Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tenang- tenang Air di Tasik

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan tema drama ini ?

a)

Sikap prejudis segelintir masyarakat terhadap golongan kelainan upaya

b)

Sikap benci segelintir masyarakat terhadap golongan kelainan upaya

c)

Sikap menghormati segelintir masyarakat terhadap golongan kelainan upaya

d)

Sikap menyayangi segelintir masyarakat terhadap golongan kelainan upaya

2.

Siapakah nama watak utama dalam drama "Tenang-Tenang Air di Tasik"?

a)

Azizi

b)

Muzafar

c)

Muzamir

d)

Mustafa

3.

Mengapakah ibu Muzafar tidak bersetuju dengan tindakan anaknya yang ingin melatih sekumpulan peserta cacat penglihatan mengendalikan kayak bagi persediaan ekspedisi akan datang?

a)

Kerana tidak mahu anaknya menjadi mangsa penipuan

b)

Kerana ingin Muzafar menemaninya ke klinik pada tarikh tersebut

c)

Kerana bimbang akan keselamatan anak tunggalnya itu

d)

Kerana bimbang anaknya terjebak dengan anasir yang kurang bermoral

4.

Berapa lamakah Muzafar pergi untuk melatih sekumpulan peserta berkayak di tempat peranginan yang dimaksudkan?

a)

Empat hari tiga malam

b)

Empat hari lima malam

c)

Tiga hari empat malam

d)

Lima hari empat malam

5.

Berikut merupakan ciri-ciri ibu Muzafar yang diperkatakan oleh Azizi, KECUALI...

a)

Seorang wanita yang disegani dan unggul

b)

Seorang yang berfikiran terbuka

c)

Seorang yang berpandangan jauh

d)

Seorang yang mempunyai banyak alasan

6.

"Perasan awak pemuda paling kacak, paling tampan"

Berdasarkan petikan ayat di atas, gaya bahasa yang terdapat dalam ayat tersebut ialah :

a)

Responsi

b)

Anafora

c)

Repetisi

d)

Epifora

7.

Berikut merupakan persoalan-persoalan yang terdapat dalam drama kecuali ?

a)

Keberanian melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan sebenar seseorang.

b)

Kerjasama yang utuh dalam melakukan sesuatu aktiviti.

c)

Kasih sayang pengikat hubungan kekeluargaan.

d)

Kepentingan sikap penting diri dalam melaksanakan tugas.

8.

Berikut merupakan watak Muzaffar kecuali

a)

Anak tunggal dalam keluarga.

b)

Amanah dan bertanggungjawab

c)

Rasional dan tidak berpendirian tegas dalam membuat keputusan.

d)

Dia mempunyai wajah dan perawakan yang seiras dengan Muzamir

9.

Apakah gaya bahasa ini "

Habis tu, kenapa Zam tak dapat tidur?

a)

Metafora

b)

sinkope

c)

anafora

d)

hiperbola

10.

Di manakah Muzafar akan melatih kumpulan orang cacat penglihatan berkayak?

a)

Tasik Kenyir

b)

Tasik Permai

c)

Tasik Cermai

d)

Tasik Hanyir

11.

Namakan peserta ekspedisi yang memiliki wajah seiras Muzafar.

a)

Muzammil

b)

Muzamir

c)

Muzafir

d)

Muzamli

12.

Muzamir diserahkan kepada keluarga angkat di ....

a)

Kelantan

b)

Kedah

c)

Selangor

d)

Johor

13.

Sahabat baik Muzafar semasa mengendalikan ekspedisi berkayak di Tasik Permai iakah...

a)

Aziz

b)

Azah

c)

Azizi

d)

Azizah

14.

Muzafar memberikan taklimat kepada para peserta termasuklah kepada Muzamir.


Di manakah latar tempat bagi petikan di atas?

a)

Di dalam bilik peserta

b)

Di dalam Dewan kuliah

c)

Di hadapan Tasik Permai

d)

Di studio

15.

Muzamir disingkirkan daripada keluarga hanya kerana dia buta.


Apakah latar masyarakat yang menggambarkan situasi di atas?

a)

Masyarakat yang moden.

b)

Masyarakat yang mementingkan kedudukan

c)

Masyarakat yang hidup dalam kemiskinan.

d)

Masyarakat yang adil dan saksama.