WorksheetsBAHASA MELAYU (NOVEL T3)
Total questions: 70
Worksheet time: 33mins
Pilih kenyataan yang betul
Farid yang berusia sembilan belas tahun terpaksa menerajui Perusahaan Batik Nusantara yang telah diusahakan selama 25 tahun apabila pemiliknya, Haji Badrul yang merupakan ayahnya telah meninggal dunia akibat barah dalam perut.
Farid yang berusia sembilan tahun terpaksa menerajui Perusahaan Batik Nusantara yang telah diusahakan selama 25 tahun apabila pemiliknya, Haji Amin yang merupakan ayahnya telah meninggal dunia akibat barah dalam perut.
Farid yang berusia sembilan belas tahun terpaksa menerajui Perusahaan Batik Nusantara yang telah diusahakan selama 20 tahun apabila pemiliknya, Haji Badrul yang merupakan ayahnya telah meninggal dunia akibat barah dalam perut.
Pilih kenyataan yang betul
Ibu Farid bernama Hajah Zayah. Hajah Zayah mempunyai lima orang anak yang bernama Lotfi, Latifah, Farhan, Farid dan Hanisyah.
Ibu Farid bernama Hajah Zaoyah. Hajah Zaoyah mempunyai enam orang anak yang bernama Lotfi, Latifah, Farhan, Farid, Hanisyah dan Hisyam
Ibu Farid bernama Hajah Zaoyah. Hajah Zaoyah mempunyai lima orang anak yang bernama Laila, Latifah, Farhana, Farid dan Hanisyah.
Pilih kenyataan yang betul
Farid dilanda kesedihan pada hari pertama farid bekerja di syarikat ayahnya. Farid memikirkan banyak tugas arwah ayahnya yang sudah selesai di samping kewangan syarikat yang kukuh. Farid juga terpaksa berhadapan dengan masalah ejen yang membayar hutang dengan cepat
Farid dilanda kerisauan pada hari pertama farid bekerja di syarikat ayahnya. Farid memikirkan banyak tugas arwah ayahnya yang tertangguh di samping kewangan syarikat yang tidak kukuh. Farid juga terpaksa berhadapan dengan masalah ejen yang tidak mahu membayar hutang.
Pilih kenyataan yang betul
Tomsiah merupakan kerani di Syarikat Batik Nusantara yang telah bekerja selama lebih 10 tahun.
Tomsiah merupakan kerani di Syarikat Batik Nusantara yang telah bekerja selama lebih 21 tahun.
Tomsiah merupakan agen di Syarikat Batik Nusantara yang telah bekerja selama lebih 10 tahun.
Pilih 2 kenyataan yang betul
Hajah Zaoyah meminta Farid untuk membelikannya satu set barang perhiasan yang baru.
Hajah Zaoyah bercadang mahu menggadaikan emas dan tanah miliknya untuk membantu Farid memperkukuh kewangan dan mengatasi masalah hutang yang dihadapi oleh syarikat.
Sebagai tugas pertama, Farid melawat bengkel untul melihat kerja-kerja mengecap batik. Pak Nik menerangkan batik keluaran syarikat tidak laku kerana wujudnya sebuah syarikat yang mahu melumpuhkan syarikat mereka.
Farid meluahkan rasa kecewanya terhadap Syarikat Batik Nusantara kerana laku dan ingin memecat Pak Nik serta merta kerana tidak menjalankan amanah dengan baik,
Pilih kenyataan yang betul
Farid mengadakan mesyuarat buat kali yang pertama dengan pekerja-pekerjanya. Dalam mesyuarat tersebut Farid mahu syarikat menjual batik dalam bentuk pakaian siap dengan jenama tersendiri.
Farid mengadakan mesyuarat buat kali yang pertama dengan pekerja-pekerjanya. Dalam mesyuarat tersebut Farid mahu pekerja-pekerjanya mencari dana untuk memperbesar bengkel batik dan mesin-mesin perlu dijual untuk mencari modal.
Farid mengunjungu pejabat firma pemborong binaan Nadi Arena kepunyaan Mokhsein, bekas pekerja ayahnya dulu.
Pilih kenyataan yang betul
Mokhsein memaklumkan bahawa terdapat sebuah syarikat pesaing di Kuala Lumpur yang mahu memonopoli pengeluaran batik dengan menjual harga batik dengan harga yang murah untuk memastikan syarikat yang sedia ada muflis.
Mokhsein memaklumkan bahawa terdapat sebuah syarikat pesaing di Kuala Terengganu yang mahu memonopoli pengeluaran batik dengan menjual harga batik dengan harga yang murah untuk memastikan syarikat yang sedia ada muflis.
