wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH PT3 (SET 1 )

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab, iaitu merujuk kepada___________________ .(TINGKATAN 1)

a)

Kesihatan dan Kehidupan

b)

Riwayat dan Asal-usul

c)

Riwayat dan ketamadunan

d)

Kehidupan dan sejarah

2.

Apakah X yang merujuk kepada Jangka masa sepuluh tahun. ( TINGKATAN 1)

a)

Dekad

b)

Hijrah

c)

Zaman

d)

Masihi

3.

Apakah ciri sumber primer? (T1)

a)

Disebarkan kepada umum

b)

Telah diolah

c)

Sudah dicetak

d)

Bersifat asli

4.

Jika Shamsul ingin mengkaji asal usul nama sebuah kampung di Balik Pulau, apakah kaedah yang sesuai digunakan ? T1

a)

Lisan

b)

Lakaran

c)

Bertulis

d)

Arkeologi

5.

Apakah kaedah pengkajian sejarah yang digunakan secara saintifik untuk mencari maklumat daripada bahan tinggalan sejarah?

a)

Kaedah lisan

b)

Kaedah lakaran

c)

Kaedah bertulis

d)

Kaedah arkeologi

6.

Mengapakah wujud perbezaan tafsiran dalam sejarah?

a)

Tujuan penulisan

b)

Perbezaan ideologi

c)

Perbezaan pandangan

d)

Pemilihan bahan yang sama

7.

Apakah peristiwa sejarah yang boleh dijadikan iktibar kepada kita?

a)

Peristiwa darurat

b)

Pengisytiharan kemerdekaan

c)

Perasmian bangunan sekolah

d)

Pembukaan Melaka

8.

Zaman Air Batu merupakan zaman ketika air batu menutupi permukaan?

a)

Bumi

b)

Benua

c)

Bulan

d)

Laut

9.

. Zaman Air Batu pada tahap yang kedua ialah?

a)

Miosen

b)

Holosen

c)

Pliosen

d)

Pleistosen

10.

Malaysia terletak di dalam Benua ?

a)

Asia

b)

Oceonia

c)

Amerika Selatan

d)

Afrika

11.

Apakah penemuan yang dijumpai di Gua Tambun, Pera

a)

Mikrolit

b)

Lukisan purba

c)

Pisau Tembeling

d)

Tembikar

12.

Mengapakah gua dipilih sebagai tempat kediaman oleh manusia Zaman Paleolitik?

a)

Boleh bercucuk tanam

b)

Tempat kediaman di tepi sungai

c)

Melindungi diri daripada pemerintah

d)

Selamat daripada binatang buas

13.

Peralatan manusia Zaman Paleolitik dan Neolitik diperbuat daripada

a)

batu

b)

tembikar

c)

kayu

d)

besi dan tembaga

14.

Apakah bukti penemuan di Gua Niah

a)

Tembikar

b)

Gendang gangsa

c)

Loceng gangsa

d)

Lukisan Gua

15.

Perkataan civilation berasal dari bahasa

a)

Inggeris

b)

Melayu

c)

Jawa

d)

Sanskrit

16.

Apakah konsep tamadun mengikut pandangan Barat?

a)

Kejayaan dalam kehidupan

b)

Pembentukan sistem kepercayaan

c)

Peningkatan tahap kerohanian

d)

Pencapaian ilmu dan teknologi

17.

Mengapakah golongan agama sangat dihormati dalam organisasi sosial ?

a)

Memiliki kuasa luar biasa

b)

Menguasai upacara keagamaan

c)

Menjadi pemerintah berkuasa mutlak

d)

Menganggap diri mereka sebagai Tuhan

18.

Bukti perkembangan teknologi dalam tamadun Mesir Purba ialah

a)

Zigurat

b)

Wang syiling

c)

Piramid

d)

Kereta kuda

19.

Siapakah tokoh yang memberikan pandangan berkaitan tamadun?


