Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PKJR Tahun 5

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah bukan alat keselamatan bagi penunggang basikal?

a)

topi keledar

b)

pad kaki

c)

pad lutut

d)

pad siku

2.

Ahmad menunggang basikal di (a)   yang disediakan oleh pihak berkuasa agar keselamatannya terjamin.

3.

Yang manakah betul , cara menunggang basikal di jalan raya?

a)

menunggang mengikut lawan trafik

b)

menggunakan isyarat tangan ketika membelok

c)

menunggang secara beriringan dengan rakan

d)

tidak memegang handel basikal semasa menunggang

4.

Nyatakan kepentingan topi keledar bagi penunggang dan pembonceng basikal

a)

mengalami kecederaan ringan jika terjatuh

b)

merupakan aksesori bagi penunggang dan pembonceng agar kelihatan cantik

c)

melindungi kepala daripada mengalami kecederaan ketika terjatuh dari basikal

d)

semua jawapan di atas

5.

Yang manakah merupakan kesalahan dalam gambar di atas? (boleh tanda banyak jika jawapan lebih daripada 1)

a)

tidak memegang handel basikal

b)

tidak memakai topi keledar

c)

memakai kasut

d)

memakai pakaian yang berwarna terang

6.

Nyatakan faedah berbasikal kepada kita (Boleh tandakan banyak jika jawapn lebih daripada 1)

a)

badan menjadi sihat

b)

badan kita selamat

c)

dapat mengeratkan hubungan

d)

mengelakkan kecederaan

7.

Semua di bawah merupakan pengguna jalan raya, kecuali

a)

penunggang basikal

b)

pemandu kereta

c)

pejalan kaki

d)

penumpang kapal terbang

8.

Apakah yang perlu dilakukan oleh Loke Yun jika dia menunggang basikal pada waktu malam? Pilih jawapan yang paling tepat.

a)

menunggang dengan berhati-hati

b)

menunggang di tempat gelap

c)

memakai jaket pemantul cahaya

d)

memakai pakaian yang berwarna gelap

9.

___________ sangat penting dan perlu digunakan oleh penunggang basikal pada waktu malam agar pengguna lain dapat melihatnya dengan jelas.

a)

topi keledar

b)

lampu suluh

c)

jaket pemantul cahaya

d)

lampu isyarat

10.

Apakah kesan jika penunggang basikal berbasikal di celah-celah kenderaan?

a)

Pemandu kenderaan dapat melihat mereka

b)

Mereka akan dilanggar oleh pemandu kenderaan

c)

Keadaan jalan raya akan menjadi sesak

d)

Penunggang basikal akan terkejut dengan bunyi hon

11.

Kanak-kanak itu memakai (a)   semasa menunggang basikal.

12.

Di manakah pejalan kaki perlu melintas jalan raya? (boleh tanda lebih daripada 1 jika ada)

a)

Lintasan belang

b)

jejantas

c)

lampu isyarat orang hijau

d)

di simpang jalan

13.
a)

Kawasan diturap

b)

Bonggol di hadapan

c)

Tanah runtuh

d)

Jalan kampung

14.

a)

Pejalan kaki dilarang masuk dalam kawasan ini

b)

Kawasan merah

c)

Kenderaan dilarang masuk

d)

Dilarang berhenti di sini

15.

Ibu kamu ingin memasuki simpang sebelah kanan. Apakah yang akan dilakukan oleh ibu kamu?

a)

memperlahankan kenderaan dan memberi isyarat (signal) ke kanan sebelum membelok

b)

memperlahankan kenderaan, memberi signal dan melihat jarak kenderaan dari arah hadapan sebelum membelok

c)

memberi signal dan memasuki simpang dengan cepat

d)

memberi signal dan menunggu jalan lenggang sebelum memasuki simpang

16.

Mengapakah laluan pejalan kaki diwujudkan?

a)

Untuk mengelakkan pejalan kaki melanggar had laju berjalan.

b)

Supaya pemandu dapat berteduh sekiranya hujan.

c)

Untuk mengurangkan risiko kemalangan kepada pejalan kaki.

d)

Untuk mencantikkan kawasan bandar.

17.

Berdasarkan artikel yang dibaca, siapakah yang bertanggungjawab menjaga lintasan pejalan kaki di hadapan sekolah?

a)

Anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA)

b)

Pihak polis

c)

Peronda lintasan sekolah

d)

Guru besar

18.

Mengapakah kita perlu mengimbas jalan raya sebelum melintas?

a)

Untuk mengelakkan dikejar anjing liar.

b)

Supaya pihak polis tidak membuat sekatan jalan raya.

c)

Untuk mengelakkan pejalan kaki tidak terlanggar perabot jalan.

d)

Untuk memastikan keadaan jalan raya selamat sebelum melintas.

19.

Mengapakah jalan yang lebar boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pejalan kaki?

a)

Pejalan kaki tidak dapat melintas dalam masa yang singkat.

b)

Kenderaan akan bergerak pantas dan melebihi had kelajuan.

c)

Untuk mengelakkan diri daripada ditahan pihak polis.

d)

Supaya tidak dilanggar oleh haiwan liar yang melintas.

20.

Apakah cara yang terbaik supaya pengguna jalan raya lain dapat melihat pejalan kaki dengan jelas pada waktu malam?

a)

Memasang mentol berwarna-warni pada pakaian.

b)

Memakai pakaian yang berwarna gelap dan bergaya.

c)

Memakai pakaian yang berwarna cerah dan memantul cahaya.

d)

Membawa papan tanda amaran sambil berjalan.

21.

Gambar manakah menunjukkan etika yang sesuai untuk diamalkan sebagai pengguna jalan raya?

a)
b)
c)
d)
22.

Anda ketinggalan bas. Kawan anda membonceng motosikal bapanya. Dia mengajak anda membonceng bersama-sama. Apakah tindakan anda?

a)

Membonceng bersama-sama rakan anda

b)

Menolak pelawaan rakan anda

c)

Mengajak rakan-rakan lain membonceng bersama-sama

23.

Apakah warna lintasan belang "zebra crossing"

a)

Hitam dan putih

b)

Kuning dan jingga

c)

Merah dan hitam

24.

Semasa kita ingin melintas jalan, di manakah tempat yang perlu kita berhenti seketika sebelum bertindak untuk melintas?

a)

Di garisan tengah jalan raya

b)

Di laluan kenderaan sedang lalu-lalang

c)

Di bahu jalan

d)

Di garisan tepi jalan raya

25.

Deria pendengaran penting ketika kita ingin melintas jalan kerana....

a)

Bagi mengenal pasti bunyi kenderaan yang datang

b)

Bagi melihat kenderaan yang sedang bergerak

c)

Bagi memudahkan kita melintas dengan cepat

d)

Bagi memastikan pengguna jalan raya lain mengenal pasti kedudukan kita yang ingin melintas