Mokhsein memaklumkan bahawa terdapat sebuah syarikat pesaing di Kuala Terengganu yang mahu memonopoli pengeluaran batik dengan menjual harga batik dengan harga yang mahal untuk memastikan syarikat yang sedia ada muflis.
Pilih kenyataan yang betul
Antara cadangan Mokhsein dalam pelaksanaan 'strategi terkunci' adalah dengan mengadakan promosi batik dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan kebudayaan, membuat demonstrasi batik, mendapatkan kontrak dengan agensi kerajaan dan mengadakan pameran.
Antara cadangan Mokhsein dalam pelaksanaan 'strategi terkunci' adalah dengan mengadakan promosi batik dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, membuat demonstrasi batik, mendapatkan kontrak dengan agensi kerajaan dan mengadakan pameran.
Pilih kenyataan yang betul
Zuraida merupakan seorang janda anak lima yang berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Bonggol.
Zuraida berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Bonggol sejak tujuh belas tahun yang lalu. Sejak dari sekolah lagi dia membantu ibunya berniaga.
Zuraida berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Bonggol sejak tujuh tahun yang lalu. Sejak dari sekolah lagi dia membantu ibunya berniaga. Ibu Zuraida seorang janda anak lima.
Farid merupakan seorang janda anak lima.
Pilih kenyataan yang betul
Zuraida melahirkan rasa bangga terhadap Farid kerana Farid menjadi pengarah syarikat. Zuraida juga berjanji akan membantu Farid dengan menjualkan batik keluaran syarikat Farid di gerainya tetapi dengan mengenakan komisen yang bersesuaian.
Zuraida melahirkan rasa bangga terhadap Farid kerana Farid menjadi pengarah syarikat. Zuraida juga berjanji akan membantu Farid dengan menjualkan batik keluaran syarikat Farid di gerainya tanpa mengenakan komisen.
Zuraida melahirkan rasa kehairanan terhadap Farid kerana Farid menjadi pengarah syarikat. Zuraida juga berjanji akan membantu Farid dengan menjualkan batik keluaran syarikat Farid di gerainya dengan mengenakan komisen yang bersesuaian.
Pilih kenyataan yang betul
Hartini Noor ialah anak Mokhsein. Hartini diberi tugasan oleh Mokhsein untuk mereka corak batik selain membimbing pekerja baharu berkaitan dengan batik canting di syarikat milik Farid.
Hartini Noor isteri Mokhsein. Hartini diberi tugasan oleh Mokhsein untuk mereka corak batik selain membimbing pekerja baharu berkaitan dengan batik canting.
Hartini Noor ialah adik sepupu Mokhsein. Hartini diberi tugasan oleh Mokhsein untuk mereka corak batik selain membimbing pekerja baharu berkaitan dengan batik canting di syarikat milik Farid.
Pilih kenyataan yang betul
Zuraida berasa cemburu terhadap Hartini kerana Hartini pandai mencanting batik.
Zuraida melahirkan rasa cemburunya terhadap kehadiran Hartini di Syarikat Batik Nusantara.
Pilih kenyataan yang betul
Mukhtar berasa marah apabila menerima laporan daripada ejennya bahawa batik keluaran Syarikat Batik Rajawali tidak mendapat sambutan. Mukhtar yakin bahawa batik pilihan pengguna sekarang ialah keluaran pesaingnya iaitu Syarikat Batik Nusantara.
Mukhtar berasa marah apabila menerima laporan daripada ejennya bahawa batik keluaran Syarikat Batik Rajawali mendapat sambutan menggalakkan. Mukhtar yakin bahawa batik pilihan pengguna sekarang keluaran pesaingnya iaitu Syarikat Batik Nusantara sudah muflis.
Pilih 2 kenyataan yang betul
Mukhtar mendapati Zuraida menjadi ejen yang menjual batik syarikat Farid. Mukhtar melarang Zuraida menjual batik tersebut sehingga berlakunya pertengkaran.
Zuraida menerima ugutan daripada Mukhtar supaya tidak menjual batik keluaran syarikat Farid. Jika Zuraida berdegil, Mukhtar tidak teragak-agak untuk merobohkan gerai Zuraida.
Farid menerima undangan daripada Mukhtar untuk bersama-samanya memajukan Syarikat Batik Bakawali.
Pilih kenyataan yang betul
Farid sekeluarga terkejut apabila mendapati bengkel tempat pengeluaran batik asli sedang dijilat api. Farid berusaha memadamkan api tetapi gagal. Kejadian tersebut membuatkan Farid terpaku di hadapan bengkel hingga azan subuh berkumandang.