 Tamadun sebagai suatu sistem masyarakat yang memperkasakan pelbagai aspek lahiriah & rohaniah  Karyanya ialah Muqqadimah

a)

Ibn Khaldun

b)

Arnold J. Toynbee

c)

Khoo Kay Kim

d)

Muhd Yusof Ibrahim

20.

Nilai yang dapat kita contohi daripada manusia zaman prasejarah ialah?

a)

Jujur

b)

Kreatif

c)

Taat setia

d)

Amanah

21.

Apakah kerajaan terawal sekali muncul di Alam Melayu?

a)

Majapahit

b)

Funan

c)

Kedah Tua

d)

Champa

22.

Mengapakah binaan Daik dibina oleh masyarakat kerajaan Alam Melayu?

a)

Menahan air

b)

Menyimpan makanan

c)

Membekalkan rempah

d)

Melindungi tiupan angin monsun

23.

Apakah kesan pembukaan terusan Suez kepada negara kita?

a)

Persaingan kuasa Barat

b)

Kemerosotan perdagangan

c)

Penyebaran Agama Kristian

d)

Penentangan tokoh-tokoh tempatan

24.

Mengapakah cerita rakyat seperti Si Tanggang diajarkan kepada anak-anak?

a)

Nasihat kepada anak-anak supaya tidak menjadi tamak

b)

Membolehkan anak-anak berdikari apabila dewasa kelak

c)

Menggalakkan anak-anak untuk mencari kekayaan di dunia

d)

Mendidik anak-anak supaya tidak menderhaka kepada ibu bapa

25.

Apakah kepentingan mata wang dalam urusan perniagaan?

a)

Mewujudkan satu sistem ekonomi yang lebih teratur

b)

Mengelakkan wujud permasalahan dalam sistem urus niaga

c)

Menunjukkan bahawa negeri-negeri Melayu sudah ada mata wang

d)

Menarik lebih ramai pedagang untuk berdagang di negeri-negeri Melayu

26.

Bilakah bermulanya perkembangan industri mengetin?

a)

Abad ke- 17

b)

Abad ke- 18

c)

Abad ke- 19

d)

Abad ke- 20

27.

Apakah tindakan Sultan Kedah untuk menghadapi ancaman Siam dan Bugis?

a)

Memohon bantuan asing

b)

Mendirikan kubu pertahanan

c)

Mengadakan rundingan damai

d)

Melarikan diri ke rantau asia lain

28.

Bagaimanakah Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) menguasai Pulau Pinang pada tahun 1786?

a)

Menghantar penasihat

b)

Melalui tipu muslihat

c)

Memonopoli hasil bumi

d)

Melancarkan peperangan

29.

Mengapakah British menggabungkan Melaka, Singapura dan Pulau Pinang di bawah satu pemerintahan?

a)

Mengamalkan perkongsian pakar

b)

Mengukuhkan pertahanan

c)

Menyeragamkan pentadbiran

d)

Melancarkan peperangan

30.

Pada tahun 1786, Belanda dan Selangor bersetuju untuk memeterai perjanjian. Apakah tujuan perjanjian tersebut diadakan?

a)

Penentangan ancaman lanun

b)

Perlucutan jawatan pembesar

c)

Pembinaan kubu tentera

d)

Penjualan bijih timah

31.

Antara yang berikut yang manakah bukan tugas pembesar?

a)

Menjaga keamanan negeri

b)

Membunuh rakyat sesuka hati

c)

Menjaga kemakmuran negeri

d)

Menjaga kestabilan negeri

32.

Yang manakah antara berikut bukan hasil bumi negara kita?

a)

Rempah-ratus

b)

Rotan

c)

Buah kurma

d)

Sirip ikan yu

33.

Antara berikut, yang manakah merupakan sumber kedua yang boleh digunakan oleh Janice untuk mengkaji sejarah sekolahnya?

a)

Fosil

b)

Artifak

c)

Surat peribadi

d)

Majalah sekolah

34.

