WorksheetsKuiz Soalan Pendidikan Moral KSSM Tingkatan 5
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
5.1.1
Apakah yang dimaksudkan dengan NORMA MASYARAKAT GLOBAL?
Perlakuan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat dunia berasaskan peraturan sosial yang diterima dan dikongsi bersama.
Individu dalam komuniti dunia yang saling berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain.
Seseorang yang mampu berdaya saing pada peringkat global tetapi berakar umbi atau berpegang teguh pada jati diri lokal iaitu tempat tumpah darah sendiri.
5.1.2
Berdasarkan pernyataan di bawah, pilih TIGA (3) contoh AMALAN NORMA MASYARAKAT GLOBAL.
Menghormati ibu bapa dan rakan sebaya
Memahami isu silang budaya masyarakat global
Menghormati perspektif dalam kepelbagaian isu global
Mengamalkan sifat kemanusiaan secara global
5.1.1
Berikut adalah cadangan nilai bagi UNIT 1 : NORMA MASYARAKAT GLOBAL, kecuali?
Kesederhanaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Hormat
Kebebasan
Rasional
5.1.2
Pilih TIGA (3) pernyataan berkaitan dengan CONTOH NORMA MASYARAKAT GLOBAL dari aspek KELESTARIAN ALAM SEKITAR.
Mengamalkan budaya mesra alam
Menjalankan pembangunan secara terancang
Menjalankan aktiviti pembangunan berskala besar dan mementingkan keuntungan bersama
Aktiviti pembangunan yang dijalankan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang antarabangsa
5.1.3
Berdasarkan pernyataan di bawah, pilih TIGA (3) KEPENTINGAN AMALAN NORMA MASYARAKAT GLOBAL?
Meningkatkan penguasaan teknologi dalam masyarakat global
Memartabatkan hak asasi manusia dan kelestarian alam sekitar global
Membentuk tingkah laku masyarakat global yang berperikemanusiaan
Meningkatkan maruah dan nama baik individu atau negara
5.1.3
Antara kepentingan amalan masyarakat global adalah MEMBENTUK TINGKAH LAKU MASYARAKAT GLOBAL YANG BERPERIKEMANUSIAAN.
Pilih DUA (2) jawapan yang paling tepat bagi pernyataan tersebut.
Dapat menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti ekonomi global
Dapat mengukuhkan persefahaman budaya masyarakat normal
Dapat meningkatkan tahap komunikasi antara masyarakat global
Mewujudkan masyarakat yang bertingkah laku mengikut peraturan dan undang-undang antarabangsa
5.1.4
Pengabaian norma masyarakat global mampu memberikan kesan negatif kepada dunia.
Pilih EMPAT (4) KESAN PENGABAIAN NORMA MASYARAKAT GLOBAL.
Pertumbuhan ekonomi global terjejas
Interaksi sosial masyarakat global terjejas
Mewujudkan masyarakat yang saling bertoleransi
Wujudnya diskriminasi antara masyarakat global
Keharmonian masyarakat global terjejas
5.1.4
Berikut merupakan Badan Sukarelawan yang terdapat di Malaysia yang aktif memberikan sumbangan dan bantuan di dalam mahupun di luar negara, KECUALI?
MERCY Malaysia
Yayasan Salam Malaysia
Pasukan RELA Malaysia
Yayasan Amal Malaysia
Muslim Care Global
5.1.5
Gambar tersebut menunjukkan contoh Misi Bantuan Kemanusiaan yang berlaku dalam masyarakat global bagi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa peperangan.
