Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kuiz kata ganda - PSR

Total questions: 26

Worksheet time: 52mins

Name
Class
Date
1.

Ah Lin, Mira dan Dewi merupakan _________________ saya semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia dahulu.

a)

kakak-kakak

b)

rakan-rakan

c)

guru-guru

d)

jiran-jiran

2.

Adik makan aiskrim secara _____________ kerana takut dimarahi oleh ibu.

a)

sembunyi-sembunyi

b)

gelap-gelap

c)

sekat-sekat

d)

jauh-jauh

3.

____________ kaum ibu di kampung ini mahir menganyam tikar.

a)

Macam-macam

b)

Masing-masing

c)

Siapa-siapa

d)

Rata-rata

4.

Badan saya ________________ setelah mendaki Gunung Kinabalu yang tinggi itu.

a)

lembik-lembik

b)

gemuk-gemuk

c)

carik-carik

d)

sakit-sakit

5.

Dia menatap gambar ibu yang dirindui itu _____________.

a)

lambat-lambat

b)

hampir-hampir

c)

lama-lama

d)

jelas-jelas

6.

Kuih karipap yang baru lepas digoreng itu ______________ belaka.

a)

comel-comel

b)

panas-panas

c)

cantik-cantik

d)

pahit-pahit

7.

___________ petang mereka berlatih bermain bola sepak di padang.

a)

Siang-siang

b)

Asyik-asyik

c)

Tahu-tahu

d)

Tiap-tiap

8.
Perkataan 'rumah-rumah' ialah golongan Kata Ganda yang mana satu?
a)
Penggandaan Penuh
b)
Penggandaan Separa
c)
Penggandaan Berentak
9.
Perkataan 'tetamu' ialah golongan Kata Ganda yang mana satu?
a)
Penggandaan Penuh
b)
Penggandaan Separa
c)
Penggandaan Berentak
10.
Perkataan 'teka-teki' ialah golongan Kata Ganda yang mana satu?
a)
Penggandaan Penuh
b)
Penggandaan Separa
c)
Penggandaan Berentak
11.
Perkataan mana satukah tergolong dalam golongan kata ganda penuh?
a)
makan-makan
b)
cecair
c)
muda-mudi
12.
Perkataan mana satukah tergolong dalam golongan kata ganda berentak?
a)
lampu-lampu
b)
lelaki
c)
kaya-raya
13.
Badannya _______________ kerana terkena duri pokok.
a)
calar-balar 
b)
comot-momot
c)
bengkang-bengkok
d)
gelap-gelita
14.

Aktiviti ____________ membersihkan taman perumahan diadakan pada setiap akhir bulan.

a)

ziarah - menziarahi

b)

gunung - ganang

c)

kenduri - kendara

d)

gotong - royong

15.

Apabila tiba musim perayaan, penduduk Kampung Nangka Sebiji akan ______________ ke rumah jiran - jiran.

a)

terang - benderang

b)

menguis - nguis

c)

ziarah - menziarahi

d)

berlari - larian

16.

Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang ____________ itu.

a)

bengkang -bengkok

b)

batu - batan

c)

kacau - bilau

d)

haru - biru

17.

Rambut Wenday __________setelah bangun daripada tidur.

a)

compang - camping

b)

robak - rabik

c)

kusut - masai

d)

huru - hara

18.

Guru besar mengambil tindakan tatatertib ______________ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.

a)

porak - peranda

b)

lambat - laun

c)

remeh- temeh

d)

serta - merta

19.

Rumah Nenek Zaharah _____________ dengan suara cucu- cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.

a)

tunggang - langgang

b)

punah - ranah

c)

riuh - rendah

d)

calar - balar

20.

Kaki Bali ___________ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.

a)

punah - ranah

b)

lekuk - lekak

c)

robak - rabik

d)

calar- balar

21.

Encik Lokman mengawasi anak - anaknya yang sedang asyik __________ di pantai itu.

a)

mandi - manda

b)

mundar -mandir

c)

riuh - rendah

d)

kacau - bilau

22.

Majlis itu dihadiri oleh semua rakan dan ____________ terdekat Puan Maisarah.

a)

saudara - mara

b)

limpah - ruah

c)

corat - coret

d)

kuih- muih

23.

Pak Daud mencantas ________ pokok yang sudah mati.

a)

reranting

b)

pepohon

c)

tetulang

d)

dedaun

24.

Adik berasa sangat teruja kerana dapat melihat ikan ____________ semasa melawat Aquaria.

a)

sesumpah

b)

lelumba

c)

kekupu

d)

jejentik

25.

Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai emas kelmarin.

a)

bertukar-tukar

b)

berhujah-hujah

c)

berbalas-balas

d)

berganti-ganti

26.

Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.

a)

riuh-rendah

b)

lintang-pukang

c)

kumat-kamit

d)

lalu-lalang