Worksheets六年级国理年终测验
Total questions: 60
Worksheet time: 3hrs 0mins
Sebagai pemimpin negara, ________ berasa amat bangga atas kerjasama yamg ditunjukkan oleh rakyat.
dia
anda
nya
beliau
”Tujuan _________ ke sini adalah untuk mengadukan kecurian yang berlaku semalam,”kata Tok Uwais kepada sultan.
hamba
patik
beta
baginda
“Bilakah _____akan berangkat ke tanah seberang?” ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Paduka Bendahara Tun Ali.
dia
tuanku
baginda
beliau
Abang meletakkan kereta baharunya di dalam ______ yang terletak di belakang rumah.
garaj
lokap
kabinet
bangsal
Ibu menggunakan __________ untuk menjerang air.
jag
teko
cerek
periuk
Kelihatan beberapa biji telur burung di dalam ________ itu.
sangkar
sarang
bekas
tempat
Nina _________ adunan yang telah siap dibancuh dengan senduk.
menuang
mencurah
meletak
menyenduk
Anjing liar itu __________ seketul tulang yang dijumpai di
belakang sebuah gerai.
memakan
mencengkam
menggonggong
menyepit
Pak Cik Anas ___________ sebuah bakul semasa memetik
nanas di kebun.
menjunjung
menggalas
mengandar
menjinjing
Perusahaan __________ songket secara tradisional masih
diusahakan oleh golongan wanita terutamanya di Terengganu.
menekat
menenun
menyulam
menganyam
Di atas katil emas itu kelihatan seorang puteri yang sangat
cantik jelita sedang __________ .
bersiram
beradu
bertitah
berangkat
Ahmad _________ tuduhan itu sekeras-kerasnya kerana
yakin bahawa dia tidak bersalah dalam hal itu .
melenyapkan
menyoal
mengecam
menyangkal
Vivian yang ________berbahasa Jepun bercadang untuk ke negara tersebut.
fasih
pantas
bagus
cerdik
Hui Wen menyimpan sebahagian daripada wang sakunya di dalam tabungnya yang________ seperti telur ayam.
bujur
buncit
lekuk
bengkak
Kim Seng lewat ke sekolah kerana terpaksa mengepam tayar basikalnya yang sudah________.
kesat
kecut
kemek
kempis
Keadaan jerebu di Malaysia _______ lama ______teruk.
sungguhpun...tetapi
semakin...semakin
baik...baik
entah...entah
Jacky tidak dibenarkan keluar bermain di taman _______
tidak menyiapkan kerja sekolahnya.
serta
setelah
maka
selagi
______ menunggu ibu balik dari pejabat, kakak memasak nasi _______ mengemas dapur.
Sementara...dan
Setelah...lalu
Jika...sambil
Sambil...dan
Pulau Pangkor ________ salah satu destinasi percutian menjadi tumpuan pelancong ________ pemandangannya cantik dan banyak tempat yang menarik untuk dilawati.
walaupun...tetap
kerana...masih
bukan sahaja...malahan
sungguhpun...namun
Guru Besar meminta ________ bapa _____ ibu murid hadir ke sekolah.
sungguhpun...tetapi
bukan sahaja...malahan
sama ada...ataupun
walaupun...namun
Suriani ________ menghadiri temu duga di Syarikat Econpile Sdn. Bhd. pada minggu hadapan.
akan
telah
masih
sedang
Pegawai polis itu __________ cedera di bahunya ketika bergelut dengan penjenayah pada tahun lepas.
pernah
masih
belum
akan
Kelewatan mereka ________ disebabkan mereka singgah di gerai makanan.
hendak
harus
boleh
mungkin
Perasaan sayang _______ negara perlu disemai ____jiwa
setiap rakyat Malaysia.
kepada...pada
akan...dalam
pada...oleh
demi...pada
Pihak penganjur mengucapkan terima kasih ______ kehadiran Tok Penghulu bagi merasmikan majlis tersebut.
