wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 1 - Perkembangan Bahasa

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

1. Yang manakah padanan yang betul bagi perkataan dalam bahasa Melayu kuno dan perkataan dalam bahasa Melayu moden?

a)

A. niwunuh – dibunuh

b)

B. marlapas – melepas

c)

C. makagila – gila

d)

D. nikenai – mengenai

2.

2. Istilah “Mo-lo-yo”, “Maleu-kolum”, dan “Mar-ra-yu” ada kaitan dengan Melayu. Pada awalnya konsep tersebut bermaksud

a)

A. bangsa

b)

B. kerajaan

c)

C. penutur

d)

D. penduduk

3.

3. Buat pertama kali perkataan yang mendokong konsep Melayu terdapat pada

a)

A. batu bersurat di Kedukan Bukit

b)

B. sebuah patung di Padang Roccore, Batang Hari

c)

C. batu nisan Sultan Malik al-Salleh

d)

D. catatan daftar kata yang dihasilkan oleh Pigafetta

4.

4. Sejak zaman kerajaan Srivijaya, bahasa Melayu berperanan sebagai lingua franca di kepulauan Melayu. Ini bermakna bahasa Melayu

a)

A. telah menunjukkan jati diri

b)

B. ialah alat perhubungan antara pelbagai bangsa penutur

c)

C. telah menjadi bahasa pentadbiran atau bahasa rasmi kerajaan

d)

D. menjadi bahasa media penyebaran pelbagai bidang ilmu pengetahuan

5.

5. Batu bersurat di Kedukan Bukit, batu bersurat di Talang tuwo dan batu bersurat di Karang Berahi ditulis dalam tulisan

a)

A. Palava

b)

B. Kawi

c)

C. Rencong

d)

D. Nagiri

6.

6. Yang manakah sifat bahasa Melayu kuno yang memudahkannya menerima kemasukkan Bahasa Sanskrit?

a)

A. Bahasa Melayu kuno belum mempunyai sistemnya yang tersendiri

b)

B. Korpus bahasa Melayu kuno masih belum mencukupi

c)

C. Bahasa Melayu kuno bersifat lentur dan dinamik

d)

D. Menggunakan bahasa dalam

7.

7. Yang manakah penyataan yang bukan ciri bahasa Melayu klasik?

a)

A. Menggunakan bahasa dalam

b)

B. Menerima pengaruh bahasa Arab

c)

C. Menggunakan kata pangkal ayat

d)

D. Mengetepikan pengaruh bahasa Sanskrit

8.

8. Pengaruh bahasa Sanskrit yang paling ketara dalam bahasa Melayu adalah dalam aspek

a)

A. fonem

b)

B. imbuhan

c)

C. kosa kata

d)

D. struktur frasa

9.

9. Yang manakah bukan bukti tentang perkembangan bahasa Melayu klasik?

a)

A. Batu bersurat di Padang Luwas

b)

B. Surat Sultan Ternate kepada Raja John III

c)

C. Penulisan Hikayat Hang Tuah pada abag ke-17

d)

D. Penggunaan tulisan Jawi yang diambil daripada tulisan Arab

10.

10. Bukti pertama yang menunjukkan penggunaan tulisan Jawi ialah yang terdapat pada batu bersurat

a)

A. Minye Tujuh

b)

B. Karang Brahi

c)

C. Pagar Ruyung

d)

D. Sungai Tresat

11.

11. Penggunaan bahasa Melayu klasik dapat dilihat pada bahan bukti yang berikut, kecuali

a)

A. surat awal

b)

B. hukum kanun

c)

C. naskah sastera klasik

d)

D. manuskrip bahasa Sanskrit

12.

12. Yang manakah benar tentang bahasa Melayu moden?

a)

A. Mengalami pendaulatan yang kukuh dan terancang

b)

B. Menjadikan bahasa Inggeris sebagai tunjang pemodenannya

c)

C. meneruskan peminjaman kosa kata daripada bahasa Sanskrit

d)

D. tidak menunjukkan kesinambungan daripada bahasa Melayu klasik

13.

13. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi meliputi penggunaannya oleh pihak yang berikut, kecuali

a)

A. sektor swasta

b)

B. kerajaan negeri

c)

C. kerajaan persekutuan

d)

D. pihak berkuasa awam

14.

14. Bahasa baku ditakrifkan sebagai bahasa yang

a)

A. menjadi bahasa rasmi

b)

B. telah mengalami modenisasi

c)

C. seragam bentuk dan penggunaannya

d)

D. menunjukkan identiti bangsa dan negara

15.

15. Yang manakah utama penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka?

a)

A. Badan penyelaras persidangan bahasa

b)

B. Menyusun dan menerbitkan buku ilmiah

c)

C. Melaksanakan kempen penggunaan Bahasa Melayu

d)

D. Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan