wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Tatabahasa

Total questions: 30

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Kakak meletakkan ....agar pintu biliknya tidak tertutup apabila ditiup angin.

a)

pemukul

b)

pengandar

c)

penyandar

d)

penyendal

2.

"Jangan ... apabila berhadapan dengan pasukan yang lebih handal," kata jurulatih kepada pasukan Harimau Bintang.

a)

cuak

b)

ngeri

c)

culas

d)

seram

3.

... tingkap rumah Pak Ali terpaksa ditukar kerana telah reput dimakan anai-anai.

a)

Jejari

b)

Kekisi

c)

Tetupai

d)

Kekuda

4.

Perlawanan hoki itu tetap diteruskan ... hujan lebat.

a)

malahan

b)

justeru

c)

namun

d)

kendatipun

5.

Kemalangan itu berlaku ... di atas jambatan.

a)

nyaris-nyaris

b)

benar-benar

c)

tepat-tepat

d)

betul-betul

6.

Cerpen karya penulis itu ... sahaja tetapi plot yang digarapnya menarik sekali.

a)

ringkas

b)

singkat

c)

senang

d)

mudah

7.

Kejayaan cemerlang Aidid dalam paperiksaan yang lalu ialah hasil ... usahanya yang bersungguh-sungguh

a)

dari

b)

bagi

c)

untuk

d)

daripada

8.

Hujan yang ... telah mengaburi pandanganku ketika memandu kereta.

a)

menitis

b)

menitik

c)

merintik

d)

mencurah

9.

Pihak Jabatan Pelajaran Selangor berbangga dengan ... sekolah itu dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

a)

peningkatan

b)

pemantapan

c)

pencapaian

d)

perubahan

10.

Selepas menyelesaikan tugasan ini, bolehlah kita berehat ...

a)

sesungguh-sungguhnya.

b)

semahu-mahunya.

c)

selama-lamanya.

d)

seada-adanya.

11.

Sharifah _____ ramah ketika melayan tetamu yang datang ke rumahnya.

a)

benar

b)

sekali

c)

paling

d)

sangat

12.

Perigi yang terdapat di belakang rumah Pak Dali dalam _____.

a)

begitu

b)

paling

c)

agak

d)

sekali

13.

"Lelaki yang memakai tali leher itu _____ ayah saya," kata Ai Ling kepada Sarah.

a)

ialah

b)

adalah

c)

sungguh

d)

bahawa

14.

Wanita yang memakai ceongsam itu ____ ibu kepada Andrew Wong.

a)

sahaja

b)

bukan

c)

juga

d)

tidak

15.

_____ amalkan makan makanan ringan. Hal ini disebabkan makanan ringan tidak baik untuk kesihatan.

a)

Minta

b)

Jemput

c)

Jangan

d)

Tolong

16.

Dalam perjalanan pulang dari bermain, Aizad tersepak akar kayu lalu jatuh .............

a)

tersembam

b)

terpelanting

c)

tercampak

d)

terguling

17.

Para penyokong pasukan bola sepak SK Taman Universiti berasa cemas kerana peluang pasukan mereka untuk memenangi pertandingan itu semakin.....................

a)

getir

b)

runcing

c)

tipis

d)

genting

18.

Bantuan yang diberikan oleh kerajaan .....................dapat meringankan beban orang ramai yang diberhentikan kerja akibat Covid 19.

a)

seelok-eloknya

b)

sebaik-baiknya

c)

setidak-tidaknya

d)

seboleh-bolehnya

19.

I. Pihak sekolah berharap agar tidak ada soalan yang bocor sebelum tibanya hari peperiksaan.

II. Atap rumah lama itu sudah ada yang bocor dan perlu diganti.

III. Tiada seorang penjenayah pun yang dapat bocor daripada tahanan polis.

IV. Dia terpaksa menendang pintu besi bangunan itu sehingga bocor untuk menyelamatkan mangsa kebakaran.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

i, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

20.
Pelayan kedai makan itu________dulang dengan sebelah tangan sahaja.
a)
mengalas
b)
menatang
c)
menjinjing
d)
membimbing
21.

Ayah ................ emak sehelai kain sutera sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

menghadiah

b)

menghadiahi

c)

menghadiahkan

d)

memperhadiahkan

22.

Budak kecil itu kelihatan_______ kerana terlalu mengantuk.

a)

terenjut-enjut

b)

terhegeh-hegeh

c)

terangguk-angguk

d)

tersengguk-sengguk

23.

Kami __________ bahawa pasukan bola sepak sekolah kami akan menewaskan pasukan lawan.

a)

amat yakin

b)

benar pasti

c)

betul percaya

d)

nyata benar

24.

Puan Suraya _________anaknya di kerusi yang kosong di hadapannya.

a)

terduduk

b)

menduduki

c)

penduduk

d)

mendudukkan

25.

_______ murid-murid di sekolah itu terdiri daripada penduduk di kawasan itu.

a)

Tiap-tiap

b)

Setengah

c)

Para-para

d)

Kebanyakan

26.

Nenek moyang kita dahulu bekerja _______untuk mendapatkan rezeki bagi menyara keluarga mereka.

a)

mati-matian

b)

sakit-sakitan

c)

besar-besaran

d)

sambil-sambilan

27.

Walaupun sudah menjadi seorang _____hasil kejayaan perniagaannya, beliau tidak pernah melupakan kedua-dua orang tuanya.

a)

jutawan

b)

karyawan

c)

dermawan

d)

angkasawan

28.

Pemain-pemain bola sepak Kelantan menjalani ____ terlebih dahulu sebelum dipilih sebagai pemain tetap.

a)

uji bakat

b)

temu ramah

c)

latih tubi

d)

temu duga

29.

Sekiranya aspek kesihatan diambil perhatian, maka kesihatan bertambah baik dan dapat meningkatkan kualiti hidup seseorang itu.

Pilih perkataan sinonim bagi meningkatkan

a)

meninggikan

b)

melebarkan

c)

membesarkan

d)

meneruskan

30.

Sanusi dan Faiz akhirnya berdamai dan bermaafan setelah sekian lama tidak bertegur sapa.

Pilih perkataan antonim bagi berdamai

a)

berbaik

b)

bersatu

c)

berbincang

d)

bersengketa