Mengapakah pentafsiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah antara sejarawan berbeza-beza?

a)

Gagal mentafsir

b)

Pandangan berbeza

c)

Kurang pengalaman

d)

Sumber terlalu banyak

35.

Apakah maksud Zaman Air Batu?

a)

Zaman gelap tiada cahaya

b)

Zaman ketika bumi ditimpa hujan

c)

Zaman ketika bumi dilanda kemarau

d)

Zaman ketika air batu menutupi bumi

36.

Apakah kesan peningkatan suhu pada Zaman Air Batu?

a)

Berlakunya banjir

b)

Pencairan air batu

c)

Kemarau berpanjangan

d)

Pembentukan gunung berapi

37.

Zaman Air Batu Akhir memberikan kesan di kawasan Asia Tenggara iaitu...

a)

Kenaikan paras air laut di Pentas Sunda.

b)

Manusia bergerak keluar dari benua Afrika

c)

Bumi kembali ke zaman air batu

d)

Asia Tenggara mengalami musim kemarau yang berpanjangan

38.

Apakah peranan Sapta Prabu dalam hierarki sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Majapahit?

a)

Memungut cukai

b)

Mengetuai peperangan

c)

Mentadbir kampung

d)

Menasihati raja

39.

Kerajaan Champa terletak di selatan dan tengah Vietnam. Apakah pusat pentadbiran kerajaan tersebut?

a)

Inderapura

b)

Palembang

c)

Vyadhapura

d)

Hariharalaya

40.

Mengapakah Kerajaan Majapahit menghantar utusan ke India pada abad ke 14?

a)

Mendapatkan bantuan tentera

b)

Mendapatkan pengiktirafan kerajaan

c)

Mengeratkan hubungan persahabatan

d)

Mengukuhkan hubungan perdagangan

41.

Pengertian sejarah mengikut pandangan sejarawan Muhd Yusof Ibrahim ialah

a)

catatan atau rekod peristiwa lalu.

b)

penceritaan tentang tindakan manusia.

c)

apa-apa yang pernah atau sudah berlaku.

d)

tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah.

42.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan Zaman Air Batu.

- Berlaku antara 2.5 juta hingga 10,000 tahun dahulu

- Manusia telah mengetahui cara membuat api

- Kebanyakan binatang yang wujud ketika itu masih kekal hingga kini.

Ciri- ciri tersebut merujuk kepada zaman

a)

Miosen

b)

Pliosen

c)

Pleistosen

d)

Holosen

43.

Mengapakah manusia prasejarah mengebumikan mayat bersama bahan makanan dan amalan ritual?

a)

Menggambarkan kedudukan seseorang semasa hidup

b)

Mempercayai kehidupan selepas mati.

c)

Membuktikan keunikan amalan ritual.

d)

Memberikan penghormatan terakhir.

44.

Peta di atas menunjukkan lokasi tamadun awal dunia. Ciri penting yang terdapat pada tamadun tersebut ialah

a)

terletak di tanah pamah

b)

berada di lembah sungai

c)

terletak di kawasan teluk

d)

berhampiran dengan laut

45.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan Yunani.

- Sistem beraja yang berasaskan keturunan

- Raja dibantu oleh Konsul yang terdiri daripada golongan bijak pandai

Senarai di atas merujuk kepada pemerintahan

a)

Tirani

b)

Aristokrasi

c)

Oligarki

d)

Monarki

46.

Nabi Muhammad S.A.W telah berjaya mewujudkan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kehidupan yang aman antara kaum di Madinah.

Bagaimanakah kejayaan tersebut direalisasikan?

a)

Menggubal Piagam Madinah

b)

Melaksanakan sistem syura

c)

Melakukan penaklukan

d)

Menyebarkan dakwah

47.

Petikan berikut berkaitan konsep Alam Melayu.

