Font size
WorksheetsUjian Tatabahasa BM PT3
Total questions: 64
Worksheet time: 32mins
Inang permaisuri agong menyatakan bahawa permaisuri masih di dalam kamar tidur kerana baginda masih belum_________.
beradu
bersiram
bertitah
bersemayam
Beberapa orang murid sedang menjalani latihan bola sepak di________sekolah.
padang
gelanggang
dewan
tapak
Pemuda yang_______pepat itu ialah bapa saudara saya.
berkumis
bertocang
berbaju
berkain
Warganegara yang pulang dari negara luar diminta untuk menjalani________kesihatan sebelum memasuki negara demi mengawal Covid 19 daripada menular.
saringan
pemeriksaan
ujian
rawatan
Jessy________dipilih sebagai olahragawati sekolah pada tahun 2019.
masih
pernah
belum
dapat
Encik Lim sentiasa mengambil berat_______kebajikan anak-anak buahnya.
tentang
terhadap
akan
kepada
Mak Esah membeli sayur-sayuran di pasar pagi itu untuk membuat kuih________.
onde-onde
epok-epok
baru-baru
cumi-cumi
Ah Ming membersihkan sarang_____di stor rumah neneknya.
lelabah
pepijat
rerama
bebiri
Peperangan yang berlaku antara kedua-dua buah negara itu telah mengakibatkan keadaan___________di negara tersebut.
huru-hara
hiruk-pikuk
porak-peranda
riuh-rendah
Sally berasa______apabila mendengar khabar angin tentang dirinya diceritakan oleh rakan karibnya kepada orang lain.
iri hati
jatuh hati
jauh hati
berat hati
1. Pasukan bomba telah berjaya menangkap seekor ular sawa yang telah _____________ seekor kambing di Kampung Tualang.
meratah
melulur
menggigit
mengunyah
Ayat yang bergaris mungkin betul atau salah. Pilih yang paling tepat.
Kutipan derma itu kami akan serahkan kepada wakil setiap kampung yang dilanda banjir.
akan kami serahkan kepada
akan kami serahkan pada
kami akan serahkan pada
kami akan serahkan kepada
Sultan Jamil Abdillah_____________untuk mencemar duli ke upacara pembukaan perasmian bangunan baharu itu.
bertakhta
bertitah
berkenan
bertatah
Ukiran yang menarik dan halus pada__________kota itu menarik perhatian para pengunjung dari dalam dan dari luar negara.
gerbang
gerigi
pasar
kedai
Semut dan lalat_______pada titisan air gula di atas meja makan itu.
berkerubung
berkumpul
berjumpa
bersidang
Semua orang dinasihatkan agar mendapatkan khidmat pakar apabila terdapat _______ jangkitan Coronavirus.
kesan
ciri
tanda
punca
Nathan_______menelaah pelajaran meskipun hari sudah larut malam.
masih pernah
masih sedang
akan dapat
belum dapat
Baju kurung jahitan tangan ini dibeli______ibu kesayangannya di kampung.
demi
untuk
bagi
pada
Pak Ali memasang _________ hujung kelambu pada bumbung bilik tidur anaknya.
kuda-kuda
langit-langit
kisi-kisi
siku-siku
Pengguna komputer riba haruslah memastikan jarak yang selamat antara mata dengan_______peranti itu agar keselamatan mata mereka terpelihara.
tetingkap
tetikus
tetangga
tetampan
Badan beberapa orang peserta kembara hutan itu kelihatan _______ kerana terpaksa meredah kawasan semak samun ketika ekspedisi itu.
kusut-masai
compang-camping
calar-balar
comot-momot
James tidak terpilih untuk mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak kerana dia____________.
kaki ayam
kaki botol
kaki bangku
kaki judi
Ayat yang bergaris mungkin betul atau salah. Pilih ayat yang paling tepat.
