wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bahasa Melayu

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah amalah yang betul ketika kita batuk dan bersin?

a)

Mendongak ke langit

b)

Menghala ke arah kawan di sebelah

c)

Menutup mulut dan hidung

d)

Menutup telinga

2.

Mengapa kita perlu menutup mulut dan hidung ketika bersin?

a)

Supaya hingus tidak keluar

b)

Supaya dapat mengelakkan jangkitan penyakit

c)

Supaya tidak bising

d)

Supaya nampak sopan

3.

Apakah tindakan yang perlu kita lakukan jika menghidap demam ringan?

a)

Mengajak ibu bapa pergi ke pasaraya

b)

Pergi bermain di taman permainan bersama kawan-kawan

c)

Meminta ibu bapa membawa kita bercuti

d)

Meminta ibu bapa membawa kita ke klinik

4.

Manakah di antara berikut bukan syarat untuk menderma darah?

a)

Berumur 18 hingga 60 tahun

b)

Memiliki berat melebihi 60 kilogram

c)

Bebas daripada penyakit kronik

d)

Tidak mengambil alkohol serta ubatan berjadual

5.

Mustakim seorang murid tahun 4. Adakah dia layak untuk menderma darah?

a)

Ya, kerana dia seorang yang sihat

b)

Tidak, kerana dia mempunya darah jenis A

c)

Ya, kerana di tidak mengambil minuman beralkohol

d)

Tidak, kerana usianya belum mencecah 18 tahun

6.

Pada pendapat kamu, mengapakah kita perlu menderma darah? Pilih 2 jawapan yang disediakan.

a)

Untuk mengisi tabung darah

b)

Untuk membantu orang yang memerlukan

c)

Untuk membuang darah kotor dalam badan

d)

Untuk membuang penyakit dalam badan

7.

Apakah tujuan kita menjaga kesihatan mata?

a)

Untuk memastikan kita tidak rabun warna

b)

Untuk mata kelihatan cantik dan bersinar

c)

Untuk memastikan mata tidak dijangkiti penyakit

d)

Untuk menjaga keseluruhan fungsi penglihatan

8.

Apakah jarak yang sesuai ketika membaca?

a)

Antara 30 mm hingga 40 mm

b)

Antara 30 cm hingga 40 cm

c)

Antara 30 cm hingga 40 mm

d)

Antara 30 km hingga 40 km

9.

Berikut adalah antara senaman mata yang betul kecuali...

a)

Memandang objek yang jauh kemudian yang paling dekat

b)

menggerakkan mata ke kiri, kanan, atas dan bawah

c)

Melihat objek hijau seperti tumbuhan hijau di taman

d)

Menjulingkan biji mata sehingga terasa pening

10.

Pilih penyataan yang salah berkenaan Farmasi Pandu Lalu

a)

Kegunaannya untuk mengambil ubat-ubatan

b)

Boleh juga menempah makanan berkhasiat di situ

c)

Hanya terdapat di hospital-hospital yang terpilih

d)

Perlu menyerahkan slip ubat sebelum mendapatkan bekalan ubatan

11.

"Kamu jangan __________ dalam perbalahan itu," kata Pak Suhud kepada Mak Lijah.

a)

cepat tangan (bermaksud suka mencuri)

b)

ringan tangan (bermaksud suka membantu orang lain)

c)

campur tangan (bermaksud mengambil tahu hal orang lain)

d)

panjang tangan (bermaksud suka mencuri)

12.

Mustakim Billah Shah seorang yang __________ walaupun beliau seorang yang kaya raya.

a)

ringan kepala (bermaksud orang yang mudah memahami sesuatu perkara)

b)

ringan mulut (bermaksud peramah)

c)

rendah diri (bermaksud tidak sombong)

d)

ringan tangan (bermaksud orang yang suka membantu orang lain)

13.

Di dalam Tahun Empat Afnan, hanya Siti Nur Shamimi seorang __________. Apabila ada perlawanan antara kelas, dia hanya sebagai penonton sahaja.

a)

kaki ayam (bermaksud tidak memakai kasut)

b)

kaki bangku (bermaksud tidak tahu bermain bola)

c)

kaki temberang (bermaksud orang yang suka bercakap bohong)

d)

kecil hati (bermaksud berasa tersinggung)

14.

Setelah kedua-dua orang ibu bapanya meninggal dunia, kini Mohd Fatah Aminudin Shakir hidup ______________.

a)

ringan tulang (Orang yang rajin)

b)

sebatang kara (Tidak beribu bapa dan saudara mara)

c)

nyawa-nyawa ikan (Hampir-hampir mati)

d)

berat tulang (Orang yang malas)

15.

Biarlah rahsia antara kita ini tidak diketahui oleh Tukiman kerana dia seorang _______________.

a)

berat mulut (bermaksud pendiam)

b)

mulut tajam (bermaksud suka mengeluarkan kata yang pedas-pedas)

c)

mulut murai (bermaksud orang yang suka bercakap banyak)

d)

mulut tempayan (bermaksud orang yang tidak dapat menyimpan rahsia)

16.

Penduduk Kampung Kuala Kunta Kente berasa __________ kerana kampung kami sering dikunjungi oleh pelancong asing.

a)

iri hati (bermaksud cemburu)

b)

sakit hati (bermaksud tersinggung dan marah kerana dihina misalnya)

c)

tawar hati (bermaksud tidak bersemangat lagi)

d)

besar hati (bermaksud bangga)

17.

Murid baru itu ____________ kepada ketua darjah 4 Arif.

a)

ada bakat (bermaksud bermaksud ada kemahiran)

b)

ada hati (bermaksud bermaksud menaruh perasaan kepada seseorang)

c)

ada angin (bermaksud bermaksud berkelakuan lain daripada biasa)

d)

ada sengat (bermaksud bermaksud ada kuasa)

18.

Saya harap tiada siapa yang ber____________ terhadap apa yang saya katakan tadi kerana semuanya adalah benar belaka.

a)

senyum kambing (bermaksud senyum mengejek)

b)

atas pagar (bermaksud tidak menyebelahi mana-mana pihak)

c)

kecil hati (bermaksud merajuk atau rasa tersinggung)

d)

batu api (bermaksud penghasut)

19.

"Cadangan yang diberikan oleh Encik Nazir itu nampaknya __________ juga," kata Tuan Amirul Suresh.

a)

otak udang (bermaksud bodoh)

b)

otak kering (bermaksud orang yang tidak berapa siuman)

c)

masuk akal (bermaksud pendapat atau saranan yang boleh diterima)

d)

masuk campur (bermaksud mencampuri hal orang lain)

20.

Puan Rozana __________ melihat barang perhiasan yang cantik-cantik di kedai perhiasan itu.

a)

rambang mata (bermaksud tidak tahu yang mana satu untuk dipilih)

b)

salah langkah (bermaksud tersilap melakukan sesuatu)

c)

rabun ayam (bermaksud kurang jelas penglihatan pada waktu senja)

d)

sakit mata (bermaksud tidak suka melihat sesuatu yang tidak menyenangkan hati)