Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Latar Tempat HAK & Novel Pengabdian

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

Pilih peristiwa penting yang berlaku pada latar tempat berikut :


Di tepi laut

a)

Badan Tuan Puteri Si Raksasa terbelah menjadi dua dipenggal Awang Kamaruddin lalu menjadi Naga Berkepala Tujuh

b)

Lamang Labai telah menempatkan pertapaan kedua-dua orang anaknya di sini sejak lahir lagi.

c)

Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti menjadi Lalat Kuning untuk mendapatkan mereka.

2.

Gadung Batu di Bukit Si Guntang

a)

Raja Jin 7 Seperadian mengajarkan ilmu kepada anak-anak didik mereka iaitu Lamang Labai, Awang Kamaruddin dan Dang Kumala.

b)

Anggayan Damit menuntut ilmu persilatan kepada Raja Jin 7 Seperadian.

c)

Tempat tinggal Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu.

3.

Hujung Titian Jalan Setapak

a)

Tempat Lamang Labai berperang tanding dengan Anggayan Damit.

b)

Tempat penduduk kampung bertamu termasuk penduduk-penduduk kampung dari kampung Dang Kasuma.

c)

Tempat Lamang Labai mengintai Dang Kasuma subuh-subuh lagi disebalik semak samun.

4.

Bukit Si Guntang-guntang

a)

Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti merasakan ada sesuatu perkara buruk akan berlaku dan nampak tunangnya diganggu orang lain.

b)

Salah satu tempat berperang Awang Kamaruddin dengan Tuan Pemagat yang mengambil masa dalam beberapa hari.

c)

Tempat tinggal Raja Jin Tujuh Seperadian dan mengajar Lamang Labai, Awang Kamaruddin dan Dang Kumala ilmu persilatan, ilmu pemikat, ilmu Penuduh Burung dan ilmu kebal.

5.

Kuala Sungai Baram

a)

Tempat Lamang Labai membuka hutan baru dan di tempat ini lah dia mula jatuh sakit dan demam berpanjangan sehingga menemui ajalnya.

b)

Tempat Lamang Labai mengusahakan kebun buah-buahan dan padi bukitnya.

c)

Tempat Dang Kumala bertapa di atas pokok ini apabila usianya sudah tua.

6.

Istana Besar Bukit Surau

a)

Dang Siti Noralam marah dengan kedatangan sepupu Awang Kamaruddin untuk meminangnya kerana berjauh hati.

b)

Awang Abdul Mumin dan Awang Mutaram menemui Dang Kasuma Mata, ibu kepada Dang Siti Noralam untuk menyampaikan hasrat Awang Kamaruddin untuk meminang Dang Siti Noralam.

c)

Dang Siti Noralam lari dan merajuk ke tempat ini serta menyembunyikan dirinya di dalam bangsi.

7.

NOVEL PENGABDIAN

Pilih peristiwa penting yang berlaku dalam latar tempat berikut :


Klinik Pediatrik

a)

Marina berada di sini selama 3 malam iaitu wad untuk merawat ibu-ibu yang keguguran.

b)

Siti Nur merawat Shamsul yang tidak mahu disuntik jururawat dan hanya mahu dirinya saja.

c)

Terdapat bilik bedah iaitu tempat Siti Nur dibedah kerana penyakit ketumbuhan di paru-paru.

8.

Wad 10

a)

Wad pesakit perempuan setelah melahirkan.

b)

Wad yang dikhaskan untuk kanak-kanak dan di tempat ini lah Siti Nur merawat pesakit-pesakitnya.

c)

Wad pesakit perempuan tempat Marina ditahan untuk doktor mengawasi perjalanan kesihatannya.

9.

Bilik Kuliah

a)

Siti Nur membantah kerana tidak bersetuju dengan pendapat Doktor Jones yang mahu memberhentikan rawatan terhadap penyakit Junaidah.

b)

Siti Nur dan Samuel membincangkan mengenai penyakit kanser yang dihidapinya.

c)

Siti Nur berbincang dengan Doktor Jones mengenai penyakit Faridah.

10.

Penjara Jerudong

a)

Khalid membaca surat yang diberikan oleh isterinya Faridah untuk memujuknya supaya mengubah sikapnya dan dapat dibebaskan agar Azmil akan mahu dibedah.

b)

Khalid bertengkar dengan banduan lain dipenjara kerana dihina sebagai pemberontak negara.

c)

Khalid membaca surat yang dikirim oleh Siti Nur untuk menginsafkan dan menyedarkan bapa saudaranya itu bahawa perjuangan yang selama ini adalah sia-sia.

11.

Lumapas

a)

Beberapa orang pemberontak meminta perlindungan dan persembunyian di tempat ini. Hindon menyembunyikan kedatangan mereka dan jatuh hati kepada salah seorang daripadanya.

b)

Hindon menceritakan kisah zaman pemberontakan dulu kepada Siti Nur sewaktu bekalan elektrik terputus.

c)

Marof telah ditangkap kerana bermian daun terup di kedai Cina.

12.

Seria

a)

Marof berjumpa dengan Peter di tempat ini untuk menjualkan tanah T.O.L nya.

b)

Peter dan Nyonya Peter dirompak oleh tiga orang perompak ketika mereka pulang dari menghadiri jemputan makan malam di rumah Tauke Lim.

c)

Marof telah ditangkap dan ditahan di Panggung Roxana di Lorong Tujuh kerana kedapatan menguburkan senjata di belakang rumah sewa kediaman mereka.

13.

Berdasarkan soalan-soalan ulangkaji tadi saya dapat mengingat semula latar tempat dan peristiwa penting dalam Hikayat Awang Kamaruddin dan Novel Pengabdian.

a)

Setuju

b)

Tidak setuju