WorksheetsTg. 3 Tema 1 Bab 1
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Sistem saraf pusat (pusat kawalan) iaitu ............... mengawal semua aktiviti badan seperti berjalan dan ........................ mengawal tindakan luar kawal seperti sentakan lutut.
otak
saraf tunjang
mata
kelenjar
Sistem saraf periferi menghantar ................ dari organ deria melalui sistem saraf pusat ke otot atau kelenjar.
impuls
saraf
Tindakan terkawal ialah tindakan yang kita ................... dan tindakan ........................ ialah tindakan yang dilakukan secara automatik.
sedari
tidak sedar
luar kawal
................. ialah organ deria penglihatan yang bergerak balas terhadap rangsangan cahaya.
Mata
Telinga
Mulut
Hidung
...................... pada retina peka terhadap keamatan cahaya yang berlainan seperti pada waktu ..................
Sel rod
siang
malam
Sel rod tidak peka terhadap warna dan hanya imej ................. dan ................... dihasilkan.
merah
jingga
hitam
putih
.................... pada retina peka terhadap warna cahaya dalam keamatan cahaya yang tinggi.
Sel rod
Sel kon
................. ialah organ deria pendengaran.
Mata
Telinga
Mulut
Hidung
...................... menerima dan menghantar gelombang bunyi melalui salur telinga ke gegendang telinga.
Koklea
Osikel
Cuping telinga
Saraf auditori
........................... dari gegendang telinga diperkuatkan oleh tulang osikel lalu dihantar ke koklea melalui jendela bujur.
Getaran
Gelombang
Bunyi
.......................... menukarkan getaran bunyi kepada impuls saraf dan impuls saraf dihantar melalui saraf auditori ke otak.
Cuping telinga
Jendela bujur
Salur telinga
Koklea
.................... ialah organ deria bau.
Mata
Hidung
Lidah
Kulit
Sel-sel yang peka kepada bau terdapat di dalam tisu ........................ di bahagian atas rongga hidung.
otot
saraf
epitelium
Bahan kimia dalam udara melarut dalam lapisan ................ yang melapisi sel deria bau (sel olfaktori) lalu merangsangkannya untuk menghasilkan impuls saraf.
mukus
lendir
....................... ialah organ deria rasa.
Kulit
Mata
Hidung
Lidah
Bahan kimia dalam makanan melarut dalam ................... dan meresap ke dalam ...................... melalui liang dan merangsang reseptor rasa di dalamnya untuk menghasilkan impuls saraf.
air liur
tunas rasa
saraf
darah
..................... dari objek memasuki mata melalui kornea, gelemair, pupil, kanta mata dan gelemaca dan difokuskan ke ............................
anak mata
Sinar cahaya
retina
.................. yang terangsang dan impuls saraf yang terbentuk dihantar melalui saraf optik ke otak.
Fotoreseptor
Sel rod
Sel kon
Pilih kecacatan penglihatan.
Rabun jauh
Rabun dekat
Astigmatisme
Titik buta
Ilusi optik
Contoh alat untuk mengatasi had deria penglihatan.
Pembesar suara
Mesin ultrabunyi
Mikroskop cahaya
Binokular
Stetoskop