Farid sekeluarga terkejut apabila mendapati bengkel tempat pengeluaran batik moden sedang dijilat api. Farid berusaha memadamkan api tetapi gagal. Kejadian tersebut membuatkan Farid terpaku di hadapan bengkel hingga azan subuh berkumandang.
Pilih satu atau lebih kenyataan yang betul
Mukhtar ditangkap atas tuduhan membakar bengkel kepunyaan Farid. Mukhtar didakwa telah mengupah tiga orang samseng untuk melakukan perbuatan tersebut.
Mokhsein memberitahu khabar gembira kepada Farid mengenai dua buah butik iaitu di Singapura dan Ampang Park mahu melanggani batik moden keluaran Syarikat Farid.
Hartini menjelaskan bahawa dia telah mengikuti kursus kerana merasakan dirinya masih kekurangan ilmu dalam bidang perniagaan.
Semua peristiwa di atas betul
Pengajaran yang terdapat dalam novel ini.
Kita hendaklah bersabar apabila berdepan dengan pelanggan yang berbagai-bagai ragam. Contohnya, Farid kagum akan kesabaran Zuraida melayani pelanggan yang pelbagai kerenah ketika berurus niaga di gerai pakaiannya di bazar MARA, Jalan Banggol.
Kita hendaklah bersedia dalam menghadapi peperiksaan. Contoh Farid tetap mengambil peperiksaan STPM walaupun sibuk bekerja
Kita hendaklah menghargai persahabatan. Contoh Farid menghargai persahabatan dengan Hayati dengan menghadiahkan sebuah buku
Siapakah pengarang novel Hempasan Ombak?
Zailaini Taslim
Zailini Taslim
Zailiani Zainuddin
Zarina Zainuddin
Siapakah watak utama dalam novel ini?
Farid Kamil
Farid Haji Badrul
Zuraidah Muslim
Hajah Zaoyah Haji Iman
Farid rajin turun ke bengkel untuk melihat pekerjanya menyiapkan batik walaupun tidak mempunyai pengalaman berniaga. Nyatakan nilai yang bersesuaian dengan peristiwa ini.
Nilai rasional
Nilai kebijaksaan
Nilai kegigihan
Nilai berdikari
Siapakah yang mengupah Mahmood untuk membakar bengkel batik milik Farid
Mukhtar
Mukhsein
Tomsiah
Pak Nik
Seorang penjual batik, seorang lagi tauke batik, ...' detik hati Nik, penjaga stor itu. Nyatakan teknik plot yang bersesuaian
Saspen
Kejutan
Imbas muka
Monolog dalaman
Mengapa Muhktar memarahi Zuraidah?
Zuraidah merupakan sahabat baik kepada Farid
Zuraidah menjual batik keluaran Syarikat Nusantara di gerainya
Zuraidah tidak memasarkan batik keluaran syarikatnya
Zuraidah membantu Farid dengan memberi modal kepadanya
Nama Syarikat Batik Farid?
Syarikat Batik Rajawali
Syarikat Batik Nusantara
Syarikat Batik Hj Badrul
Syarikat Batik Nusa
Nama Ibu Farid?
Hajah Zayah
Hajah Yah
Hajah Zaoyah
Hajah Zaoyang
Siapakah yang terkena lilin panas?
Mahmood
Mukhtar
Mokhsein
Munir
Siapakah yang membantu Farid memajukan syarikat ayahnya?
Maimun
Munir
Mukhtar
Mokhsein
Siapah yang dicemburui oleh Zuraida?
Harini Noor
Hartini Noor
Kartini Noor
Malini Noor
Dimanakah Mukhtar dipenjarakan?
Penjara Kajang
Penjara Rompin
Penjara Marang
Penjara Besut
Berapa lamakah Mukhtar dijatuhi hukuman Penjara?
Dua Tahun
Tiga Tahun
Empat Tahun
Lima Tahun
Apakah tema novel Hempasan Ombak?
Kesederhanaan dalam kehidupan
Berani menghadapi risiko
Kegigihan remaja dalam usaha memajukan syarikat
Nilai yang terdapat dalam novel Hempasan Ombak kecuali :
Keberaniaan
Kerajinan
Kegigihan
Patriotisme
"Kedudukan kita macam mana pula, kak?"
"Kedudukan apa?"
"Kewangan," Farid dengan segera terus menjurus ke soal pokok.
Teknik plot yang digunakan oleh penulis ialah :
Teknik pemerian
Teknik imbas muka
Teknik dialog
Teknik monolog
Siapakah yang mewariskan syarikat Haji Badrul selepas kematiannya?
