WorksheetsAKHLAK KBM 1
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Untuk menghiasi hati dan fikiran dengan sifat-sifat terpuji, setiap Muslim mestilah ____________
berfikir secara kreatif
berzikir sepanjang masa
beramal dengan ilmunya
berbincang dengan teman karibnya
Dibawah ini adalah akhlak seorang Muslim terhadap kedua orang tuanya yang telah meninggal dunia kecuali __________.
menghiasi perkuburan mereka
menyampaikan amanah mereka
menyambungkan silaturrahim dengan sahabat mereka
mendoakan dan memohon keampunan untuk mereka
Anak yang baru dilahirkan seperti kain putih yang tiada dosanya, maka ibubapa yang akan __________________.
memberi segala kelengkapan dan menentukan hidupnya
membentuk akhlak mulia dan berikan pendidikan yang baik
menjadikan anak sebagai suruhan untuk menyiapkan segala kerja harian
menurut segala kemahuan anak kerana anak adalah anugerah Allah
Untuk mengekalkan hubungan kemesraan di dalam sebuah keluarga, setiap ahli keluarga mesti berakhlak seperti yang dituntut Islam iaitu dengan ________________.
menyendiri dan mencari ketenangan di luar
menjalankan tanggungjawab masing-masing
melakukan apa sahaja yang dirasakan betul
membiarkan dan tidak menegur segala kesalahan
Sebagai anak, kite mesti memuliakan orangtua sambil merendah diri dan juga berdoa agar Allah s.w.t _______________.
meringankan dosa-dosa yang telah mereka berdua lakukan
mengasihi mereka seperti mereka mengasihi kita waktu kecil
memuliakan kita sebagaimana kita memuliakan mereka selama ini
mengingatkan mereka tentang kepayahan mendidik kita waktu kecil
Kita mesti mengenang pengorbanan ibu kerana telah melahirkan kita dan tidak menghiraukan ___________.
bantuan ahli keluarga yang lain
keselesaan dirinya sendiri sepanjang hari
saranan nama yang diberikan orang lain
penjagaan makanan yang akan diterima anak
Sebagai seorang anak, salah satu cara menghormati ibubapa adalah dengan ____________.
mencarikan sebuah rumah sewa bagi mereka
menjaga dan menanggung keperluan mereka
mematuhi suruhannya termasuk yang menyalahi agama
mencium tapak kakinya kerana ada syurga disitu
Dalam kehidupan sebagai adik-beradik, pasti terjadinya salah faham dan pergaduhan. Oleh itu, Islam ___________.
mengajar bertolak ansur
membolehkan bermasam muka selama seminggu
mengajar keegoan dan berpegang teguh dengan prinsip masing-masing
membolehkan mengadu masalah di media sosial untuk dapatkan simpati
Kita perlu menjalin hubungan baik dengan kaum kerabat kerana __________.
memutuskan tali persaudaraan dilarang dalam Islam
mengelakkan kita dihina kerana tidak kenal kaum kerabat
memudahkan proses membahagikan harta ahli keluarga yang sudah meninggal
menunjuk-nunjuk keakraban dan kekuatan hubungan kekeluargaan kepada orang lain
Memandangkan abang atau kakak kita telah dibesarkan bersama kita, mereka memahami perwatakan kita, lantas wajarlah kita meminta __________.
duit dari mereka
nasihat dan tunjuk ajar dari mereka
mereka menghabiskan kerja sekolah kita
mereka meminjamkan pakaian kepada kita
Bapa kamu memberi hadiah hari jadi sepasang baju yang bukan warna kegemaran kamu. Tindakan yang bijak oleh kamu itu ialah _______________.
menerimanya dengan gembira dan memakainya
memberikannya kepada orang lain sebagai sedekah
menyatakan dengan jujur yang warnanya kurang menarik
memintanya membelikan barang lain yang kamu sukai
Puan Siti mengejek anak saudaranya Saleha kerana gagal dalam peperiksaan. Sebagai remaja muslimah, Salimah perlu _____.
memutuskan hubungan dengan keluarga makciknya
mencari kelemahan sepupu-sepupunya yang lain
menganggap perkara itu sebagai cabaran untuk memperbaiki dirinya
mengingatkan makciknya supaya tidak mencapuri urusan peribadinya
Yazid selalu dipuji oleh ayahnya di hadapan adiknya. Sebagai abang yang prihatin, Yazid boleh memperbaiki keadaan dengan ___________.
menyebut kebaikan adiknya di hadapan ayah mereka juga
melarang ayahnya dari memuji-mujinya
melakukan kesalahan dengan sengaja di hadapan ayahnya
menyuruh adiknya beredar apabila ayahnya memberikan pujian
Ibu Lina sedang sakit dan terlantar di rumah. Pada musim cuti sekolah, guru kelasnya ingin belanja semua pelajar makan. Sebagai seorang anak, Lina seharusnya ______.
minta makanan itu dihantar ke rumahnya segera
keluar sebentar sahaja dan biarkan ibunya sendiri beberapa jam
memaksa kawannya memujuk guru kelasnya makan-makan di rumahnya
memberitahu guru tentang keadaan ibunya dan minta izin dikecualikan
Bagi merealisasikan slogan "Rumahku Syurgaku", sebuah keluarga perlu mengamalkan sikap _________.
selalu aktif melakukan aktiviti bersama keluarga di hujung minggu
sentiasa mengambil berat antara satu sama lain
selalu bekerjasama dengan gigih untuk menjadikan halaman rumah seperti syurga yang indah
sanggup bertahan dengan pelbagai kerenah dan suka memencilkan diri
Tabiat mengucapkan kata-kata lucah dan memaki hamun di kalangan para remaja akan ___________.
menjadikan mereka disegani teman-teman
menunjukkan kedewasaan fikiran mereka
merendahkan kehormatan diri mereka sendiri
membuat diri mereka tidak ketinggalan zaman
Penampilan diri yang dianjurkan ajaran Islam ialah seorang Muslim mestilah _____________.
berpakaian dengan pakaian yang berjenama
berbangga dengan pakaian yang mewah dan mahal
berpakaian menutup aurat, bersih dan kemas
berbangga memakai pakaian mengikut tren masa kini
Seorang remaja diejek dan igelar "pengecut" oleh teman-temannya kerana enggan merokok. Dia merasa marah tetapi ingin mengamlkan ajaran Nabi s.a.w. Oleh itu, bila sahaja dia diejek, dia akan _________________.
menahan marahnya dan beredar dari tempat itu
membalas ejekan mereka dengan kata-kata lebih kesat
mengambil sebatang rokok dan berpura-pura menghisapnya
memukul tembok-tembok di sekelilingnya agar marahnya reda
Farid ingin menjadi seorang insan yang ikhlas melalukan segala amal ibadat kerana Allah. Untuk mencapai matlamat ini, dia hendaklah __________.
memperbanyakkan doa kepada Allah agar orang lain juga melihat amalannya
mengharap pujian dari teman-teman yang rajin beribadat kepada Allah
melakukan amal ibadatnya dengan niat untuk mendapat keredaan Allah
tidak menunaikan perintah Allah kerana takut riak
Seorang Muslim yang berakhlak baik terhadap Allah sedar bahawa dia hanyalah hamba yang mesti _________.
menurut segala kehendak hatinya yang dianggap baik
tunduk kepada tekanan kehidupan
taat menjalankan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya
ikut kehendak hamba-hamba Allah yang lain di dalam apa hal sekalipun
