wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan & Pembangunan di Malaysia

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Perkembangan pendidikan pada Era Masyarakat Melayu Tradisional

lebih tertumpu kepada?

a)

Agama Islam, Adat dan Adab, Ekonomi dan Kemsyarakatan

b)

Meneruskan kelansungan hidup dan penerus warisan

c)

Akhlak dan Ilmu pertahanan diri

d)

Kestabilan dan Keharmonian masyarakat

2.

Undang-undang dan Peraturan digubal bagi menjaga dan mengekalkan keamanan dan keselamatan. Pada Era Tradisional Masyrakat Melayu, terdapat dua undang-undang yang telah digubal iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Apakah asas yang digunakan dalam Hukum Kanun Melaka?

a)

Adat Melayu

b)

Hukum Islam

c)

Adat Perpatih

d)

Semua yang tertera

3.

Pada Era Penjajahan, beberapa ideologi seperti Liberalisasi, Dualisme, Indroktinasi dan Polarisasi telah dibawa masuk ke dalam Tanah Melayu atas dasar pendidikan. Apakah objektif pendidikan yang ingin mereka terapkan?

a)

Memupuk semangat kemasyarakatan dan keharmonian dalam kalangan penduduk

b)

Mengukuhkan kuasa ekonomi, politik, sosial dan agama

c)

Memajukan ekonomi masyarakat

d)

Meningkatkan mutu pendidikan masyarakat setempat

4.

Sekolah vernakular( menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar ) telah diwujudkan pada Era Penjajahan. Berikut merupakan kurikulum yang dijalankan di Sekolah Cina :

a)

Ilmu Hisab, Ilmu Kira-kira, Mengarang dan Kemahiran Hidup

b)

Membaca dan Mengarang, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam

c)

Ilmu Hisab, Lukisan, Ilmu Alam dan Moral, Sejarah dan Hafalan Klasik Lama

d)

Sains, Ilmu Alam, Bahasa Inggeris dan Matematik

5.

Pada era manakah sukatan pendidikan dan peperiksaan diseleraskan?

a)

Era Pasca Kemerdekaan

b)

Era Penjajahan

c)

Era Masa Kini dan Hadapan

d)

Era Kemerdekaan

6.

- Mempunyai 17 cadangan dengan matlamat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan.

-Persekolahan wajib bagi tempoh 6 tahun.

-Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.

-Sekolah Menengah Rendah( SMR ), Sekolah Menengah Atas( SMA ) dan Pra Universiti ditubuhkan bagi Sistem Pendidikan Sekolah Menengah.

-Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

Pernyataan diatas merujuk kepada :

a)

Penyata Razak

(1956)

b)

Ordinan Pelajaran

(1957)

c)

Ordinan Pelajaran

(1952)

d)

Laporan Barnes

(1951)

7.

Berikut merupakan Laporan-laporan dan akta yang telah diwujudkan pada Era Pasca Kemerdekaan :

a)

Laporan Rahman Talib

(1960)

- Memperkukuh laporan pada Penyata Razak

- Reformasi struktur

( Sekolah 9 tahun, Kurikulum dan Kemahiran)

b)

Akta Pelajaran

(1961)

- Menubuhkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara

- Menggalakkan pembangunan ekonomi, sosio-budaya serta politik

c)

Laporan Hussein Onn (1971)

- Mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara

- Menyediakan dasar pendidikan bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah

- Guru-guru diberi latihan bagi meningkatkan kualiti pendidik

d)

Laporan Jawatan-kuasa Kabinet (1979)

- Pendidikan percuma

- Pembangunan Sekolah Teknik dan Vokasional

- Persekolahan 11 tahun

8.

- Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijadikan landasan dalam pendidikan.

- Kurikulum kebangsaan dan Peperiksaan yang seragam bagi seluruh murid dari semua jenis dan kategori sekolah.

- Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas diwujudkan,dimantapkan dan diberi perhatian yang lebih.

- Bahasa suku kaum diperuntukkan pengajarannya sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan.

Pernyataan diatas merujuk kepada :

a)

Rang Undang-undang Pendidikan

(1995)

b)

Akta pendidikan

(1996)

9.

Pada Era Masa Kini dan Hadapan,

- Anak-anak di Malaysia akan mendapat hak yang sama rata.

- KPM sedang berusaha mengurangkan jurang perbezaan di dalam sistem pendidikan.

- KPM telah memperuntukkan RM 1 billion untuk keluarga yang kurang berkemampuan bagi menangani masalah ketaksamaan pendidikan.

Kenyataan diatas merujuk kepada:

a)

Ekuiti Pendidikan

b)

Akses Pendidikan

c)

Kualiti Pendidikan

10.

Pengaruh Pendidikan terhadap Pembangunan Negara merangkumi pelbagai aspek sebagai contoh dari segi ekonomi dan sosial. Berikan 1 kesan pengaruh pendidikan terhadap pembangunan negara sama ada dari segi ekonomi ataupun sosial.

4 lines