Bangku yang terdapat di taman itu diperbuat daripada besi yang bertahankan karat.
dari besi yang tahan karat
dari besi yang tahan akan karat
daripada besi yang tahan karat
daripada besi yang bertahankan karat
Rakyat dan nakhoda kapal menghadap Sultan Ibrahim di istana ketika baginda sultan_________ di atas__________.
bertakhta...pancapersada
bersemayam...tandu
bersemayam...tandu
berarak...panji-panji
Puan Hamidah meletakkan beberapa helai daun sirih dan segenggam pinang di_______sirih untuk diperjamukan kepada tetamu.
junjung
tapak
tepak
teratak
Suzana senantiasa________sejak ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada bulan lalu.
tersedak
tersentap
terkesima
terpegun
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan pihak polis untuk mengadakan ________ jalan raya bagi mengekang pergerakan orang ramai ke sesuatu tempat.
halangan
sekatan
rintangan
tahanan
Ainnur _______melawat Kota A Famosa yang terletak di Melaka walaupun berkesempatan untuk melawatnya pada tahun lalu.
sedang pernah
masih pernah
telah pernah
belum pernah
Perasaan simpati_______anak-anak yatim menyebabkan beliau sanggup mendermakan sebahagian dariapada harta pusakanya.
pada
kepada
terhadap
akan
___ amat tertarik pada cahaya dan lebih suka terbang pada waktu malam.
Otak-otak
Rama-rama
Api-api
Biri-biri
Para murid diminta untuk menggunakan______ketika mahu melintas jalan yang sibuk itu.
tetambak
jejantas
jejambat
jejari
Puan Mei Lin ________di ruang tamu kerana anaknya masih belum pulang ke rumah.
ulang-alik
bolak-balik
mundar-mandir
lalu-lalang
Puan Kasuma Jiwa sentiasa mengambil berat tentang kebajikan _____ di bawah bimbingannya.
anak dagang
anak emas
anak buah
anak angkat
Ayat yang bergaris mungkin betul atau mungkin salah. Pilih ayat yang paling tepat.
Kakak menjahiti adik beberapa pasang baju kurung untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
Kakak memperjahiti adik
Kakak memperjahitkan adik
Kakak menjahitkan adik
Kakak menjahiti adik
Petugas istana membawa________yang bertatahkan emas ketika perarakan masuk Sultan Alauddin Riayat Syah ke balairuang seri.
singgahsana
tandu
ubur-ubur
cogan alam
Pasangan pengantin itu kelihatan amat cocok ketika bersanding di atas_____pelamin.
jinjang
junjung
jenjang
pentas
Ellyviana dan kawan-kawannya _______ seketika apabila melihat guru disiplin mereka tercegat di muka pintu kelas.
terjerlus
terhumban
terpempan
terpampang
Semua warganegara diminta untuk mematuhi_________kerajaan demi menghalang penularan penyakit berjangkit di negara kita.
pedoman
seruan
desakan
suruhan
Maaroff _____melayakkan diri ke pusingan akhir pertandingan itu jika melepasi dua pusingan saringan ini.
telah dapat
belum dapat
akan dapat
pernah dapat
Maklumat palsu yang diperoleh________sumber yang tidak sahih haruslah dilaporkan kepada pihak berkuasa.
daripada
dari
akan
terhadap
Beberapa orang juak raja membawa _____ ketika upacara masuk Sultan Mahmud Syah ke balairuang seri.
aram-aram
ampai-ampai
iram-iram
inang-inang
Deodoran dalam botol berbentuk_______itu dibelikan untuk abang.
bebuas
bebaru
bebola
bebuli
Danish dimarahi oleh guru kerana tulisannya masih _______ walaupun sudah ditegur beberapa kali.
lintang-pukang
incang-incut
herot-berot
keluh-kesah
Walaupun sudah beberapa kali ditegur, Eliana masih _____ untuk mematuhi nasihat ibunya itu.
hati batu
hati kaudu
hati mati
hati muda
Ayat yang bergaris mungkin salah atau mungkin betul. Pilih ayat yang paling tepat.
