NEW
Font size
WorksheetsULANGKAJI TATABAHASA (Set 4)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Sharifah __________ ramah ketika melayan tetamu yang datang ke rumahnya.
benar
sekali
paling
sangat
Ikan paus yang hidup di laut __________ sejenis haiwan mamalia.
ialah
adalah
iaitu
benar
"Lelaki yang memakai tali leher itu __________ ayah saya," kata Anis kepada Sarah.
ialah
adalah
sungguh
bahawa
Selepas menghadiri majlis hari jadi sahabat karibnya, FIrdaus __________ pulang ke rumah.
juga
lagi
pun
memang
__________ amalkan makan makanan ringan. Hal ini disebabkan makanan ringan tidak baik untuk kesihatan.
Minta
Jemput
Jangan
Tolong
"_____kah harga sekilogram buah anggur ini?" tanya Puan Diana kepada penjual buah itu.
Apa
Berapa
Bila
Siapa
Setiap hari, Cikgu Ajis ___________________ dari rumah ke sekolahnya dengan menaiki motosikal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
berulang-alik
berbolak-balik
berdolak-dalik
berpindah-randah
Latihan bola sepak _______________ bola baling akan diadakan pada petang ini ________________ cuaca baik.
dan ....... jika
atau ....... tetapi
lalu ........ sambil
serta ........ walaupun
Seorang penghibur ____________ gitar sambil menyanyikan sebuah lagu untuk menghiburkan para pengunjung di restoran itu.
mencuit
memicit
memetik
menepuk
Rakyat jelata berasa sedih dan terkejut apabila mengetahui berita ______________ baginda sultan yang berjiwa rakyat itu.
persalinan
keputeraan
pemasyhuran
kemangkatan
Encik Sufian akan mentadbir Syarikat Jaya Berhad itu buat sementara waktu.
Pilih perkataan sinonim bagi mentadbir.
mengawas
mengawal
mengurus
memantau
Agar-agar gula melaka yang dibuat oleh kakak ini sungguh lembut dan sedap rasanya.
Pilih perkataan antonim bagi lembut.
liat
keras
kukuh
lembik
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang disediakan.
Restoran Nasi Kukus Famosa akan mula beroperasi pada bulan Mac ini.
Bagaimanakah Restoran Nasi Kukus Famosa akan beroperasi?
Bilakah Restoran Nasi Kukus Famosa akan mula beroperasi?
Siapakah yang akan membuka Restoran Nasi Kukus Famosa?
Mengapakah Restoran Nasi Kukus Famosa akan mula beroperasi pada bulan Mac?
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Jaya berharap agar program Hari Keluarga itu akan berlangsung mengikut __________________ yang telah dirancangkan.
janji temu
budi baik
atur cara
hal ehwal
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Datuk Fauzi yang _____________ telah menghulurkan sumbangan kepada Rumah Anak-anak yatim Permata itu.
ringan tulang
bulat hati
murah hati
cakap besar
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Pak Harun menjemur ikan-ikan kering itu di atas para buluh di halaman rumahnya.
Di manakah Pak harun menjemur ikan-ikan kering itu?
Siapakah yang menjemur ikan-ikan kering itu di atas para buluh?
Mengapakah Pak Harun menjemur ikan-ikan kering itu di atas para buluh?
Bilakah Pak Harun menjemur ikan-ikan kering itu di atas para buluh di halaman rumahnya?
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Apakah tujuan Kem Motivasi UPSR untuk murid tahun enam itu diadakan?
Kem Motivasi UPSR itu diadakan pada cuti sekolah ini.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang menganjurkan Kem Motivasi UPSR itu.
Murid tahun enam diwajibkan untuk menyertai Kem Motivasi UPSR itu.
Murid-muri tahun enamakan didedahkan teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul.
Pihak penganjur menetapkan _________________ terhadap para peserta kem ini demi keselamatan dan keselesaan mereka.
tataetika
tatsusila
tatatertib
tatacara
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Pengadil yang dianggap ________________ dalam membuat keputusan itu telah dikecam oleh peminat bola sepak.
bidan terjun
betul bendul
berat sebelah
hentam kromo
Ibu sedang __________________ pakaian yang sudah dibasuh itu di ampaian.
menyidai
menampi
menebar
menyangkut