Merangkumi gugusan kepulauan dan Tanah Besar di bahagian Tenggara Benua Asia


Konsep Alam Melayu meliputi aspek

I geografi

II agama

III ekonomi

IV bahasa

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

48.

Kerajaan Funan dan Angkor terletak di Lembah Sungai Mekong.

Apakah kepentingan sungai tersebut?

a)

Aktiviti perdagangan

b)

Perluasan kuasa

c)

Aktiviti dakwah

d)

Kesuburan tanah

49.

Mengapakah pembentukan empayar penting kepada Kesultanan Melayu Melaka dari segi politik?

a)

Mengukuhkan hubungan antara kerajaan

b)

Menguasai perdagangan di Selat Melaka

c)

Mewujudkan masyarakat majmuk

d)

Perkembangan agama Islam

50.

Rajah di bawah merujuk kepada pembesar empat Kesultanan Pahang.

- Orang Kaya Indera Shahbandar

- X

- Orang Kaya Pahlawan

- Y


Apakah X dan Y?

I Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja

II Orang Kaya Temenggong Paduka Raja

III Orang Kaya Indera Segara

IV Orang Kaya Indera Perba Jelai

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

51.

Mengapakah Adat Perpatih meletakkan kedudukan yang tinggi kepada kaum wanita?

a)

Berpegang kepada adat

b)

Memiliki kesantunan

c)

Sebagai Ibu Sako

d)

Berdaya saing

52.

Maklumat berkaitan hubungan luar Sabah dan Sarawak.

- Kerajaan Alam Melayu

- Pedagang luar

Tindakan pemimpin tersebut menunjukkan sikap

I bertanggungjawab

II keterbukaan

III toleransi

IV diplomasi

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

53.

Sistem percukaian telah menyumbang kepada kemakmuran negeri Melayu.

Antara berikut manakah sumber percukaian tersebut?

I Hasil perlombongan

II Sewaan ruang niaga

III Bayaran buruh asing

IV Aktiviti perdagangan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

54.

Apakah strategi yang digunakan oleh British untuk menguasai Sabah?

a)

Pajakan

b)

Tipu helah

c)

Manipulasi

d)

Serangan fizikal

55.

Kedudukan Pulau Pinang yang jauh ke utara Selat Melaka menyebabkannya gagal bersaing dengan pelabuhan di Kepulauan Melayu.

Bagaimanakah SHTI menyelesaikan masalah pelabuhan tersebut?

a)

Pakatan dengan Belanda

b)

Mendapatkan Singapura

c)

Menghantar angkatan perang

d)

Meningkatkan kemudahan di pelabuhan

56.

Bagaimanakah ketegangan hubungan tersebut diselesaikan?

a)

Surat Kew

b)

Perang Napoleon

c)

Perjanjian London 1824

d)

Perjanjian 2 Ogos 1824

57.

Maklumat di bawah berkaitan dengan campur tangan British di Selangor.

1873 - Rompakan kapal dagang British di Kuala Langat

1874 - Serangan terhadap rumah api di Tanjung Rachado

Apakah kesan peristiwa tersebut ?

a)

Perang saudara

b)

Pelantikan Residen

c)

Kos pentadbiran meningkat

d)

Perdagangan British tergugat

58.

Apakah faktor yang mendorong perluasan kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu?

I Kedudukan yang strategik

II Kerjasama kemasukan kuasa asing lain

III Kesengsaraan hidup penduduk tempatan

IV Menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

59.

Kelicikan dan kemampuan James Brooke menggunakan pelbagai strategi membolehkannya berjaya mendapatkan Sarawak.

Apakah nilai yang diperolehi?

a)

Berwaspada

b)

Berhemah

c)

Berdikari

d)

Berdisiplin

60.

Lokasi berikut merupakan kawasan pertanian yang utama di Sarawak.

-LUNDU-

Apakah tanaman tradisional yang diusahakan di kawasan tersebut?

a)

Kelapa

b)

Tembakau

c)

Lada hitam

d)

Gambir