WorksheetsKATA BANYAK MAKNA
Total questions: 22
Worksheet time: 12mins
Pilih ayat yang menunjukkan maksud cetek-tidak dalam (pengetahuan)
Kanak-kanak seronok berenang di kolam cetek itu
Datuk selalu menasihati cucunya rajin membaca agar tidak cetek ilmu.
Pilih ayat yang menunjukkan maksud hangat-masih baru lagi
Berita mayat reput yang ditemui di sebuah flat di Marsiling hangat dikatakan orang ramai
Dahi adik terasa hangat kerana dia demam selsema.
Pilih ayat yang menunjukkan maksud lapang-tidak sibuk
Padang berdekatan blok Hakim sangat lapang.
Qisya suka membuat kek cawan pada masa lapangnya.
Pilih ayat yang menunjukkan maksud halaman-perkarangan rumah
Adik terkoyakkan halaman buku ceritanya.
Ahmad rajin menolong neneknya menyapu halaman rumah neneknya.
Pilih ayat yang menunjukkan maksud dingin-tidak mesra
Hujan lebat yang turun pada malam itu menjadikan suasana dingin.
Sejak pertengkaran semalam, Fikah bersikap dingin terhadap ibunya.
Pilih ayat yang menunjukkan maksud halaman-perkarangan rumah
Adik terkoyakkan halaman buku ceritanya.
Ahmad rajin menolong neneknya menyapu halaman rumah neneknya.
Pilih ayat yang menunjukkan maksud masak-ranum
Buah pisang itu sudah masak.
Nek Mah sudah masak dengan perangai cucunya yang suka bermain permainan komputer.
Pilih ayat yang menunjukkan maksud haus-dahaga.
Tapak kasut sekolah Syarif sudah haus.
Cuaca yang panas terik itu membuatkan saya rasa haus.
Pilih ayat yang menunjukkan maksud alamat -tanda
Angin yang bertiup kencang dan langit mula gelap tanda hujan bakal turun tidak lama lagi.
Ayah tercari-cari alamat rumah kawan lamanya.
Pilih ayat yang betul bagi penggunaan perkataan 'cetek'. Jawapan mungkin lebih dari satu.
Air sungai itu menjadi cetek semasa musim kemarau.
Dia tidak boleh menjawab soalan itu kerana pengetahuan amnya sangat cetek.
Matanya kelihatan cetek kerana kurang tidur.
Pilih ayat yang betul bagi penggunaan perkataan 'habis'. Jawapan mungkin lebih dari satu.
Kek pisang itu telah habis dimakan oleh adik sebentar tadi.
Mereka berbual sehingga habis malam.
Sisa makanan itu habis dimakan oleh Si Tompok.
Pilih ayat yang betul bagi penggunaan perkataan 'rendah'. Jawapan mungkin lebih dari satu.
Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam mata pelajaran Sains.
Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga kereta import.
Barang yang murah tidak semestinya bermutu rendah.
Pilih ayat yang betul bagi penggunaan perkataan 'tamat'. Jawapan mungkin lebih dari satu.
Perkhidmatannya akan tamat pada bulan depan.
Lai Ming tamat mendaki gunung yang tinggi itu
Lesen memandu Fadli tamat pada pertengahan bulan ini
Pilih ayat yang betul bagi penggunaan perkataan 'kencang'. Jawapan mungkin lebih dari satu.
Nelayan tidak turun ke laut pada musim angin kencang.
Tendangan kencang pemain bola sepak itu telah menggegar jaring gol lawan.
Suaranya yang kencang itu menakutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
II Artis baharu itu mempunyai nada suara yang naik.
III Peniaga itu memukul adunan apam balik itu sehingg naik.
IV Kami mula naik seram apabila terdengar suara anjing menyalak.
II "Saya akan tawar jawatan pengurus kepadanya," kata pemilik syarikat itu.
III Pidatonya tawar dan tidak bersemangat langsung.
IV Bisa gigitan lebah di tangannya semakin tawar setelah dia makan ubat itu.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Sudah menjadi rutin bulan Amir untuk menziarahi anak-anak yatim di Padang Serai.
II Ayah akan mengirimkan perbelanjaan bulan bagi kami sekeluarga melalui pos.
III Mengapakah Azila sudah beberapa bulan tidak datang ke sekolah?
IV Setiap akhir bulan ayah menerima gaji daripada majikannya.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Pokok rambutan itu berbuah lebat.
II Rambutnya ikal, lebat dan kelihatan bersinar.
III Pendebat itu lebat berhujah sehingga penonton terpegun.
IV Dia boleh menyiapkan sehelai kain songket yang lebat corak emasnya dalam masa dua hari.
I dan II
II dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Dia mengalami kerugian yang agak besar dalam kebakaran itu.
II Agak yang dibuat oleh ibu itu sangat sedap.
III Bangunan itu tingginya agak dua puluh meter.
IV Jangan main agak sahaja apabila menjawab pertanyaan guru.
I dan IV
II dan III
I dan III
II dan IV
I Liong baru sahaja baik daripada selesema.
II Hubungan Aida dengan Nurul memang baik.
III Almari buruk itu masih boleh baik dan dapat dijual.
IV Kesihatannya masih baik walaupun usianya telah lanjut.
I dan IV
II dan III
I, II dan IV
II,III dan IV
I Kata-kata Safiah yang tajam itu menyakitkan hati Nurul.
II Yazid dipuji oleh kawan-kawannya kerana mempunyai otak yang tajam.
III Pisau yang baru dibeli oleh ibu semalam sangat tajam.
IV Sazali ialah seorang murid yang tajam dalam bidang kokurikulum di sekolahnya.
I dan II
I dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
I Saya masih ingat akan peristiwa pahit yang menimpa keluaraga saya itu.
II Adik menangis kerana tidak mahu makan ubat yang rasanya agak pahit.
III Buah kedondong ini rasanya pahit kerana masih muda lagi.
IV Nasi goreng yang disediakan oleh kakak ini agak pahit kerana kurang garam.
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
