NEW
Font size
WorksheetsPerniagaan Bab 3 Ting 4
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Pernyataan manakah yang benar tentang visi?
I. Menggambarkan matlamat jangka panjang yang ingin
dicapai
II. Mengambil masa melebihi lima tahun untuk
mencapainya
III. Menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
IV. Menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah yang dimaksudkan dengan misi?
Panduan dalam membuat keputusan
Pembentukan matlamat yang lebih khusus
Penetapan perancangan jangka masa panjang perniagaan
Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan perniagaan
Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?
Motivasi pekerja akan terjejas
Imej produk terjejas di mata pengguna
Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan
Terpaksa mengurangkan harga jualan barang
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif sesebuah perniagaan.
Perniagaan Perabot G2 Enterprise menyediakan jadual kerja untuk menyiapkan perabot mengikut tempahan pelanggan.
Apakah ciri objektif yang terlibat?
Spesifik
Munasabah
Jangka masa
Boleh diukur
Manakah yang merupakan faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif organisasinya?
Sumber manusia
Ekonomi
Undang-undang
Politik
Encik Asrul telah menubuhkan sebuah perniagaan menjual baju kurung di Sebuyau pada 14 Ogos 2019. Apakah misi yang sesuai bagi perniagaan Encik Asrul
Menjual baju kurung yang menepati cita rasa tempatan
menjadi sebuah perniagaan yang popular di Kuala Lumpur
Melahirkan pekerja yang mahir dalam membuat baju kurung
Mencapai jualan sebanyak 2000 helai baju kurung dalam setiap bulan
"Syarikat akan mengeluarkan sebanyak 100 000 unit kereta penumpang dan sebanyak 50 000 unit motosikal berkuasa tinggi pada tahun hadapan."
Apakah ciri objektif yang baik yang dipenuhi oleh Encik Salam?
boleh diukur (measureable)
Munasabah (Realistic)
Boleh dicapai (attainable)
jangka masa (Time frame)
Organisasi manakah yang merupakan contoh Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)?
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan visi dan misi?
A Visi menyokong penyataan misi
B Visi lebih umum berbanding misi
C Visi dibuat terlebih dahulu daripada misi
D Visi dibuat oleh pengurusan atasan sementara misi dibuat oleh pengurus pertengahan
Syarikat Batik Ehsan Terengganu mensasarkan pengeluaran batik sebanyak 5,000 helai dalam tempoh masa seminggu sebagai memenuhi permintaan pelanggan dalam dan luar negara. Nyatakan ciri-ciri SMART dalam penetapan objektif syarikat Batik Ehsan Terengganu.
A Spesifik
B Munasabah
C Jangka masa
D Boleh dicapai
Apakah yang dimaksudkan dengan ciri objektif boleh dicapai?
A Mengeluarkan produk dengan kemampuan mesin sedia ada
B Meramalkan kuantiti produk yang diminta oleh pelanggan
C Selaraskan kemampuan pengeluaran dengan kuantiti permintaan
D Bilangan pekerja yang mencukupi untuk mengeluarkan jumlah produk yang telah ditetapkan oleh perniagaan
Apakah faedah pihak bank mengetahui misi sesebuah perniagaan?
A Menilai aktiviti perniagaan yang dijalankan
B Menentukan jumlah pinjaman perniagaan yang ingin diluluskan
C Menjangkakan kejayaan organisasi perniagaan pada masa panjang
D Menilai kemampuan organisasi perniagaan membayar balik pinjaman
Pernyataan berikut berkaitan dengan Syarikat Mantap Mantop.
[Syarikat Mantap Mantop ingin meningkatkan keuntungan sebanyak 15% dalam tahun 2019]
Antara berikut, yang manakah benar berkaitan dengan visi Syarikat ABC ?
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
Dibentuk untuk meningkatkan motivasi pekerja
Kaedah untuk mencapai matlamat oleh organisasi
Merupakan tujuan asas pembentukan sesebuah organisasi
Pilih pernyataan yang berkaitan dengan konsep visi yang betul.
Ditetapkan oleh pihak pengurusan bawahan
Satu pernyataan tentang tujuan kewujudan organisasi
Objektif harus ditetapkan terlebih dahulu sebelum visi organisasi
Visi dapat dicapai dalam masa melebihi lima tahun
Apakah kesan kegagalan mendapatkan untung terhadap imej perniagaan ?
Sukar untuk mendapat pembiayaan bank
Terpaksa membayar pembekal secara tunai
Pengguna tidak akan membeli produk syarikat
Sukar untuk mendapatkan bekalan bahan mentah
Rajah 3 berkaitan dengan graf kos dan hasil yang terlibat dalam suatu pengeluaran
Titik pulang modal berlaku pada titik?
W
X
Y
Z
Syarikat Smartees Sdn. Bhd. mengeluarkan beg sekolah. Kos tetap yang ditanggung oleh syarikat ialah RM350 000. Beg dijual dengan harga RM60 seunit. Kos berubah seunit RM25. Modal syarikat berjumlah RM400 000.
Berapakah titik pulang modal?
10 000 unit
14 000 unit
16 000 unit
20 000 unit
Pernyataan manakah yang tepat menerangkan misi perniagaan?
Satu perancangan jangka panjang
Maklumat tentang tujuan perniagaan dengan tepat dan khusus
Pernyataan ringkas tentang tujuan kewujudan sesebuah organisasi
sebagai hala tuju sesebuah organisasi dalam membuat keputusan atau tindakan
"Syarikat Neomotor Sdn Bhd akan mengeluarkan sebanyak 100,000 unit kereta dan sebanyak 50,000 unit motosikal berkuasa tinggi pada tahun hadapan".
Apakah ciri objektif yang baik yang dipenuhi oleh Syarikat Neomotor Sdn Bhd?
Boleh diukur (Measurable)
Munasabah (Realistic)
Boleh dicapai (Attainable)
Jangka Masa (Time Frame)
