wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.
"Azim, Hafiz dan Badrul tidak hadir semalam kerana __________ ketinggalan bas," kata ketua kelas kepada Cikgu Musa.
a)
mereka
b)
beliau
c)
awak
d)
dia
2.

.“Ampun__________, bolehkah _____mengiringi mereka ke sana?” tanya Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.

a)

beta…hamba

b)

baginda…hamba

c)

tuanku…patik

d)

hamba...tuan hamba

3.

Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.

a)

dan

b)

tetapi

c)

walaupun

d)

manakala

4.

Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.


Asni didenda oleh guru Bahasa Melayunya.

Asni tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan semalam.

a)

dan

b)

atau

c)

walaupun

d)

kerana

5.
Ibu  telah meletakkan sejambangan bunga di __________sebuah meja.
a)
atas
b)
dalam
c)
tengah
d)
hujung
6.
a)

lelangit

b)

peparu

c)

kekisi

d)

jejentik

7.
a)

peparu

b)

pepara

c)

bebola

d)

sesiku

8.

Ah Meng dan kawan-kawannya sedang mengepam bola-bola yang _______ itu di dalam stor sukan.

a)

lonjong

b)

lurus

c)

kempis

d)

kemik

9.

Puan Kamalia ____________ubat herba untuk anaknya yang sakit.

a)

memasak

b)

mereneh

c)

menanak

d)

menjerang

10.

Sarah ___________ idea untuk menyiapkan buku skrap yang diberikan gurunya.

a)

kebuntuan

b)

keberatan

c)

kepekaan

d)

kekeliruan

11.

Muhamad __________ kecil lagi ketika ibunya meninggal dunia.

a)

telah

b)

masih

c)

belum

d)

sedang

12.

Pak Tam sudah berusia lanjut. ___________, dia masih turun ke laut untuk menangkap ikan.

a)

Namun demikian

b)

Di samping itu

c)

Tambahan pula

d)

Walhal

13.

seperti kera ..................

a)

kena garam

b)

kena bawang

c)

kena belacan

d)

kena cili

14.

Lihat gambar di atas dengan teliti. Kemudian, pilih satu peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.


Kecemerlangan seseorang murid dalam peperiksaan hanya boleh diperoleh dengan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh. Hal ini diibaratkan demikian kerana

a)

Usaha Tangga Kejayaan

b)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya

c)

Yang secupak takkan jadi segantan

d)

Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu

15.

“ _________ pertandingan itu akan diadakan?" tanya Cikgu Osman kepada murid Tahun 6 Dedikasi

a)

Bilakan

b)

Apakah

c)

Bila

d)

Di manakah

16.

Puan Lim menggulung tikar di beranda rumahnya.

Pilih perkataan antonim bagi menggulung.

a)

meletak

b)

menebar

c)

mengalas

d)

menghampar

17.

Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat di bawah.


Jangan lupa untuk mengambil reset selepas kamu membuat pembayaran di kaunter.

a)

Reset

b)

Jangan

c)

Pembayaran

d)

Tiada kesalahan ejaan

18.

Pilih ayat yang betul.

a)

A. Bayaran ke Pameran Sains itu bukan mahal sangat.

b)

B. Kebanyakan bahan yang dipamerkan berasal daripada Timur Tengah.

c)

C. Setengah pengunjung yang datang ke pameran itu ialah murid sekolah.

d)

D. Sila dapatkan maklumat pameran di kaunter pertanyaan.