Apakah perasaan anda setelah melihat gambar Misi Bantuan tersebut? - Pilih Dua (2)
Bangga
Gembira
Sedih
Kecewa
5.1.6
Setelah mempelajari tentang NORMA MASYARAKAT GLOBAL MEMBENTUK KEHARMONIAN SEJAGAT, apakah tindakan yang WAJAR anda lakukan dalam memastikan Norma Masyarakat Global terus dipelihara dan dikekalkan? - Pilih TIGA (3)
Saya akan terus memperjuangkan norma masyarakat global
Saya akan memastikan norma masyarakat global mudah dimanipulasi oleh pelbagai pihak
Saya akan memastikan kelestarian alam di peringkat global sentiasa terpelihara
Saya akan mengamalkan amalan masyarakat global dalam kehidupan seharian walaupun di manapun saya berada
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Hemah Tinggi
Kasih Sayang
Hormat
Baik Hati
Bertolak Ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahtheraan hidup diri dan orang lain. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Hemah Tinggi
Kasih Sayang
Hormat
Toleransi
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Keberanian
Kasih Sayang
Hormat
Toleransi
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Keberanian
Kejujuran
Hormat
Toleransi
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengikhtirafan dan penghargaan. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Keberanian
Kejujuran
Berterima Kasih
Toleransi
Bebas melakukan sesuatu tertakluk pada peraturan dan undang-undang. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Keberanian
Kebebasan
Berterima Kasih
Harga Diri
Berupaya menjaga maruah diri. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Keberanian
Kejujuran
Berterima Kasih
Harga Diri
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan memathui segala ajaran berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Kepercayaan kepada Tuhan
Kebebasan
Berterima Kasih
Harga Diri
Boleh berfikir berdasarkan alasan atau bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang wajar. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Kepercayaan kepada Tuhan
Kebebasan
Rasional
Harga Diri
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesederhanaan
Rasional
Harga Diri
Bangga dan taat setia kepada raja dan negara. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Patriotisme
Kesederhanaan
Berdikari
Harga Diri
Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Kasih Sayang
Kerjasama
Berdikari
Harga Diri
Kepekaan kepada keperluan dan kebajikan diri dan orang lain dengan memberikan bantuan serta sokongan moral secara ikhlas. Pernyataan ini menerangkan nilai_____________________.
Kasih Sayang
Baik Hati
Berdikari
Harga Diri
APAKAH TIGA (3) IMPLIKASI JIKA TIDAK MENGAMALKAN NILAI AMANAH KEPADA DIRI SENDIRI?
Kehilangan kepercayaan masyarakat – susah mendapat pekerjaan
Mengalami trauma emosi dan psikologi seperti murung
Menjejaskan nama baik
diri/menjatuhkan maruah diri
Dihormati oleh ahli keluarga dan
masyarakat
BERIKUT MERUPAKAN TIGA (3) LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN UNTUK MENGATASI GEJALA RASUAH DARIPADA TERUS BERLELUASA...
Mengurangkan kadar denda atau hukuman / memberi Pengampunan kepada pelaku rasuah
Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjauhi rasuah
Memberikan pendidikan pencegahan rasuah kepada masyarakat
Membentuk institusi pencegahan rasuah-menyiasat kes rasuah
APAKAH AKTA YANG DIGUBAL UNTUK MEMERANGI GEJALA RASUAH?
Akta Pencegahan Rasuah 1977
Akta Pencegahan Rasuah 1987
Akta Pencegahan Rasuah 1997
Akta Pencegahan Rasuah 1167
BADAN PENCEGAH RASUAH (BPR) TELAH DIBUAT PENJENAMAAN SEMULA IAITU SPRM.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SPRM?
Suruhanjaya Majlis Pencegahan Rasuah Malaysia
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Suruhanjaya Pembasmi Rasuah Malaysia
Suruhanjaya Kementerian Dalam Negara Malaysia
BERIKUT MERUPAKAN MATLAMAT UTAMA DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK), KECUALI
Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
Mempertingkat kualiti kehidupan manusia
Membolehkan negara lain menghormati Malaysia
ANTARA YANG BERIKUT, SIAPAKAH SALAH SEORANG WIRA NEGARA YANG TELAH BERJAYA MENDAKI GUNUNG EVEREST?
N. Mohandas
V. Saravanan
K. Mohan
G. Shanti
BERIKUT ADALAH TIGA (3) JENIS CUKAI YANG PERLU DIBAYAR OLEH RAKYAT
Cukai jalan
Cukai perkhidmatan
Cukai tanah
Cukai perbelanjaan
APAKAH TUJUAN UTAMA KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI?
Mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai projek pembangunan negara
Untuk mengaut keuntungan
Membayar gaji pemimpin negara
Membayar / menjelaskan hutang negara
APAKAH MAKSUD SUHAKAM?