kepada
akan
demi
atas
Beg tangan yang berjenama itu diimport _______ luar negara dan diperbuat ________ kulit kambing biri-biri yang terpilih.
dari...daripada
daripada...dari
oleh...dari
dari...kepada
Encik Aron berbual dengan penumpang di _________nya
antara
sebelah
hadapan
sekeliling
Terumbu karang yang cantik terdapat di_____laut Pulau Sibu.
dasar
dalam
sudut
bucu
Pekerja ladang the itu sedang memetik daun teh di________ bukit.
puncak
lereng
bawah
tepi
Api pelita di rumah Nurul ______ ditiup angin senja.
turun naik
lenggang-lenggok
liang-liuk
bengkang-bengkok
Sambutan Hari Malaysia pada setiap tahun disambut dengan __________ oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
gegak-gempita
geli-geleman
gilang-gemilang
turun-temurun
Hati Puan Fatimah _________ apabila mendapat tahu anak kesayangannya terlibat dengan gejala dadah.
kusut-masai
calar-balar
remuk-redam
comot-momot
Adik menangis kerana takut akan________yang sedang merangkak di atas pagar rumah.
sesumpah
lelabi
kekunang
tetapak
Cantik ______baju yang dipakai oleh juruacara majlis itu.
agak
paling
benar
terlalu
Dua orang pendaki itu amat gembira _______ kerana mereka telah berjaya sampai di puncak gunung Everest iaitu gunung tertinggi di dunia.
sekali
paling
agak
benar
Adila yakin ________ bahawa dia akan memenangi pertandingan bercerita itu.
sungguh
paling
agak
terlalu
Sudah hampir _______ John menunggu rakan- rakannya di padang.
satu jam suku
suku satu jam
jam satu suku
satu suku jam
________ orang peserta dijangka akan menyertai acara
Larian Muhibah pada minggu hadapan.
Setengah
Dua pertiga
Dua ratus
Masing-masing
Festival makanan itu mempamerkan _______ jenis kuih
tempatan yang terdapat di Malaysia.
berbagai
sebahagian
pelbagai
pelbagai-bagai
Chong Wei memenangi ______ acara olahraga yang disertainya semasa hari sukan sekolah.
berdua
dua-dua
setengah
kedua-dua
______ orang peserta itu berlari dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi tempat ________ dalam pertandingan lumba lari itu.
Empat...satu
Keempat...setengah
Keempat-empat...pertama
Berempat...pertama
Ibu menghidangkan beberapa _________ kuih seri muka untuk minum petang.
hiris
kerat
potong
ulas
Beberapa ________ tembakan telah dilepaskan olah penjenayah itu ke arah kereta peronda polis.
das
butir
pucuk
laeas
Emak memasukkan beberapa ________cecair perasa wanita ke dalam adunan kek itu.
genggam
titis
tompok
cubit
Pilih ayat susunan songsang yang sesuai bagi ayat di bawah.
Beliau memiliki beberapa buah banglo di bandar itu sejak lima tahun lalu.
Di bandar itu sejak lima tahun lalu beliau memiliki beberapa buah banglo.
Sejak lima tahun lalu beliau memiliki beberapa buah banglo di bandar itu.
Beliau memiliki beberapa buah banglo sejak lima tahun yang lalu di bandar itu.
Memiliki beberapa buah banglo di bandar itu sejak lima tahun lalu beliau.
Pilih ayat susunan songsang yang sesuai bagi ayat di bawah.
Beg yang penuh dengan buku itu ada di atas meja.
Yang penuh dengan buku itu ada di atas meja beg.
Ada di atas meja beg yang penuh dengan buku itu.
Ada di atas meja penuh dengan buku beg itu.
Beg yang di atas meja itu penuh dengan buku.
Pilih ayat susunan songsang yang sesuai bagi ayat di bawah.
