NEW
Font size
WorksheetsKata Kerja
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Biola itu _____________ oleh Lily dengan irama yang begitu gemersik sekali.
digosok
digesek
dialun
ditarik
Kakak sedang _________ ikan yang baru dibeli oleh emak dari pasar pagi tadi.
memotong
menyembelih
menyiang
memanggang
Pekerja di ladang teh Cameron Highlands itu sedang ________daun-daun teh untuk dijadikan serbuk teh.
memungut
memetik
mengunting
mencantas
Pak Utih sedang______________pokok rambutan di hadapan rumahnya dengan sebilah kapak.
menumbang
mengerat
menebang
memenggal
Mak cik Ramlah __________sebakul sayur-sayuran yang segar untuk dijual di pasar tani.
mengelek
mengandar
menjunjung
memikul
Ibu sedang _________padi untuk membuat emping.
mengasing
memotong
menumbuk
meracik
Kisah kejayaan murid itu mencipta sejenis peralatan berteknologi tinggi menggunakan bahan-bahan terbuang telah ... di dada akhbar.
terpamer
tergambar
terbentang
terpampang
Bot nelayan itu berolang-aling di laut apabila ... ombak yang kuat.
diangkat
ditampar
dilambung
ditentang
Panglima Damak ... keris itu di pinggangnya kemas-kemas.
mencelahkan
menanamkan
memasukkan
menyisipkan
Amir_________ kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
merintih
mengeluh
mengenang
mengerang
Wahida _________ apabila dimarah oleh wanita yang tidak dikenali semasa membeli buku.
tergagap
terlupa
tercengang
tersenyum
Ibu tekun ____________ daun pisang untuk dijadikan pembungkus kuih koci.
membakar
memanggang
melayur
memanas
Nasi yang ___________ oleh emak sangat wangi kerana menggunakan beras yang diimport dari Siam.
dikukus
dimasak
direbus
ditanak
Ayah _________ air teh yang masih panas itu berlahan-lahan.
menghirup
meneguk
menghisap
menuang
"Janganlah kamu berasa __________ dengan gurauan Razman itu," kata Hadi kepada Amir.
tersinggung
terasing
terusik
termalu
Setelah bersantap, baginda menuju ke kamar untuk ____________.
bersiram
bertitah
beradu
bersemayam
Sampah-sarap itu ______________lalu ________________ oleh Encik Ramadhan.
dikumpul ...dibakar
dibawa ...divakum
dikumpul...dicuci
Puteri Hana Humaira sedang ________________ surat itu yang ______________ oleh ayahnya.
ditulis ... membaca
menulis ... dibaca
dibaca ... menulis
membaca ... ditulis
Pengumuman kerajaan untuk _________ harga petrol telah menarik perhatian rakyat.
menjatuhkan
menurunkan
merendahkan
mengecilkan
Emak ________ minyak angin pada perut adik untuk melegakan perut adik yang kembung itu.
menggenyehkan
menyentalkan
melumurkan
memasangkan
Putera raja yang mangkat itu telah _________ berhampiran dengan makam bondanya.
dikebumikan
disemadikan
dimakamkan
ditanam
Anak ayam itu lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
A merenggut
B menyambar
C merampas
D mengambil
Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
memicit
melenyek
memerah
menindih
Tukang kayu itu sedang ___________ papan di bengkel.
mengetam
mengerat
memotong
menebang
Kaum nelayan bertumpu di sekitar Pulau Kapas untuk __________ sotong.
menjerat
mencandat
memikat
mengail
