wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LANGKAH KESELAMATAN DIDALAM MAKMAL

Total questions: 28

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan utama memakai sepasang gogal semasa menjalankan eksperimen?

a)

untuk memperbaiki penglihatan

b)

untuk mengenal pasti seseorang dengan lebih baik

c)

untuk melindungi mata daripada terkena bahan kimia

d)

untuk melindungi mata daripada lampu suluh

2.

Alat² berikut merupakan alat perlindungan diri yang patut digunakan semasa menjalankan eksperimen di dalam makmal kecuali,


The following are personal protective equipments that should be used while conducting an experiment in laboratory except

a)

Kot makmal / laboratory coat

b)

Kasut getah / latex shoes

c)

Topeng muka / face mask

d)

Dosimeter / dosimeter

3.

Pernyataan yang manakah bukankepentingan memakai sarung tangan semasa melakukan eksperimen?


Which of the following statement is not the importance of wearing gloves when conducting experiment?

a)

Mengelakkan pencemaran daripada bahan biologi berbahaya / To avoid contamination from dangerous biological substances

b)

Memastikan eksperimen dijalankan dengan cepat / To make sure experiment is done quickly

c)

Melindungi luka tangan yang belum sembuh / To protect wounded hands that has not healed

d)

Mengelakkan terkena tumpahan bahan kimia atau kultur bakteria / To avoid contact with chemical spills or bacteria culture

4.

Cermin mata keselamatan berfungsi


Safety goggles are used

a)

Untuk mengelakkan keletihan mata

To avoid eye strain

b)

Semasa ketiadaan cermin mata

When there is no glasses

c)

Semasa menggunakan bahan kimia atau pemanasan

When using chemicals or heating

d)

Untuk memperbaiki penglihatan anda

To improve your vision

5.

Topeng muka Melindungi hidung dan mulut daripada terhidu bahan kimia yang___ dan mudah meruap serta debu.

a)

Pekat

b)

Masam

c)

Panas

d)

Sengit

6.

Berikut adalah Peralatan Perlindungan Diri KECUALI

a)

Kasut bertutup/kasut keselamatan

b)

Seluar panjang

c)

Baju makmal

d)

Sarung tangan

7.

______digunakan untuk membersihkan dan membilas bahagian badan atau pakaian yang terkena bahan kimia dengan segera.

a)

Mandian kecemasan

b)

Penyiram keselamatan

c)

Penyiram kecemasan

d)

Mandian keselamatan

8.

Kebuk (a)   digunakan untuk menjalankan eksperimen yang menggunakan bahan yang mudah meruap

9.

Bahan sisa beralkali pH 8 boleh dibuang ke dalam singki.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Medium kultur adalah bahan sisa dalam kategori

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

11.

Dinyahkontaminasi secara autoklaf dan Dilupuskan secara terus ke dalam sistem kumbahan melalui singki makmal atau tandas

a)

Kategori bahan sisa A

b)

Kategori bahan sisa B

c)

Kategori bahan sisa C

d)

Kategori bahan sisa D

12.

Hubungi Jabatan Bomba sekiranya ________ tumpah

a)

Asid hidroklorik pekat

b)

Natrium klorida pekat

c)

Merkuri dari termometer

d)

Ammonium klorida

13.

Pencuci tangan, pembilas mata dan penyiram kecemasan ialah contoh peralatan kecemasan. Fungsi pembilas mata adalah untuk

a)

membersihkan tangan daripada kekotoran dan bahan kimia berbahaya

b)

membilas dan mencuci mata yang terkena percikan bahan kimia

c)

membersihkan badan dan membilas bahagian anggota badan atau pakaian yang terkena tumpahan bahan kimia berbahaya

14.

Bahan sisa biologi terbahagi kepada bahan biobahaya dan bahan bukan biobahaya. Apakah maksud bahan sisa biologi biobahaya

a)

tisu hidupan, radas atau bahan yang mengandungi agen biobahaya seperti virus dan bakteria dan bahan toksin seperti bahan kumuh

b)

tisu manusia atau hidupan lain yang tidak mengandungi agen biobahaya dan tidak berjangkit.

15.

