NEW
Font size
WorksheetsSiri 4 Nilai Masyarakat Malaysia
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pilih padanan yang betul tentang agama Hindu.
Showcha - Kebersihan dari segi mental dan fizikal.
Dheer - engawal perasaan supaya bertindak dengan rasional.
Dharma - Bertimbangrasa dan baik hati terhadap semua orang.
Steyam - Membentuk fikiran yang tetap.
Siddharta Gautama telah melihat tiga penderitaan semasa keluar dari istana untuk mengembara. Apakah penderitaan tersebut?
Tingkah laku, harta dan nafsu.
Pemikiran, taraf hidup dan keluarga.
Kelahiran, perkahwinan dan darjat hidup.
Peningkatan usia, penyakit dan kematian.
Jalan Lapan Lapis telah diperkenalkan sebagai penyelesaian menamatkan kesengsaraan dalam kehidupan duniawi. Apakah agama yang memperkenalkan Jalan Lapan Lapis?
Hindu
Islam
Kristian
Buddha
Apakah yang dimaksudkan Dukkha?
Penderitaan atau kesengsaraan hidup.
Keseronokan dan kekayaan.
Panduan hidup yang perlu dihayati.
Jalan menuju kebaikan dan kebahagiaan.
Antara berikut, yang manakah bukan prinsip agama Buddha?
Jangan makan daging.
Jangan membunuh.
Jangan mencuri.
Jangan minum minuman beralkohol.
Jalan Lapan Lapis dalam agama Buddha ialah ...
Pendengaran yang benar.
Pemikiran yang benar
Penglihatan yang benar
Penderiaan yang benar
Berwaspada di jalan raya agar kemalangan tidak berlaku.
Pernyataan di atas merujuk kepada Jalan Lapan Lapis bagi ...
Kesedaran yang benar
Tingkahlaku yang benar
Usaha yang benar
Pemikiran yang benar
Kitab suci bagi benganut agama Kristian ialah ...
Bible
Zabur
Taurat
Veda
Pernyataan berikut berkenaan dengan agama Kristian, KECUALI ...
Terdapat dua bahagian dalam kitab agama Kristian iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.
Jesus Christ merupakan pengasas agama Kristian.
Terdapat 10 Rukun tuhan yang perlu dilaksanakan oleh penganut Kristian.
Hari Selasa ialah hari mulia bagi penganut Kristian.
Tuhan yang disembah oleh penganut Kristian ialah Tuhan yang esa wujud dalam bentuk Triniti iaitu ...
tuhan, dosa dan pahala.
tuhan, kitab dan roh kudus.
tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan roh kudus.
tuhan emak, tuhan cucu dan roh kudus.
Bagaimanakah cara orang Kristian memantapkan kekuatan rohani dalam menjalani kehidupan yang bermoral?
menghormati ibu, bapa dan guru.
mematuhi 10 Rukun Tuhan dengan sepenuhnya.
berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
menolong manusia yang dalam kesusahan.
Pilih pernyataan yang menunjukkan contoh 10 Rukun Tuhan.
Tidak membenarkan berkata-kata palsu untuk menjatuhkan maruah seseorang.
Tidak boleh bersikap bermurah hati, sebaliknya menindas akan orang yang susah.
Perbuatan mencuri dibenarkan untuk membantu orang yang dalam kesusahan.
Boleh melakukan pembunuhan untuk menyembunyikan kesalahan sendiri.
Mengapakah adat melenggang perut tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu kini?
Memudaratkan kesihatan ibu yang mengandung.
Bertentangan dengan agama Islam dan dianggap Khurafat.
Memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi dan harga upah yang sangat mahal.
Boleh menyebabkan kandungan bayi dalam keadaan tidak selamat.
Amalan yang disunatkan dalam Islam ketika kelahiran bayi ialah ...
melaungkan azan bagi bayi lelaki dan iqamat bagi bayi perempuan.
melakukan kennduri kesyukuran dan doa selamat.
memakai pakaian baharu dan wangi-wangian.
memberikan makanan dan minuman yang berkhasiat.
... ialah lafaz ijab dan qabul yang menyatukan hubungan halal antara lelaki dan perempuan dalam satu ikatan yang sah di sisi Islam.
Bertunang
Merisik
Akad nikah
Bersanding
Mengapakah masyarakat Cina tidak membenarkan ibu mengandung melakukan kerja-kerja berat atau berbahaya?
Menjejaskan tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan
Dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.
Menyebabkan ibu dan bayi terkena sebarang gangguan yang tidak diingini.
Ibu mengandung akan berasa letih dan emosi terganggu.
Apakah warna pakaian yang perlu dipakai oleh ahli keluarga si mati bagi masyarakat Cina sepanjang tempoh berkabung?
Biru
Merah
Hitam
Hijau
Dalam masrakat India, apakah tujuan adat merisik dilakukan sebelum proses perkahwinan?
Mendapatkan maklumat tentang beberapa aspek pasangan seperti etnik, kasta dan pendidikan .
Menyerahkan barang hantaran seperti sirih, buah-buahan dan cendana.
Melihat rupa paras dan perawakan calon isteri.
Membincangkan tarikh perkahwinan dan jumlah hantaran kedua belah pihak.
Siapakah yang bertanggungjawab menanggalkan Thaali semasa kematian suami?
ibu
anak
isteri
nenek
Adat Valaikaapu merujuk ...
adat yang dilakukan setika kandungan menjangkau 7 hingga 9 bulan.
adat yang dijalankan semasa bayi dibawa pulang ke rumah selepas kelahiran.
adat yang menghendaki pengantin perempuan bertandang ke rumah pengantin lelaki sebagai tanda menghormati suami selepas berkahwin.
adat berkabung selepas kematian suami.
