Font size
WorksheetsSistem Endokrin
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
ORGAN SASARAN BAGI TSH.
Ovari
Kelenjar tiroid
Pituitari anterior
Kelenjar adrenal (cortex)
HORMON YANG TIDAK DIREMBESKAN OLEH ANTERIOR PITUITARI.
Prolactin
Oxytocin
Luteinizing hormone
Adrenocorticotropic hormone
Apakah itu kelenjar endokrin?
Kelenjar berduktus yang merembeskan protein terus ke dalam aliran darah.
Kelenjar tanpa duktus yang merembeskan hormon terus ke dalam aliran darah.
Kelenjar berduktus yang merembeskan hormon terus ke dalam aliran limfa.
Kelenjar tanpa duktus yang merembeskan hormon terus ke dalam aliran limfa.
Namakan hormon yang dirembeskan oleh pankreas.
adrenalina
Tiroksina
Insulin
Estrogen
Hormon adrenalina dirembeskan oleh kelenjar?
Kelenjar pituitari
Kelenjar adrenal
Pankreas
Ovari
Hormon Tiroksina dirembeskan oleh...........
Pankreas
Kelenjar adrenal
Kelenjar tiroid
Testis
Hormon antidiuresis dirembeskan oleh kelenjar............
Kelenjar pituitari
Kelenjar adrenal
Pankreas
Ovari
Apakah kelenjar endokrin yang merembeskan banyak hormon semasa kecemasan, marah atau
ketakutan?
Kelenjar tiroid
Kelenjar adrenal
Ovari
Pankreas
Antara berikut hormon manakah yang berfungsi meningkatkan penyerapan semula garam
mineral di ginjal?
Aldosteron
Adrenalina
Tiroksina
Glukagon
Antara berikut hormon manakah yang berfungsi menggalakkan penukaran glikogen kepada glukosa?
Aldosteron
Adrenalina
Tiroksina
Glukagon
Antara berikut hormon manakah yang dirembeskan sewaktu kecemasan?
Aldosteron
Adrenalina
Tiroksina
Glukagon
Apakah yang akan berlaku apabila berada dalam situasi cemas?
Hormon adrenalina dirembeskan
kadar denyutan jantung terhenti
tekanan darah meningkat
aktiviti metabolisme menurun
Antara berikut yang manakah ciri-ciri sistem saraf yang berbeza dengan sistem endokrin?
Gerak balas saraf adalah cepat dan serta-merta
Tempoh kesan adalah singkat
Merembeskan bahan kimia iaitu hormon
Terdiri daripada kelenjar tanpa duktus
Antara A,B,C dan D yang manakah merupakan kelenjar Adrenal
A
B
C
D
Antara berikut kelenjar manakah yang merupakan kelenjar utama sistem endokrin kerana kelenjar ini merembeskan hormon yang mengawal rembesan kelenjar endokrin yang lain?
Kelenjar pituitari
Kelenjar Adrenal
Kelenjar tiroid
Pankreas
Penyakit ini mempunyai gejala kerap buang air kencing,sentiasa berasa haus, rasa kebas pada tapak kaki, penglihatan kabur, letih dan luka lambat sembuh.Apakah penyakit ini?
DIABETES MELITUS
DIABETES INSIPIDUS
HIPOTIROIDISME
HIPERTIROIDISME
Penyakit ini berlaku dimana lobus posterior kelenjar pituitarinya gagal merembeskan hormon antidiuresis (ADH). Akibatnya, pesakit akan menyingkirkan air kencing yang banyak dan sentiasa berasa haus.Apakah penyakit ini?
DIABETES MELITUS
DIABETES INSIPIDUS
HIPOTIROIDISME
HIPERTIROIDISME
Penyakit ini menyebabkan paras glukosa darah yang sangat rendah. Antara simptom ialah letih, sukar tidur pada waktu malam, pemikiran bercelaru, perasaan takut, ketidakstabilan emosi, mudah pengsan dan sakit kepala.Apakah penyakit ini?
DIABETES MELITUS
HIPOGLISEMIA
HIPOTIROIDISME
HIPERTIROIDISME
Penyakit ini simptom termasuklah kadar denyutan jantung yang perlahan, amat sensitif terhadap kesejukan, letih dan berat badan yang mudah meningkat.Apakah penyakit ini?
DIABETES MELITUS
HIPOGLISEMIA
HIPOTIROIDISME
HIPERTIROIDISME
Apakah yang menyebabkan penyakit yang terdapat dalam gambar?
rembesan tiroksina terlalu banyak
rembesan tiroksina terlalu sedikit
rembesan hormon pertumbuhan (GH) terlalu banyak
rembesan hormon pertumbuhan (GH) terlalu sedikit
