wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ADAT ISTIADAT DIRAJA

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah petanda bagi memaklumkan rakyat jelata bahawa suatu musim beristiadat sedang berlansung?

a)

Gendang jaga-jaga, tembakkan meriam dan mengibarkan bendera Brunei Darussalam

b)

Gendang Jaga-Jaga, tembakkan meriam dan mengibarkan bendera merah dan kuning.

c)

Gendang jaga-jaga dan tembakkan meriam beriringan.

d)

Gendang Jaga-jaga, seruling dan nakara dititirkan.

2.

Gambar ini memperlihatkan salah satu alat kebesaran diraja yang amat penting dalam istiadat gendang jaga-jaga. Apakah nama alat tersebut?

a)

Canang

b)

Nakara

c)

Naubat

d)

Gendang labik

3.

Gambar ini menunjukkan usungan Sultan dan permaisuri semasa majlis perpuspaan. Baginda akan bersemayam di Pataratna yang dikenali sebagai apa?

a)

Usungan naga

b)

Nobat diraja

c)

Usungan emas diraja

d)

Nanglong

4.

Pilih jawapan yang tepat. Siapakan pegawai penting kerajaan dan tempat dianugerahkan perlantikan.

a)

Menteri Berchiri di lapau dan Menteri Bertauliah di Balai Penghadapan / surau.

b)

Menteri Berchiri di Istana dan Menteri Pendalaman di lapau.

c)

Menteri Bertauliah di lapau dan Menteri Pendalaman di tempat pendalaman.

d)

Menteri Berchiri di Balai Penghadapan dan Menteri Pendalaman di surau.

5.

Siapakan golongan yang layak dikurniakan gelaran?

a)

Pembesar diraja iaitu cheteria dan pembesar kerajaan iaitu wazir.

b)

Pembesar diraja iaitu wazir dan pembesar kerajaan iaitu hulubalang.

c)

Pembesar diraja iaitu cheteria dan pembesar kerajaan iaitu menteri bertauliah.

d)

Pembesar diraja iaitu wazir dan pembesar kerajaan iaitu rakyat jelata.

6.

Apakah antara peraturan yang perlu diikuti sepanjang majlis Istiadat Persantapan?

a)

Pacak telur dibawa balik dan jangan meninggalkan majlis sebelum kepala majlis mengalukan.

b)

Para jemputan perlu mengenakan pakaian putih dan makan dalam pinggan gangsa yang disediakan.

c)

Pacak telur dibawa balik dan mengambil kesempatan bergambar dengan kerabat diraja.

d)

Para jemputan perlu mengenakan pakaian hitam dan makan dalam pinggan gangsa yang disediakan.

7.

Apakah tanggungjawab dan tugas pembesar diraja dalam suatu majlis beristiadat?. Pilih senarai jawapan yang tepat di bawah.

a)

Pengiran Pemancha - menyusun atur majlis Istiadat dan Pehin Maharajalela - menyusun kedudukan pembesar.

b)

Pehin Maharaja lela - menangani masalah dan Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja - Menyediakan persiapan membuka dan menutup majlis beristiadat.

c)

Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja - menyusun atur majlis Istiadat dan Pehin Orang Kaya Digadong - menangani masalah.

d)

Pengiran Pemancha - menyusun atur majlis Istiadat dan Pehin Orang Kaya Digadong- menyediakan persiapan membuka dan menutup majlis beristiadat.

8.

Apakah tugas yang dijalankan oleh Lembaga Penimbangan Pembatalan Pengurniaan Gelaran?

a)

Mempertimbangkan dan mencadangkan pembatalan terhadap pengiran peranakan berteras jika mencemarkan nama keluarga diraja.

b)

Mempertimbangkan dan mencadangkan pembatalan terhadap wazir dan cheteria yang tidak menjalankan tanggungjawab dalam kerajaan.

c)

Mempertimbangkan dan mencadangkan pembatalan terhadap raykat jelata yang mendurhaka kepada Sultan.

d)

Mempertimbangkan dan mencadangkan pembatalan terhadap pembesar negara yang melanggar peraturan adat istiadat diraja.

9.

Apakah peraturan pemakaian semasa majlis beristiadat?

a)

Jemputan Asing memakai baju long suit dan rakyat Brunei yang dijemput memakai baju kebangsaan berwarna hitam di siang hari.

b)

Rakyat Brunei yang dijemput perlu memakai cara Melayu dan baju kurung berwarna putih dalam setiap majlis.

c)

Jemputan Asing mengikut baju kebangsaan yang berwarna hitam di waktu malam dan putih di waktu siang.

d)

Jemputan yang bejawatan mesti memakai pingat kebesar dan membawa semua ahli keluarga sewaktu majlis beristiadat.

10.

Kenapakan pegawai penting dan para pembesar yang dianugerahkan gelaran disifatkan sebagai "mata, telinga dan mulut" kerajaan?

a)

Tugas dan tanggungjawab mereka untuk melaksanakan adat istiadat diraja dengan teratur supaya majlis istiadat berjalan lancar.

b)

Tugas dan tanggungjawab mereka untuk menimbang pembatalan pengurniaan gelaran kepada siapa sahaja yang menderkaha atau mencemarkan nama kerabat diraja.

c)

Tugas dan tanggungjawab mereka untuk menyampaikan hasrat raykat kepada baginda sultan dan menjaga identiti Kebruneian serta maklumat penting kerajaan.

d)

Tugas dan tanggungjawab mereka untuk memastikan sistem beraja sentiasa terpelihara daripada ancaman luar.