Lotfi
Farhan
Hanisyah
Farid
Masalah apa yang dihadapi oleh syarikat bapa Farid?
masalah hutang
masalah batik tidak dapat dijual
masalah penipuan
batik keluaran terlalu tradisional
Siapakah yang memberikan nombor telefon orang yang dapat membantu Farid?
Pak Nik
Hajah Zaoyah
Kak Tomsiah
Kak Tonsiah
Bagaimanakah Hajah Zaoyah membantu Farid?
menjual rumah peninggalan suaminya
menggunakan wang simpanannya
menjual tanah dan barang kemas
menggadaikan tanah dan barang kemas
Mengapakah Encik Mokhsein ingin membantu Farid?
kerana Farid memberikan kadar faedah yang banyak kepada dia
kerana Encik Mokhsein mahu merampas syarikat Farid
kerana Encik Mokhsein ingin membalas budi baik Haji Badrul
kerana Encik Mokhsein kasihan akan Farid
Farid bersederhana dalam menjalani kehidupannya walaupun dia memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara.
Nyatakan pengajaran yang bersesuaian dengan contoh di atas.
Kita hendaklah mencurahkan kasih sayang terhadap ahli keluarga.
Kita hendaklah bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan.
Kita hendaklah berani menanggung risiko dalam perniagaan.
Kita hendaklah tabah apabila diuji dengan musibah dan masalah.
Pilih peristiwa yang sesuai berdasarkan pengajaran di atas.
Farid tabah menerima dugaan apabila bengkel batik moden baharunya terbakar dan menganggapnya sebagai takdir Tuhan.
Farid gigih menguruskan Syarikat Batik Nusantara milik arwah ayahnya, Haji Badrul walaupun dia baru berusia 19 tahun.
Farid kagum akan kesabaran Zuraida melayani pelanggan yang pelbagai kerenah di gerai pakaiannya di bazar MARA, Jalan Banggol.
Urutan binaan plot dalam sesebuah novel ialah
permulaan, peleraian, perkembangan, perumitan, dan klimaks.
permulaan, perkembangan, klimaks, perumitan, dan peleraian.
permulaan, perumitan, perkembangan, peleraian, dan klimaks.
permulaan, perkembangan, perumitan, klimaks, dan peleraian.
Nyatakan watak penting yang menggerakkan sesuatu cerita.
Watak protagonis
Watak sampingan
Watak kodi
Mukhtar ditangkap oleh pihak polis atas tuduhan membakar bengkel Zuraida. Mukhtar dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.
Betul
Salah
Tomsiah dan Pak Nik merupakan pekerja lama yang setia dengan Syarikat Batik Nusantara.
Betul
Salah
Apakah maksud gaya bahasa simile?
Pembalikan kata atau frasa yang disengajakan oleh pengarang.
Perbandingan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan.
Perbandingan dengan menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak, ibarat, dan sebagainya.
Pilih pernyataan yang betul.
Hajah Zaoyah mempunyai lima orang anak yang bernama Lotfi, Mukhtar, Farhan, Farid, dan Hanisyah.
Hajah Zaoyah mempunyai enam orang anak yang bernama Lotfi, Latifah, Farhan, Farid, Hanisyah dan Hisyam.
Hajah Zaoyah mempunyai enam orang anak yang bernama Hartini, Latifah, Zuraida, Farid, Mokhsein, dan Hanisyah.
Pilih pernyataan yang betul.
Hartini Noor ialah anak Mokhsein. Hartini diberi tugasan oleh Mokhsein untuk mereka corak batik selain membimbing pekerja baharu berkaitan dengan batik canting di syarikat milik Farid.
Hartini Noor isteri Mokhsein. Hartini diberi tugasan oleh Mokhsein untuk mereka corak batik selain membimbing pekerja baharu berkaitan dengan batik canting.
Hartini Noor ialah adik sepupu Mokhsein. Hartini diberi tugasan oleh Mokhsein untuk mereka corak batik moden selain menjadi tenaga pengajar kepada pekerja Syarikat Batik Nusantara.
Pilih latar tempat berserta contoh peristiwa yang betul.
Balai Polis Daerah Kuala Terengganu. Tomsiah membuat laporan di balai polis berkaitan dengan insiden kebakaran yang berlaku.
UiTM Dungun. Farid mengikuti kursus luar kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun pada setiap minggu.
Kampung Losong, Kuala Terengganu. Tempat terletaknya Syarikat Batik Nusantara, iaitu bengkel batik kepunyaan keluarga Farid dan rumah keluarganya.
Siapakah Haji Badrol?
