Font size
WorksheetsReka Bentuk Mekanikal (2.2.6-2.2.7)
Total questions: 25
Worksheet time: 16mins
Apakah langkah pertama dalam carta alir proses pembinaan gajet?
Lakaran awal
Kaji selidik
Sesi breif bersama pelanggan
Lakaran idea
Berapakah proses pembinaan gajet mekanikal?
2
4
6
3
Mengapakah lakaran ceraian perlu dibuat dalam proses pembinaan gajet mekanikal?
Untuk mencantikkan gajet
Untuk memberikan penjelasan yang lebih terperinci tentang komponen
Untuk menjual gajet dengan harga mahal
Tiada tujuan
Antara berikut yang manakah urutan proses pembinaan gajet yang betul?
Menyediakan komponen, membuat lakaran, Memasang komponen, menghasilkan komponen, membuat kemasan, menguji
Menguji, membuat lakaran, memasang komponen, menyediakan komponen, menghasilkan komponen, membuat kemasan
Membuat lakaran, menyediakan komponen, menghasilkan komponen, memasang komponen, menguji, membuat kemasan
Tandakan lakaran-lakaran yang terdapat pada carta alir proses pembinaan gajet mekanikal.
Lakaran akhir
Lakaran menggunakan pembaris
Lakaran awal
Lakaran idea
Semasa proses membina gajet, faktor keselamatan berikut mesti diutamakan kecuali
gunakan topi keselamatan
gunakan kasut keselamatan
gunakan gogal keselamatan
gunakan tali pinggang keselamatan
Nyatakan 2 ujian yang biasa dilakukan dalam proses pembinaan gajet mekanikal?
Ujian parameter
Ujian kelas
Ujian makmal
Ujian rumah
Pilih tujuan melakukan kemasan pada produk.
Menambah nilai estetik.
Memindahkan kuasa.
Menutup kelemahan rupa permukaan produk.
Mengurangkan geseran.
Proses ini memberikan penjelasan yang terperinci tentang komponen-komponen yang akan dibina dan cara-cara komponen tersebut digabung sehingga menjadi suatu sistem lengkap yang dapat berfungsi.
Apakah peringkat proses pembinaan gajet ini?
Menyediakan komponen-komponen pembinaan
Membuat lakaran ceraian sistem dan komponen
Kemasan
Pemasangan komponen
Penghasilan komponen
Pada peringkat ini, bahan-bahan mentah binaan yang pelbagai saiz atau rupa akan diubah, dibentuk dan diacuankan kepada bentuk yang bersesuaian.
Apakah peringkat proses pembinaan gajet mekanikal ini?
Membuat lakaran ceraian sistem dan komponen
Penghasilan komponen
Pemasangan komponen
Menyediakan komponen-komponen pembinaan
Pengujian
Dalam menghasilkan sesuatu gajet, lakaran adalah salah satu perkara penting yang perlu dilakukan. Mengapa lakaran sangat penting?
Memastikan gajet yang dihasilkan menepati kehendak pelanggan
Memastikan fungsi komponen boleh diubah
Menjimatkan kos bahan yang digunakan
Meningkatkan kretiviti pereka untuk melukis
Semasa menganalisis kesesuaian komponen yang digunakan, aspek ini perlu ditekankan kecuali…
Reka bentuk komponen
Jenis bahan yang digunakan
Kemasan
Lakaran
Setelah membuat penyediaan komponen, apakah yang perlu dilakukan oleh pereka bagi melaksanakan projek?
Membuat kaji selidik
Melakar
Menghasilkan komponen
Memasang komponen
Langkah terakhir bagi sesebuah projek adalah
Sesi Brief
Sesi kritik
Pengujian
Kemasan
Gajet yang dihasilkan diuji terlebih dahulu sebelum membuat kemasan. Setelah diuji, gajet tersebut tidak berfungsi dengan baik. Apakah yang perlu dilakukan?
Lakaran kerja
Penyediaan semula komponen
Penghasilan semula komponen
Pemasangan semula komponen
____ adalah untuk melaksanakan tugas bertepatan dengan tujuan produk itu dicipta.
Pernyataan di atas sesuai merujuk kepada
Fungsi
Bahan
Kemasan
Rupa Bentuk
Cat digunakan sebagai warna bagi menambahkan daya tarikan produk. Penggunaan cat juga dapat menutupi kelemahan produk dengan baik.
Pernyataan di atas sesuai merujuk kepada
Fungsi
Bahan
Kemasan
Rupa Bentuk
____ memainkan peranan penting dalam penampilan produk bagi memenuhi citarasa pelanggan.
Pernyataan di atas sesuai merujuk kepada
Fungsi
Bahan
Kemasan
Rupa Bentuk
___ digunakan mesti bersesuaian dengan tugas atau fungsi produk.
Pernyataan di atas sesuai merujuk kepada
Fungsi
Bahan
Kemasan
Rupa Bentuk
Cadangan penambahbaikan boleh dibuat dari segi .....
Parameter
Rupa bentuk
Pengujian
Penilaian
Rajah di atas menunjukkan sedikit kecacatan pada kenderaan Alif. Alif bercadang untuk menutup kesan calar pada kenderaanya.
Berdasarkan situasi tersebut, apakah cadangan penambahbaikkan yang boleh dilakukan pada kenderaan Alif?
Rupa Bentuk
Kemasan
Fungsi
Bahan
Puan Alia mahukan sebuah mesin pengisar yang mempunyai reka bentuk yang lebih bergaya.
Berdasarkan situasi tersebut, apakah cadangan penambahbaikkan yang boleh dilakukan?
Rupa Bentuk
Kemasan
Fungsi
Bahan
Cadangan penambahbaikan boleh dibuat dari segi .....
Kemasan (Warna)
Parameter
Pengujian
Penilaian
Rajah di atas menunjukkan penciptaan penyiram pokok yang telah di inovasikan.
Berdasarkan produk di atas, apakah jenis penambahbaikkan yang telah dilakukan pada produk tersebut?
Bahan
Fungsi
Rajah di atas menunjukkan straw minuman yang di inovasikan daripada bahan plastik kepada bahan besi. Hal ini bagi mengurangkan penggunaan plastik secara berleluasa.
Berdasarkan produk di atas, apakah jenis penambahbaikkan yang telah dilakukan pada produk tersebut?
Bahan
Fungsi
