wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJI MINDA : PERAKAUNAN UNTUK SYARIKAT BERHAD

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah akta yang diguna pakai Syarikat Berhad di Malaysia?

a)

Akta Perkongsian 1961

b)

Akta Syarikat 1965

c)

Akta Pendaftaran Pertubuhan 1956

d)

Akta Syarikat 2016

2.

Apakah langkah pertama dalam tatacara penubuhan syarikat?

a)

Membayar fi pendaftaran

b)

Menyerah simpan permohonan pemerbadanan syarikat

c)

Membuat carian nama dan permohonan nama

d)

Menerima notis pemerbadanan

3.

Apakah nama dokumen yang mengandungi maklumat-maklumat berkaitan penubuhan dan pengurusan syarikat?

a)

Ikatan Perjanjian

b)

Notis Pertubuhan

c)

Notis Pemerbadanan

d)

Perlembagaan Syarikat

4.

Penyataan yang manakah yang benar tentang Syarikat Awam Berhad? (pilih 2 sahaja)

a)

Syer disenaraikan di Bursa Malaysia

b)

Syer tidak boleh dipindah milik dengan bebas

c)

Syer boleh ditawarkan dan dijual kepada orang awam

d)

Bilangan pemegang syer tidak lebih 50 orang

5.

Pernyataan manakah yang menerangkan ciri syer biasa?

a)

Kadar dividen tidak tetap

b)

Dividen dibayar terlebih dahulu

c)

Berhak menerima tunggakan dividen

d)

Tiada hak mengundi dalam mesyuarat agung tahunan

6.

Dividen tunai dibahagi kepada dua iaitu dividen interim dan dividen akhir. Betul atau salah

a)

Betul

b)

Salah

7.

Keuntungan yang diagihkan kepada pemegang syer perniagaan adalah

a)

bonus

b)

faedah

c)

dividen

d)

untung besih

8.

Dividen yang dibayar sebelum keuntungan sebenar diketahui di kenali sebagai

a)

Dividen interim

b)

Dividen akhir

c)

Bonus

d)

untung

9.

Kadar dividen pemegang syer keutamaan adalah tetap. Betul atau salah

a)

Betul

b)

Salah

10.

Pemegang syer keutamaan tidak berhak menerima dividen tunggakan.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Pemegang syer manakah yang diberi keutamaan untuk menerima dividen terlebih dahulu.

a)

Syer biasa

b)

syer keutamaan

12.

Pada 16 Januari 2019, syarikat Permata Berhad menerbitkan 3 000 000 unit syer biasa pada harga RM0.50 sesyer kepada orang awam. Semua syer dilanggan dan dibayar penuh pada 31 Januari 2019. Syarikat bersetuju untuk membayar dividen akhir 3% kepada pemegang syer biasa pada akhir tempoh perakaunan. Kira dividen tersebut.

a)

RM30 000

b)

RM35 000

c)

RM40 000

d)

RM45 000

13.

Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Nilam Zamrud Berhad


1) Modal berbayar penuh terdiri daripada 200 000 unit 6% Syer Keutamaan RM200 000

2) Pada 31 Julai 2018 syarikat telah mengisytiharkan dividen interim syer keutamaan.


Bagi tahun berakhir 31 Disember 2018, syarikat telah memutuskan untuk membayar dividen akhir syer keutamaan.


Berapakah dividen akhir?

a)

RM19 000

b)

RM12 000

c)

RM7 000

d)

RM5 000

14.

Syarikat Jasmin Berhad telah didaftarkan dengan modal dibenarkan yang terdiri daripada 50 000 unit 8% syer keutamaan bernilai RM2.00 sesyer dan 500 000 unit syer biasa bernilai RM1.00 sesyer. Semua syer telah diterbitkan dan dibayar penuh oleh orang ramai.


Maklumat di bawah ini menunjukkan keuntungan syarikat yang diperuntukkan untuk pembayaran dividen bagi tahun 2016 hingga 2018.


Tahun Keuntungan (RM)

2016 12 000

2017 6 000

2018 18 000


Berapakah jumlah dividen yang diterima oleh pemegang syer keutamaan pada tahun 2018?

a)

RM6 000

b)

RM8 000

c)

RM10 000

d)

RM16 000

15.

Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Paksi Makmur Berhad pada 1 Januari 2019


Modal diterbitkan dan berbayar penuh 1 000 000 unit 8% syer keutamaan RM2 000 000 4 500 000 unit syer biasa RM2 250 000.


Lembaga Pengarah telah membayar dividen interim 4% pada 30 Jun 2019 kepada pemegang syer biasa dan dividen interim kepada pemegang syer keutamaan.


Pada akhir tahun kewangan, Lembaga Pengarah bersetuju mengisytiharkan 6% dividen akhir bagi pemegang syer biasa.


Berapakah jumlah dividen akhir yang akan dibayar oleh Syarikat Paksi Makmur Berhad?

a)

RM135 000

b)

RM215 000

c)

RM255 000

d)

RM295 000