Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Sendi Nama Tahun 4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kempen kebersihan yang dilancarkan pada minggu lepas akan berlangsung _____________ minggu hadapan.

a)

dari

b)

kepada

c)

hingga

d)

pada

2.

Suganya dan Moganah bersahabat rapat ________________ mereka belajar di tadika lagi.

a)

daripada

b)

ketika

c)

sejak

d)

sampai

3.

Guru Besar dan guru-guru sekolah sedang berbincang ________________ Majlis Anugerah yang akan diadakan pada minggu hadapan.

a)

tentang

b)

terhadap

c)

agar

d)

supaya

4.

Naren akan menjual keretanya ________________ sesiapa yang berminat.

a)

pada

b)

daripada

c)

kepada

d)

dengan

5.

Saniah menyerahkan kad jemputan majlis perkahwinan itu____________ ibunya yang baru pulang dari pejabat.

a)

daripada

b)

kepada

c)

untuk

d)

pada

6.

Bubu yang digunakan untuk memerangkap ikan diperbuat ________________ rotan.

a)

dari

b)

daripada

c)

oleh

d)

pada

7.

Hadiah ini saya terima __________ ibu dan ayah sempena hari lahir saya.

a)

dari

b)

kepada

c)

daripada

d)

pada

8.

Sara mengupas kulit buah mangga itu ________________ sebilah pisau yang tajam.

a)

untuk

b)

dengan

c)

pada

d)

oleh

9.

Encik Haris bersetuju ________________ harga rumah yang ditawarkan oleh syarikat perumahan tersebut.

a)

kepada

b)

demi

c)

untuk

d)

dengan

10.

Setelah memenangi perlumbaan itu, Puviarasan mengangkat tangannya ______________ menyahut sorakan penonton.

a)

dengan

b)

kepada

c)

untuk

d)

pada

11.

Rohini tinggal ________________ Kampung Sejahtera bersama keluarganya.

a)

dari

b)

kepada

c)

di

d)

pada

12.

Pasukan Keselamatan telah mengetatkan kawalan pintu masuk ke sempadan Malaysia ________________ menjaga keselamatan negara.

a)

akan

b)

demi

c)

agar

d)

supaya

13.

Nasihat awak kepadanya ________________ mencurah air ke daun keladi.

a)

umpama

b)

tentang

c)

antara

d)

sampai

14.

Bungkusan yang saya terima tadi ada ________________ Arfan

a)

di

b)

kepada

c)

untuk

d)

pada

15.

Kamini _____________ menduduki peperiksaan UPSR ___________minggu hadapan.

a)

demi ... ke

b)

akan ... di

c)

oleh ... pada

d)

akan ... pada

16.

Pembukaan bangunan baru dirasmikan ________________ Pegawai Pelajaran Daerah.

a)

pada

b)

kepada

c)

dari

d)

oleh

17.

Cik Nurul ________________ berkahwin ________________ Encik Vijay pada minggu depan.

a)

untuk .. terhadap

b)

akan ...dengan

c)

akan ... pada

d)

akan ... kepada

18.

Nelson berasal ________________ negara Australia

a)

dari

b)

kepada

c)

hingga

d)

pada

19.

Seramai 345 orang murid yang mengambil bahagian _____________ pertandingan melukis itu.

a)

dalam

b)

akan

c)

tentang

d)

untuk

20.

Persahabatan ______________ Hasdi dan Hamid dicemburui oleh Mazlan.

a)

antara

b)

untuk

c)

dalam

d)

kepada