NEW
Font size
WorksheetsKATA ADJEKTIF 1
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Kami memerlukan galah yang lebih ____________ untuk mengait buah rambutan itu.
panjang
usang
lemau
tengik
Gulai ikan yang dimasak oleh ibu Kit Yin semalam telah _________ kerana terlupa disimpan di dalam peti sejuk.
buruk
basi
dingin
teruk
Ikan yang disiang oleh tukang masak itu berbau __________. Oleh itu, ikan itu perlu diperap dengan rempah yang wangi.
hancing
hapak
haring
hanyir
Kakinya menjadi _________ setelah lama duduk bersila di atas lantai.
kaku
beku
dingin
kejur
Ubi keledek yang ____________ itu sesuai dijadikan kuih keledek goreng dan memang disukai ramai.
gebu
gembur
empuk
lemau
Biskut di dalam tin ini cepat ______________ jika penutup bekas tidak ditutup dengan rapi.
empuk
gembur
lembut
lemau
Wanita yang _________ mengandung itu berjalan dengan perlahan dan cermat supaya tidak terjatuh.
sorak
serat
sarat
serak
Walaupun hanya berusia tiga bulan, adik lelaki Zi Ling berambut ________ dan hitam.
lebat
labuh
lambat
lembab
Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan ___________ kerana masa sudah suntuk.
longlai
terburu-buru
hening
gopoh
Cara bermain pemain itu terhadap lawannya amat ________ sehingga mencederakan pihak lawannya.
kasar
kesat
lucu
kisar
Suara biduanita yang merdu itu dapat menambat hati pendengarnya. Semua penonton memberikan tepukan yang _________ sejurus persembahannya tamat.
gementar
gemuruh
perlahan
hodoh
Jutawan yang ________ itu tidak sanggup mendermakan sedikit wang untuk mangsa banjir.
berahi
segan
jemu
bakhil
Pemuda itu _______terjatuh dari tangga kerana permukaan anak tangga yang licin.
nyaris
laris
selari
nyenyak
Yong Zhe tidur dengan ________ setelah penat bekerja seharian di bendang.
nyaris
loya
n
nyenyak
Dinding rumah kedai yang lama itu telah __________ akibat dilanda gempa bumi.
rapuh
hancur
retak
pecah