Rajah menunjukkan sebuah tong biobahaya. Antara berikut kategori manakah sesuai untuk dibuang ke dalam tong tersebut

a)

Kategori A- sisa tajam

b)

kategori B- Sisa bukan tajam

c)

Kategori C- Sisa bangkai, tisu organisma atau organ

d)

Kategori D- Sisa cecair badan

16.

Bahan sisa biologi biobahaya perlu dilupuskan mengikut Prosedur Operasi Standard (POS). Kebanyakan sisa perlu dinyahkontaminasikan menggunakan mesin autoklaf untuk menyingkirkan sebarang bentuk bahan pencemar. Antara berikut, sisa yang manakah perlu disejuk beku sebelum dilupuskan

a)

Kategori A- Jarum, picagari

b)

Kategori B- Tisu, kapas, sarung tangan

c)

Kategori C- Bangkai haiwan, tisu haiwan

d)

Kategori D- Darah, air liur, serum

17.

Bahan sisa dinyahkontaminasi dalam mesin autoklaf dan dilupuskan sisa secara terus ke dalam sistem kumbahan melalui sinki makmal atau tandas. Pernyataan di atas adalah berkaitan cara pelupusan sisa

a)

Kategori A- sisa tajam

b)

Kategori B- sisa bukan tajam

c)

Kategori C- sisa bangkai, organ atau tisu organisma

d)

Kategori D- sisa cecair badan

18.

Jika bahagian anggota badan terkena tumpahan merkuri, langkah keselamatan berikut perlu dilakukan kecuali

a)

jumpa doktor dengan segera

b)

sekat kawasan tumpahan merkuri daripada merebak menggunakan taburan serbuk sulfur

c)

maklum kepada guru atau pembantu makmal dengan serta merta

d)

hubungi jabatan bomba sekiranya perlu

e)

menyentuh merkuri menggunakan tangan

19.

Rajah menunjukkan sepasang sarung tangan.

Antara berikut yang manakah bukan fungsinya?

a)

Melindungi tangan daripada bahan kimia

b)

Melindungi tangan semasa melakukan eksperimen

c)

Melindungi tangan supaya tidak kasar

d)

Melindungi badan apabila mengangkat benda berat

20.

Apakah fungsi kebuk wasap?

a)

Menjalankan uji kaji sains

b)

Menjalankan uji kaji bahan-bahan yang mudah meruap dan beracun

c)

Menyimpan bahan-bahan yang mudah meruap

d)

Menyimpan bahan-bahan yang mudah terbakar

21.

Antara yang berikut yang manakah peralatan yang sesuai digunakan jika murid terkena bahan kimia pada kulit dan mata ?

a)

Pembilas mata

b)

Gogal

c)

Kebuk wasap

d)

Baju makmal

22.

Pernyataan di bawah adalah merujuk kepada bahan sisa buangan X


cara pelupusan

  • di bungkus dan dimasukkan ke dalam beg biobahaya
  • Perlu dinyahkontaminasi secara autoklaf

Apakah bahan X?

a)

Bahan buangan organ

b)

Bahan buangan pepejal

c)

Bahan buangan biologi

d)

Bahan buangan cecair

23.
Bahan sisa biologi dibahagikan kepada berapa kategori?
a)
1
b)
2
c)
3
d)
4
24.
Yang manakah bukan sisa biologi Kategori A?
a)
picagari
b)
jarum
c)
bilah skalpel
d)
sarung tangan
25.

Mengapakah selipar tidak boleh dipakai semasa di dalam makmal sains?

a)

tidak mematuhi etika pemakaian

b)

kaki boleh tercedera jika terkena tumpahan bahan kimia dan objek tajam

c)

tidak cantik

d)

untuk mengurangkan bau

26.

Apakah nilai pH bagi bahan yang boleh dibuang ke dalam singki makmal?

a)

7 sahaja

b)

kurang daripada 5

c)

lebih daripada 9

d)

antara 5 dan 9

27.

Antara bahan buangan berikut, yang manakah adalah kategori D di bawah prosedur operasi standard (SOP) bagi pelupusan sisa biologi?

a)

haiwan uji kaji

b)

darah

c)

picagari

d)

sarung tangan

28.

Antara bahan berikut, yang manakah sekiranya tertumpah di dalam makmal memerlukan bantuan daripada pihak Bomba untuk tindakan seterusnya?

a)

gris

b)

merkuri

c)

petrol

d)

iodin