Suruhanjaya Hak Asasi Masyarakat Malaysia
Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Suruhanjaya Hak Kebajikan Manusia
TIGA (3) PERANAN / FUNGSI PENUBUHAN SUHAKAM ADALAH
Menyiasat aduan tentang kes pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia
Memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia
Menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan berkaitan
Memastikan masyarakat dunia mendapat bantuan makanan secukupnya
BERIKUT MERUPAKAN JENIS-JENIS PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, KECUALI
Penderaan seksual
Penderaan fizikal
Penderaan hati
Penderaan emosi
BERIKUT MERUPAKAN FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KES PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, KECUALI
Panas baran
Faktor kemiskinan / kewangan
Didorong oleh pasangan
Tekanan dengan sikap anak yang sukar dikawal
NILAI KESEDERHANAAN DAPAT DIAMALKAN DALAM PERLAKUAN / TINGKAH LAKU BERIKUT, KECUALI
Melalui pertuturan
Melalui pemilihan kawan
Melalui pemikiran
Melalui perbelanjaan
Kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) pada tahun 1989 untuk menjamin kebajikan dan kepentingan kaum wanita. Sila pilih dua nilai yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia.
Bertanggungjawab
Kerajinan
Harga Diri
Menghormati hak wanita
Apakah ciri wanita yang inginkan kejayaan ?
Tidak menepati masa
Tidak mudah berputus asa
Gigih berusaha
Mempunyai semangat kental
Sila pilih 3 latar belakang Wawasan 2020
Bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020
Kemajuan yang ingin dicapai merangkumi pelbagai bidang seperti bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan perpaduan nasional
Mementingkan kestabilan politik sebagai teras utama berbandingkan mutu hidup masyarakat, sosial dan kerohanian serta imej negara di persada dunia
Mementingkan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian serta maruah bangsa
Apakah matlamat Program Latihan Khidmat Negara?
Meningkatkan semangat patriotisme
Mendapatkan markah yang tinggi
Menjadi seorang yang kurang berusaha
Meningkatkan peluang pekerjaan
Pada tahun ini, penularan pandemik COVID-19 bermaharajalela di seluruh dunia. Memandangkan situasi ini, apakah nilai murni yang perlu dipatuhi oleh para pelajar sebagai rakyat Malaysia.
Tanggungjawab terhadap keluarga
Bertanggungjawab
Rasional
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Kenapakah gejala COVID-19 dipanggil sebagai Novel Coronavirus?
Novel membawa erti sesuatu yang baru ataupun tidak pernah dijumpai sebelum ini
Novel membawa erti bentuk virus ini yang seakan-akan 'crown' ataupun tiara
Novel membawa erti sebagai virus zootonik yang merebak melalui haiwan kepada manusia
Sila pilih negara-negara anggota ASEAN
Malaysia
Brunei Darussalam
Kemboja
Indonesia
Timor-Leste
Di manakah 'ASEAN Summit' tahun 2019 diadakan?
Bangkok, Thailand
Hanoi, Vietnam
Bandar Seri Begawan, Brunei
Kuala Lumpur, Malaysia
"Penyelamatan Gua Tham Luang" merupakan operasi antarabangsa untuk menyelamatkan 12 budak lelaki dan seorang jurulatih yang terkandas di gua tersebut. Apakah nilai murni yang gagal dipatuhi oleh mangsa yang terkandas?
Bertanggungjawab
Kasih sayang terhadap keluarga
Rasional
Harga diri
Sila pilih dua badan yang bertanggungjawab melindungi hak pengguna di negara kita.
Majlis Hal Ehwal Pengguna Islam (MPHIN)
Majlis Hal Ehwal Pengguna (MPHEN)
Konsumer Diraja Malaysia (KDM)
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Gambar ini menunjukkan logo...
ASEAN
OIC
PBB
PPB
Sila pilih jenis perlindungan yang dijamin dalam Akta Kerja 1955. (lebih daripada 1 jawapan)
Caruman PERKESO
Cuti tahunan
Potongan gaji untuk caruman KWSP
Apakah akta-akta yang memperuntukkan had kebebasan bersuara? (sila pilih 2 jawapan)
Akta Hasutan 1945
Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964
Akta Perhimpunan Aman 2012
Akta Perhimpunan Awam 2012
Sila pilih 2 peranan Tabung Alam Sedunia (World Wildlife Fund for Natue - WWF).
Menghentikan aktiviti yang menyebabkan kemusnahan alam sekitar
Memelihara alam sekitar dengan memberikan tumpuan kepada biodiversiti hutan dan ekosistem
Memperjuangkan isu-isu yang menyentuh gejala sosial dalam kalangan masyarakat
Menyokong segala program kerajaan untuk memajukan negara