Pekerja-pekerja itu sibuk mengecati semua bangunan-bangunan sekolah sebelum tibanya hari perasmian oleh Menteri Pendidikan Malaysia.
mengecat semua bangunan sekolah
mengecatkan semua bangunan sekolah
mengecat semua bangunan-bangunan sekolah
mengecati semua bangunan-bangunan sekolah
Semua masyarakat ______ sumbangan yang diberikan oleh baginda ketika negeri ditimpa bencana.
menjunjung tinggi
menjunjung duli
menjunjung titah
menjunjung perintah
____ yang dibina Pak Ali di tengah-tengah kebun durian itu roboh akibat tiupan angin kencang beberapa hari yang lalu.
Astaka
Dangau
Gerobok
Gudang
Angkatan Tentera Malaysia ______ dengan pasukan polis untuk menjalankan sekatan jalan raya di seluruh negara.
berkongkalikung
berkolaborasi
berkolaboratif
bercangkaliwang
Pesakit yang positif jangkitan Covid-19 dikuarantinkan demi memutuskan _______ jangkitan kepada orang lain.
aliran
kitaran
rantaian
pusingan
Kita _______ memperoleh maklumat tentang bilangan kes berjangkit melalui laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
harus
mesti
dapat
boleh
Ninie dianggap seorang yang _____ kerana dia dapat memahami sesuatu pembelajaran dengan mudahnya.
kecut hati
kata hati
terang hati
makan hati
"________ telah mendapat perintah daripada _______ untuk memperketat kawalan di sempadan kota," kata Temenggung kepada Syah Bandar.
Hamba...tuan hamba
Tuan hamba...patik
Hamba...baginda
Tuan hamba...patik
Encik Suresh membeli ubat-ubatan di _____ pandu lalu semasa anaknya menghidap demam dan selesema.
klinik
lorong
farmasi
perubatan
Kereta api itu masih belum _______ ketika kami tiba di stesen.
beralih
bergerak
bertolak
belayar
Kita haruslah duduk di rumah dan mematuhi Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) agar _______ ketiga jangkitan ini tidak meledak di negara kita.
arus
gelombang
medan
wahana
Pertolongan yang diberikan oleh Hanisah ketika Lee ditimpa masalah kewangan tidak dibalas oleh Lee apabila Hanisah memohon bantuan daripadanya beberapa bulan yang lalu.
Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah
seperti anjing menyalak bukit
seperti anjing mengonggong tulang
seperti anjing dengan kucing
seperti melepaskan anjing tersepit
"Adakah _________ berhajat untuk mengikuti _______ ke Gunung Ledang?," tanya Bendahara kepada Syah Bandar.
tuan hamba...hamba
tuanku...tuan hamba
hamba...tuan hamba
hamba...tuanku
Para pengunjung pasar raya itu menggunakan _____ kecemasan apabila bahagian hadapan bangunan itu kebakaran.
eskalator
lif
tangga
pintu
Nanah pada lututnya _____ keluar apabila doktor memicit bahagian lututnya yang tercedera itu.
terkucil
terkecai
tersimbah
terhambur
Pesakit diminta untuk menceritakan perkara sebenar kepada doktor sekiranya mempunyai sejarah ______ dengan orang berjangkit sebelum ini.
sentuhan
geseran
hubungan
kontak
Orang ramai dapat melayari laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari masa ke masa untuk mendapatkan ______ terkini tentang jumlah bilangan kes jangkitan ini.
tip
maklumat
pesanan
perangkaan
Laluan ke rumah pengantin perempuan bersilang-siur dan berliku-liku seperti ______.
ular kena palu
ular menyusur akar tiada akan hilang bisanya
sudah tampak kaki ular
sekerat ular, sekerat belut
Malam telah begitu larut dan ada antara kami yang sudah _______________.
tergigil-gigil
tergoyang-goyang
terbatuk-batuk
tersengguk-sengguk
__________ radio terkenal itu merupakan graduan Universiti Teknologi Mara.
Juruacara
Jurucakap
Juruhebah
Jururadio
