wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BLBTB Quiz (Untuk dewasa)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama unta yang ditunggangi oleh Rasulullah semasa hijrah Baginda ke Madinah?

a)

Al-Duldul

b)

Al-Qaswa

c)

Fiddah

d)

Al-Ailiyah

2.

Dalam Perang Badar, apakah nama sahabat yang diberi sebatang kayu oleh Rasulullahﷺ yang kemudian bertukar menjadi pedang?

a)

Saidina Ukashah ra

b)

Saidina Ali ra

c)

Saidina Huzaifah ra

d)

Saidina Uthman ra

3.

Bilakah Rasulullahﷺ menunaikan haji wada’?

a)

Tahun 9 Hijriyyah

b)

Tahun 10 Hijriyyah

c)

Tahun 11 Hijriyyah

d)

Tahun 12 Hijriyyah

4.

Sahabat yang manakah yang merupakan di antara 10 Sahabat yang dijamin syurga?

a)

Saidina Hamzah ra

b)

Saidina Bilal ra

c)

Saidina Abu Huraira ra

d)

Saidina Sa'd bin Abi Waqqas

5.

Apakah ayat dalam Qur’an yang memerintah kita untuk berselawat kepada Rasulullahﷺ?

a)

Surah At-Taubah, Ayat 56

b)

Surah Al-Ahzab, Ayat 65

c)

Surah Muhammad, Ayat 2

d)

Surah Al-Ahzab, Ayat 56

6.

Apakah nama yang Rasulullahﷺ akan dikenali dengannya di syurga?

a)

Muhammadﷺ

b)

Ahmadﷺ

c)

Al-Mahiﷺ

d)

Tahaﷺ

7.

Berapakah jumlah anak Rasulullahﷺ?

a)

5

b)

7

c)

9

d)

11

8.

Baginda ﷺ bersabda mengenai sebuah Sunnah ‘ Jika bukan kerana ia akan memberatkan bagi umatku, aku akan mewajibkannya tiap kali mereka solat.’ Pahala solat juga akan berganda 70 kali dengannya. Apakah sunnah tersebut?

a)

Baca Surah An-Nas

b)

Beristighfar

c)

Bersiwak

d)

Bercelak

9.

Apakah nama salah satu pedang Rasulullahﷺ?

a)

'Anazah

b)

Dhulfiqar

c)

Qadib

d)

Mihjan

10.

Apakah makna ‘Muhammmad’ﷺ?

a)

Yang dihormati

b)

Yang disanjungi

c)

Yang sentiasa dipuji

d)

Yang dikeji

11.

Siapakah anak Rasulullahﷺ yang digelar sebagai sebahagian daripada Rasulullah ﷺ?

a)

Sayyidah Ruqayyah ra

b)

Sayyidah Ummu Kulthum ra

c)

Sayyidah Zaynab ra

d)

Sayyidah Fatimah Azzahra' ra

12.

Berapa lamakah tempoh Rasulullahﷺ mengajak orang beriman secara bersembunyi?

a)

6 bulan

b)

1 tahun

c)

3 tahun

d)

5 tahun

13.

Siapakah isteri pertama yang dikahwini Rasulullahﷺ selepas kematian Sayyidatina Khadijah ra?

a)

Sayyidah Saudah ra

b)

Sayyidah 'Aishah ra

c)

Sayyidah Hafsah ra

d)

Sayyidah Ummu Habibah

14.

Apakah makna syamail?

a)

Sifat fizikal, akhlaq dan cara kehidupan Rasulullah ﷺ

b)

Mukjizat Rasulullah ﷺ

c)

Sejarah kehidupan Rasulullah ﷺ

d)

Kata-kata nasihat dan perbuatan Rasulullah ﷺ

15.

Apakah amalan yang diterima Allah walaupun dilakukan tanpa kehadiran hati?

a)

Solat

b)

Selawat

c)

Istighfar

d)

Tafakkur