wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA BAHAGIAN A 2

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang condol dengan betul.


1. Kaedah pengajaran cikgu Kamal begitu menarik perhatian murid-muridnya.


2. Peristiwa yang berlaku semalam haruslah kamu jadikan pengajaran.


3. Setiap anak harus mengingati pengajaran ibu bapa mereka.


4. "Jika saya lulus peperiksaan, saya akan melanjutkan pengajaran saya di universiti," kata Ramli.

a)

1 dan 2 sahaja

b)

3 dan 4 sahaja

c)

1, 2 dan 3 sahaja

d)

2, 3 dan 4 sahaja

2.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang condol dengan betul.


1. Wang adik gugur kerana sakunya koyak.


2. Buah durian yang belum masak itu telah gugur akibat angin kencang semalam.


3. Gugurlah haknya sebagai pemegang amanah apabila cucunya telah dewasa.


4. Jasa askar-askar yang gugur di medan perang itu akan dikenang selama-lamanya.

a)

1 dan 2 sahaja

b)

2 dan 4 sahaja

c)

1, 3 dan 4 sahaja

d)

2, 3 dan 4 sahaja

3.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang condol dengan betul.


1. Ikatan kata dalam bait-bait puisi Sasterawan Negara itu sungguh indah.


2. Hasil ikatan pandangan golongan profesional dalam bidang perubatan, lahirlah kaedah baru untuk merawat penyakit itu.


3. Muatan kayu yang dibawa oleh lori itu terjatuh lalu menimpa beberapa buah kereta kerana ikatannya yang tidak kemas.


4. Penduduk desa itu dapat hidup sejahtera hasil ikatan persaudaraan yang disemai sejak dahulu.

a)

1 dan 2 sahaja

b)

2 dan 4 sahaja

c)

1, 3 dan 4 sahaja

d)

2, 3 dan 4 sahaja

4.

Ayat yang bergaris mungkin mengandungi kesalahan. Pilih jawapan yang tepat.


Tugas sebagai guru dalam mana masyarakat di dunia dianggap tugas mulia.

a)

di dalam mana masyarakat

b)

dalam mana-mana masyarakat

c)

di dalam mana-mana masyarakat

d)

dalam mana masyarakat

5.

Ayat yang bergaris mungkin mengandungi kesalahan. Pilih jawapan yang tepat.


Dia mengucapkan syukur dengan Tuhan kerana telah mengurniainya tubuh badan yang sihat dan rezeki yang melimpah.

a)

mengucap syukur dengan Tuhan

b)

mengucap syukur kepada Tuhan

c)

mengucapkan syukur kepada Tuhan

d)

mengucapkan syukur dengan Tuhan

6.

Ayat yang bergaris mungkin mengandungi kesalahan. Pilih jawapan yang tepat.


Program itu diadakan demi untuk mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia.

a)

demi mengeratkan

b)

demi mempereratkan

c)

demi untuk mempereratkan

d)

demi untuk mengeratkan

7.

Ayat yang bergaris mungkin mengandungi kesalahan. Pilih jawapan yang tepat.


Penduduk Kampung Setia bergotong-royong untuk memperlebarkan jalan ke kampung itu.

a)

bergotong-royong untuk melebar

b)

bergotong-royong untuk perlebarkan

c)

bergotong-royong untuk memperlebar

d)

bergotong-royong untuk memperlebarkan

8.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama.


Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat yang serba canggih pada masa ini mampu membawa kita meneroka pelbagai jenis ilmu dengan berkesan.

a)

Pelbagai jenis ilmu yang boleh didapati melalui kecanggihan pada masa ini berupaya untuk mengembangkan fikiran kita.

b)

Dengan menggunakan pelbagai jenis ilmu yang lebih berkesan kita mampu mengembangkan teknologi yang serba canggih pada masa ini.

c)

Kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat terkini telah berjaya meneroka pemikiran kita agar celik dengan pelbagai jenis ilmu.

d)

Kini, kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat yang serba moden membolehkan kita menguasai berbagai-bagai jenis pengetahuan dengan lebih berkesan.

9.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama.


Kerajaan telah bersetuju untuk menjadikan enam perayaan yang melibatkan kaum-kaum utama di negara ini sebagai perayaan nasional.

a)

Sebanyak enam perayaan yang melibatkan kaum-kaum utama di negara ini telah dijadikan perayaan nasional oleh kerajaan.

b)

Kerajaan bersetuju untuk menjadikan perayaan nasional di negara kita terdiri daripada enam kaum utama.

c)

Perayaan nasional yang melibatkan kaum-kaum utama di Malaysia akan diadakan oleh kerajaan.

d)

Perayaan kaum utama bagi kaum-kaum di negara ini dijadikan perayaan nasional oleh kerajaan.

10.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama.


Amin menyesali sikap Bakhtiar yang tidak mahu belajar dengan bersungguh-sungguh hingga nasib rakannya begitu malang.

a)

Amin berkata kepada Bakhtiar, "Aku sungguh menyesal kerana dia tidak mahu belajar dengan bersungguh-sungguh hingga begitu malang nasibku."

b)

"Kalau dulu engkau belajar bersungguh-sungguh, sudah tentu nasib engkau tidak seperti ini." Kata Amin kepada Bakhtiar.

c)

"Aku sungguh menyesal atas sikap engkau yang tidak mahu belajar dengan bersungguh-sungguh hingga begini malang nasib engkau," kata Amin kepada Bakhtiar.

d)

Amin berkata kepada Bakhtiar, " Aku sungguh menyesal dengan nasib malang engkau yang tidak mahu belajar dengan bersungguh-sungguh."