Ayah kepada Mukhtar
Ayah kepada Farid
Ayah kepada Zuraida
Berapakah umur Farid?
19 tahun
18 tahun
17 tahun
Pilih penyataan yang salah tentang Kak Tomsiah
Seorang ibu beranak tiga
Emak zuraida
Pekerja Haji Badrol
Lebih 15 tahun bekerja dengan Syarikat Batik Nusantara
Kematian Haji Badrol disebabkan oleh...
Kemalangan jalan raya
Santau, tuju dan buatan orang
Barah dalam perut
Meninggal sewaktu tidur
Siapakah Zuraida?
Isteri Farid
Kekasih Farid
Rakan sekelas Farid
Ibu Farid
Mengapakah Mokhsein membantu Farid dalam urusan perniagaan?
Farid merupakan kawan lamanya
Farid banyak menolongnya sebelum ini
Moksein merupakan musuh Haji Badrol
Mokhsein terhutang budi dengan Haji Badrol yang banyak membantunya sebelum ini
Pilih penyataan yang salah
Zuraida merupakan anak saudara Mukhtar
Farid merupakan anak Hj Badrol dan Hjh Zaoyah
Mukhtar terkena lilin panas
Lutfi lumpuh akibat kemalangan
Mengapakah bangsal batik moden terbakar?
akibat litar pintas
kerana perbuatan khianat Mokhsein
kerana perbuatan khianat Mukhtar
kerana perbuatan Azmi dan Masri
Berikut merupakan individu yang pernah menerima ugutan kecuali...
Hjh Zaoyah
Zuraida
Farid
Mokhsein
Apakah strategi yang diperkenalkan oleh Mokhsein kepada Farid
Strategi meluaskan pasaran
Strategi corak batik baharu
Strategi pengiklanan
Strategi terkunci
Berikut merupakan perwatakan Farid kecuali...
Seorang yang gigih
Seorang yang pendendam
Seorang yang rajin
Seorang yang bertanggungjawab
Pukul berapa bangsal batik moden terbakar
Kira-kira 2 pagi
Kira-kira 12 tengah malam
Pada waktu Subuh
Kira-kira 4 pagi
Nyatakan nilai yang terdapat dalam Novel Hempasan Ombak
Ketakwaan
Kita mestilah gigih dalam melakukan sesuatu
Kegigihan
Tanggungjawab menguruskan perniagaan
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengkomersialkan batik?
Menjualnya di kedai
Bersedekah kepada orang kampung sebelum menjualnya
Beli 1 percuma 2
Mengiklankan di media sosial
Siapakah Hartini Noor?
Kakak kepada Zuraida
Pekerja Syarikat Batik Rajawali
Kekasih Farid
Pereka corak batik moden
Apakah yang dilakukan oleh Hajah Zaoyah untuk membantu Farid melangsaikan hutang syarikat?
Menggadaikan barang kemas dan tanah
Menjual van dan aset syarikat
Meminjam wang kepada Mokhsein
Meminta bantuan Pak Nik
Apakah cadangan Zuraida kepada Farid
Menjual batik di gerainya
Berkongsi modal
Mengiklankan di akhbar
Membuat corak batik baharu
Siapakah pemilik Firma Nadi Zaman
Mukhtar
Mokhsein
Mahmood
Zuraida
Mengapakah Mahmood menyerang Azmi dan Masri
kerana diupah oleh Mukhtar
kerana cemburu akan kejayaan Farid
kerana dikatakan lari dari Syarikat Batik Rajawali
kerana tidak berpuas hati
Apakah tajuk bab 7 Novel Hempasan Ombak?
Ilham daripada Zuraida
Maafkan aku Eda
Batik, Cinta
Corak baharu
Farid bersederhana dalam menjalani kehidupannya walaupun dia memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara.
Nyatakan pengajaran yang bersesuaian dengan contoh di atas.
Kita hendaklah mencurahkan kasih sayang terhadap ahli keluarga.
Kita hendaklah bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan.
Kita hendaklah berani menanggung risiko dalam perniagaan.
Kita hendaklah tabah apabila diuji dengan musibah dan masalah.
Pilih peristiwa yang sesuai berdasarkan pengajaran di atas.
Farid tabah menerima dugaan apabila bengkel batik moden baharunya terbakar dan menganggapnya sebagai takdir Tuhan.
Farid gigih menguruskan Syarikat Batik Nusantara milik arwah ayahnya, Haji Badrul walaupun dia baru berusia 19 tahun.
Farid kagum akan kesabaran Zuraida melayani pelanggan yang pelbagai kerenah di gerai pakaiannya di bazar MARA, Jalan Banggol.
