa Tahun 6 ( Minggu BM 2021 )

Total questions: 20

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Encik Zakwan membawa keluarganya makan malam di _____ yang popular dengan masakan pantai timur

a)

Gerai Kopi Hasnol

b)

Kafe Siber Maya

c)

Kedai Runcit Hassan

d)

Restoran Selera Timur

2.

Datin Afiqah gemar membeli baju berjenama Rizalman kerana jenama ini amat _______ dan produknya berkualiti

a)

terkenal

b)

mengenali

c)

pengenalan

d)

kenalan

3.

Encik Aiman menyambut _________ para tetamu yang hadir ke majlis perasmian butik baharunya dengan mesra.

a)

datang

b)

kedatangan

c)

pendatang

d)

mendatangkan

4.

"___________ rasa, tuan hamba perlu bertemu dengan Sultan Mansur dan menjelaskan perkara sebenar" kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Baginda

5.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas helikopter itu telah diserahkan kepada renjer kerana mereka lebih mengetahui ___________ hutan simpan itu.

a)

gerak - geri

b)

selok - belok

c)

tindak - tanduk

d)

simpang - siur

6.

Perniagaan Encik Hariz semakin merosot sejak sebulan yang lalu.

Apakah perkataan antonim bagi merosot ?

a)

mengurang

b)

meningkat

c)

membesar

d)

meluas

7.

______________ kah yang bakal menggantikan tempat Tuan Guru Besar selepas beliau bersara wajib nanti?

a)

Apa

b)

Di mana

c)

Berapa

d)

Siapa

8.

4. _____________ Agung Negara Tan Sri P. Ramlee tetap dikenang sehingga kini kerana sumbangannya yang besar kepada negara.

a)

Seniman

b)

Hartawan

c)

Karyawan

d)

Sasterawan

9.

5. Sekumpulan _____________ sedang dilatih cara-cara mengendalikan payung terjun dalam sesi latihan itu.

a)

juruterbang

b)

jurugambar

c)

jurukimpal

d)

juruselam

10.

Asyraff telah diisytiharkan sebagai murid cemerlang. __________, dia masih belum berpuas hati dengan kejayaannya itu.

a)

Walau bagaimanapun

b)

Hal demikian

c)

Lagipun

d)

Kalau begitu

11.

Bagi pencuri itu sudah tiada jalan lain untuk menyelamatkan dirinya. __________, dia mencuba hendak terjun ke dalam air.

a)

Oleh sebab itu

b)

Kalau begitu

c)

Di samping itu

d)

Walau bagaimanapun

12.

Sebelum makan di restoran, pastikan pekerja di restoran itu berpakaian bersih _______ bertopi. Selain itu, pastikan makanan diletakkan di tempat bercermin dan bebas ____________ lalat.

a)

dan ... daripada

b)

daripada ... dan

c)

di ... pada

d)

pada ... di

13.

Aku sepasang kasut bola. Aku digunakan di padang. Jika keadaan padang licin, aku dapat mencengkam tanah ___________ baik.

a)

untuk

b)

dengan

c)

seperti

d)

sejak

14.
Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.
a)
sekali
b)
sangat
c)
benar
d)
nian
15.
Pintar ___________ Sang Monyet kerana berjaya menipu Sang Harimau yang garang itu.
a)
sungguh
b)
terlalu
c)
paling 
d)
agak
16.

7. Umar dianugerahkan sebagai ______ negeri Selangor tahun ini.

a)

sasterawan

b)

olahragawati

c)

negarawan

d)

olahragawan

17.
 Para ........................ yang baru pulang dari membantu mangsa-mangsa banjir itu di sambut meriah di lapangan terbang.
a)
dermawan
b)
karyawan
c)
wartawan
d)
sukarelawan
18.

Kakak ____________ dulang yang berisi beberapa gelas air oren untuk dihidangkan kepada tetamu.

a)

mengilik

b)

menatang

c)

membimbit

d)

memangku

19.

Setiap hari Pak Darwisy ____________ lebih 50 keping roti canai.

a)

menebar

b)

membaling

c)

memasak

d)

menguli

20.

Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris.


Pembonceng motosikal itu nyaris-nyaris dilanggar oleh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

a)

jauh-jauh

b)

rapat-rapat

c)

dekat-dekat

d)

hampir-hampir