Peserta yang dapat menjawab soalan tersebut akan dihadiahi sebuah televisyen oleh syarikat itu.
Akan dihadiahi sebuah televisyen peserta yang dapat menjawab soalan tersebut oleh syarikat itu
Sebuah televisyen akan dihadiahi oleh syarikat itu peserta yang dapat menjawab soalan tersebut.
Akan dihadiahi sebuah televisyen oleh syarikat itu peserta yang dapat menjawab soalan tersebut.
dihadiahi sebuah televisyen oleh syarikat itu akan peserta yang dapat menjawab soalan tersebut.
Pesalah itu _________ membuat sebarang pengakuan ketika dihadapkan ke mahkamah.
bukan
tidak
ialah
adalah
Aiman ___________ berasal dari Kelantan.
bukan
tidak
akan
adalah
Basikal yang dijumpai di dalam semak itu __________ kepunyaan adiknya.
bukan
tidak
dapat
akan
Sumbangan itu ___________ untuk mangsa-mangsa banjir di Kampung Jeram.
ialah
adalah
tidak
harus
Lelaki yang suka menderma itu _____________ penduduk di kampung saya.
ialah
adalah
tidak
boleh
Kutipan derma itu ____________ untuk membina sebuah surau di Taman Seri Andalas.
ialah
adalah
tidak
akan
Pilih ayat yang betul.
Xavier yang rajin sangat menyayangi oleh Cikgu Haslinda.
Benarkah perempuan yang berambut panjang itu adik perempuan kamu?
Nasi lemak yang dijual di gerai Pak Kasim paling amat sedap.
Steven Kua masih bekerja di negara Perancis selama lima tahun sebelum pulang ke tanah air.
Pilih ayat yang betul.
Buku-buku nota Bahasa Malaysia itu tebal-tebal belaka.
Puan Siti membeli pelbagai jenis kuih-muih untuk santapan pagi keluarganya.
Kita akan memperoleh banyak ilmu pengetahuan jika kita rajin membaca buku.
Kedua orang anak lelaki Pak Atan menjadi doktor pakar bedah di Hospital Putrajaya.
Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
Anda patut menyelesaikan tugasan itu sekarang.
Tugasan itu patut diselesaikan oleh anda sekarang.
Tugasan itu patut anda selesaikan sekarang.
Tugasan itu diselesaikan oleh anda patut sekarang.
Tugasan itu anda patut selesaikan sekarang.
Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
Kami telah menghadiahkan sebatang pen kepada guru bahasa Melayu pada sambutan Hari Guru.
Sebatang pen telah menghadiahkan oleh kami kepada guru bahasa Melayu pada sambutan Hari Guru.
Sebatang pen kami telah menghadiahkan kepada guru bahasa Melayu pada sambutan Hari Guru.
Sebatang pen telah kami hadiahkan kepada guru bahasa Melayu pada sambutan Hari Guru.
Sebatang pen telah dihadiahkan oleh kami kepada guru bahasa Melayu pada sambutan Hari Guru.
Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.
Undang-undang negara kamu mestilah mematuhi agar hidup kita aman.
Undang-undang negara mestilah dipatuhi oleh kamu agar hidup kita aman.
Undang-undang negara dipatuhi oleh kamu mestilah agar hidup kita aman.
Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.
Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
Guru disiplin menahan pelajar itu selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
Pelajar itu dinahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
Pelajar itu guru disiplin tahan selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
Pelajar itu guru disiplin nahan selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
Tukarkan ayat pasif kepada ayat aktif.
Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa bersih.
Para pelajar mempangkas pokok-pokok itu supaya sentiasa bersih.
Para pelajar memangkas pokok-pokok itu supaya sentiasa bersih.
Pokok-pokok memangkas para pelajar itu supaya sentiasa bersih.
Para pelajar memangkas supaya sentiasa bersih pokok-pokok itu.
