WorksheetsBahasa Melayu Tahun 1
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
2. Amin mengajak ayahnya ke ______ untuk melihat panda.
Zoo Negara
Bank Negara
Masjid Negara
Muzium Negara
3. "------- hendak bermain bola jaring atau bola tampar?" tanya Kamil.
Kami
Kamu
Mereka
Baginda
4. Zakiah membantu ibunya _____ cermin tingkap.
mengelap
menyusun
memberus
mengemas
5. Adik suka mengejar _____ yang berwarna-warni itu.
kura-kura
anai-anai
kelip-kelip
rama-rama
6. Anak-anak Encik Mazlan yang _____ itu melanjutkan pelajaran ke luar negara.
cantik-cantik
pandai-pandai
nakal-nakal
budak-budak
7. Rambut adik yang kusut itu _____ oleh ibu.
ditarik
digilap
disikat
dipenggal
8. Kamarul memandu keretanya apabila lampu isyarat berwarna ______.
biru
hijau
merah
kuning
9. Encik Majid berasa _____ kerana anaknya telah berjaya.
merana
kecewa
gembira
gementar
" _____, kamu rupanya yang menegur saya tadi!" kata Daud.
Oh
Amboi
Hoi
Hai
" _______ pijak rumput di sana, " kata Kok Wei.
Sila
Harap
Jemput
Jangan
12. Ali tidak dapat mengangkat kotak yang ______.
kuat
ringan
tegap
berat
13. Kumaran berasa gembira apabila menerima surat _____ kawan baiknya.
ke
dari
kepada
daripada
14. " _____ yang telah memenangi pertandingan syair itu?" tanya Rama kepada Beng Hong.
Bilakah
Apakah
Siapakah
Di manakah
15. "____kah kamu sekeluarga akan bercuti nanti?" tanya Fatihah kepada Suhaili.
siapa
mana
bila
bagaimana
16. "Ke _____kah ayah akan membawa kita pergi berkelah, ibu?
siapa
mana
berapa
bagaimana
17. Kamu hendak memilih baju biru _____ baju merah?
dan
atau
tetapi
sambil
18. Latihan bola sepak itu dibatalkan ______ hari hujan.
dan
atau
tetapi
kerana
19. Tolong beri semua pensel ini _____ Laila.
kepada
ke
dari
daripada
20. Lagu itu dinyanyikan oleh ______ yang terkenal.
penari
pelakon
penyanyi
pemandu
1. Mereka menaiki _______ ke Pulau Pinang.
bot
kapal
feri
sampan
