NEW
Font size
WorksheetsImbuhan Pinjaman S5 - XYF
Total questions: 21
Worksheet time: 7mins
Pekerja itu perlu mengikut panduan _________ membuat layang-layang yang telah disediakan oleh majikannya agar tidak tersilap.
tatacara
tatatertib
tatatusila
tatabahasa
_________ itu menggayakan koleksi pakaian pengantin terbaharu yang direka oleh David Goh.
Seniwati
Pramugari
Peragawati
Olahragawati
Puisi ini ditulis oleh _________ negara yang tersohor di Malaysia.
wartawan
sasterawan
bangsawan
angkasawan
_________ Tan Sri P. Ramlee pernah memenangi banyak anugerah dalam dunia perfileman.
Seniwati
Seniman
Negarawan
Budayawan
_________ untuk melanjutkan pelajaran ke universiti antarabangsa itu amat ketat.
Prasyarat
Prasarana
Prauniversiti
Prasiswazah
Encik Aiman merupakan seorang _________ yang berjaya dalam penternakan ayam.
rupawan
usahawan
sasterawan
budayawan
_________ yang tidak mahu dikenali itu sering menderma kepada anak-anak yatim di seluruh negara.
Karyawan
Dermawan
Sasterawan
Budayawan
Shiela Li telah diumumkan sebagai _________ sekolah pada tahun ini setelah memenangi lima pingat emas semasa hari sukan.
seniwati
sukarelawati
olahragawan
olahragawati
Adik Dina mendaftar di _________ walaupun baru berusia empat tahun.
prakata
prasejarah
prasekolah
prauniversiti
Taman perumahan itu dilengkapi dengan _________ yang lengkap bagi kemudahan para penduduknya.
praujian
prasarana
promoden
prawacana
Semenjak bergelar _________ di Universiti Putra Malaysia, abang saya sangat sibuk.
maharani
mahasiswa
mahamulia
mahakarya
James Tan bercita-cita untuk menjadi _________ kerana dia ingin melihat angkasa lepas.
jutawan
rupawan
dermawan
angkasawan
Apabila bercakap dengan orang yang lebih dewasa, kita hendaklah menjaga _________ agar tidak menyinggung perasaan mereka.
tatacara
tatasusila
tatanegara
tatabahasa
_________ menitahkan pembesarnya supaya memberikan derma kepada rakyat yang dalam kesusahan.
Maharaja
Maharani
Mahaguru
Mahasiswa
"Dalam cerita dongeng itu, puteri _________ mempunyai rambut yang panjang dan kuat sehingga boleh dipanjat oleh putera raja," kata Sharon kepada adiknya.
jutawan
rupawan
karyawan
budayawan
Ziyana dan Amran dilantik menjadi _________ kerana mereka rajin.
karyawan
peragawan
pustakawan
angkasawan
Beberapa orang murid dikenakan tindakan _________ oleh guru disiplin kerana ponteng sekolah.
tatanama
tatatertib
tatakerja
tatatanda
Pemain tenis yang telah memenangi pertandingan itu sedang ditemu ramah oleh _________.
ripawan
karyawan
wartawan
sukarelawan
"Jangan ber_________ buruk terhadap abang kamu jika dia enggan bercakap dengan kamu,” nasihat nenek kepada Seelan.
prakata
prasangka
pramatang
prasekolah
"Saya sedang membuat latihan _________ yang diberikan oleh Cikgu Lai ini," kata Siew Chui kepada kawan-kawannya.
tatacara
tatasusila
tatabahasa
tatanegara
_________ Saloma sangat berbakat dalam bidang lakonan dan nyanyian pada zaman dahulu.
Seniwati
Seniman
Pramugari
Peragawati
