wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa V 2.0

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Kamaruzaman __________________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.

a)

seperti Belanda diberi tanah

b)

seperti kera mendapat bunga

2.

Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu yang mencukupi kerana baginya _____________________________ .

a)

melentur buluh biarlah daripada rebungnya

b)

harapkan pagar, pagar makan padi

3.

Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.

a)

segan bertanya sesat jalan

b)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

4.

Subramaniam seperti ____________________________________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.

a)

murai tercabut ekor

b)

katak di bawah tempurung

5.

Encik Malik _______________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.

a)

seperti tikus membaiki labu

b)

seperti lembu dicucuk hidung

6.

Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin __________________ .

a)

tepuk dada tanya selera

b)

belakang parang diasah lagikan tajam

7.

Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ___________________.

a)

bagai telur di hujung tanduk

b)

bagai pahat dengan penukul

8.

Mey Fung perlu menguatkan suara apabila bercakap kerana neneknya __________________ .

a)

pekak badak

b)

pasang telinga

c)

telinga kuali

9.

Semua mangsa banjir di Batu Pahat __________________ untuk

menyelamatkan harta-benda mereka daripada dihanyutkan air.

a)

mencari untung

b)

membuka langkah

c)

mencari jalan

10.

Penduduk Kampung Puchong _________________ sejak pukul lapan pagi untuk membaiki jambatan yang rosak.

a)

mandi keringat

b)

mandi kerbau

c)

ringan tulang

11.

Paythan menarik diri dalam acara pertunjukan fesyen di sekolahnya kerana dirinya yang ________________ .

a)

pening lalat

b)

bidan terjun

c)

puteri lilin

12.

Abang saya suka berenang manakala kakak hanya suka bermain di ______________ kerana dia takutkan ombak.

a)

atas pagar

b)

luar pagar

c)

gigi air

13.

Kehidupan Intan Najwa sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu bapanya menjaganya ______________________________

a)

bagai kucing kehilangan anak

b)

bagai kacang lupakan kulit

c)

bagai menatang minyak yang penuh

14.

Perbuatan Chok Xin menceritakan keburukan keluarganya itu _____________________________ kepada jiran tetangganya.

a)

seperti musuh dalam selimut

b)

seperti membuka pekung di dada

c)

seperti menanam tebu di bibir

15.

Segala janji manis wakil insurans itu ________________ kerana setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi datang memberi perkhidmatan.

a)

bagai menyusu kera di hutan

b)

bagai anjing menyalak bukit

c)

bagai menanam tebu di bibir