wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Geografi Tingkatan 2

Total questions: 45

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah min suhu tahunan di Malaysia?

a)

26˚C

b)

18˚C

c)

27˚C

d)

37˚C

2.

Terdapat beberapa jenis jalan di negara kita kecuali _________.

a)

jalan bandaran

b)

jalan raya bukan persekutuan

c)

jalan tidak berturap

d)

jalan berturap

3.

Iklim Gurun Panas cuacanya pada waktu siang adalah panas iaitu _______ kerana kekurangan litupan awan yang menyebabkan pancaran matahari terus ke permukaan bumi.

a)

27˚C

b)

50˚C

c)

40˚C

d)

30˚C

4.

Keistimewaannya ialah menepati masa, kemalangan sifar sejak beroperasi selama 50 tahun dan mencapai tahap keselesaan penumpang yang tinggi. Apakah nama landasan kereta api ini?

a)

Landasan Kereta Api India

b)

Landasan Kereta Api Shinkansen

5.

Terdapat dua jenis angin monsun, iaitu Monsun Timur Laut dan _______________.

a)

Monsun Tenggara

b)

Monsun Barat Daya

c)

Monsun Barat

d)

Monsun Selatan

6.

Antara yang berikut, yang manakah BUKAN faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan di Malaysia.

a)

Dasar kerajaan

b)

Kegiatan sosial

c)

Kegiatan ekonomi

d)

Bentuk muka bumi

7.

Pernyataan di bawah merupakan kepentingan pengangkutan darat KECUALI _______________.

a)

mempertingkatkan darjah ketersampaian

b)

menjatuhkan sektor perniagaan

c)

membawa penumpang dan barangan

d)

membangunkan bandar satelit

8.

Tidak mendedahkan hal-hal peribadi dan kata laluan kepada umum merupakan _________________________________.

a)

kesan positif telekomunikasi

b)

kesan negatif telekomunikasi

c)

etika penggunaan alat telekomunikasi

d)

kepentingan telekomunikasi

9.

Iklim Gurun Panas cuacanya pada waktu malam adalah sejuk iaitu ____ kerana langit tidak berawan dan haba dibalikkan ke atmosfera dengan cepat.

a)

-5˚C

b)

1˚C

c)

10˚C

d)

5˚C

10.

Lapangan terbang yang tersibuk di dunia dan mengendalikan 83.6 juta penumpang pada tahun 2016.

a)

Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo

b)

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai

11.

Haiwan ini merupakan haiwan ternakan di iklim _________untuk mendapatkan daging, susu, kulit dan bulu.

a)

Tundra

b)

Gurun Panas

12.

Gambar di atas merupakan sebuah pelabuhan di Hong Kong. Pelabuhan ini adalah pelabuhan paling sibuk di dunia.

a)

betul

b)

salah

13.

Fenomena ____________ merupakan gejala gangguan iklim yang disebabkan oleh penurunan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik.

a)

La Nina

b)

El Nino

14.

Pembinaan terowong SMART yang boleh berfungsi sebagai saliran air dan laluan kenderaan.

a)

betul

b)

salah

15.

Gambar di atas menunjukkan salah satu cara untuk ________________.

a)

mengurangkan pemanasan global

b)

meningkatkan suhu di atmosfera bumi

c)

menaikkan bil elektik

d)

kelihatan cantik jika tidak digunakan

16.

Menggunakan pengangkutan seperti di ini dapat membantu untuk mengurangkan pemanasan global.

a)

betul

b)

salah

17.

____________________ merupakan salah satu pelabuhan paling sibuk di dunia dan terlindung daripada bencana alam, efisien dan sistematik.

a)

Pelabuhan Hong Kong

b)

Pelabuhan Singapura

18.

Amalan 5R ini dapat meningkatkan suhu di atmosfera bumi.

a)

betul

b)

salah

19.

Masalah kesihatan seperti katarak mata ini adalah merupakan kesan-kesan pemanasan global

a)

betul

b)

salah

20.

Berapakah min suhu tahunan di Gurun Arab?

a)

27˚C

b)

25˚C

c)

28˚C

d)

29˚C

21.

Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) menghubungkan Lembah Klang dengan

a)

Kuantan hingga Tumpat

b)

Gemas hingga Johor Bahru

c)

Mentakab hingga Pasir Mas

22.

Laluan bawah tanah bagi projek MRT dikaitkan dengan

a)

faktor Bentuk muka bumi

b)

faktor Kemajuan teknologi

c)

faktor Dasar kerajaan

23.

Hujan perolakan kebiasaannya turun dengan ....

a)

renyai dan pada awal pagi

b)

lebat pada waktu petang beserta dengan kilat dan petir

c)

lebat pada awal pagi diikuti kilat

d)

renyai pada waktu tengahari

24.

Hujan bukit turun di kawasan..

a)

Pinggir laut

b)

Tanah pamah

c)

Tanah tinggi

d)

Tanah tinggi yang menghadap udara lembap

25.

Namakan kawasan yang menerima hujan paling sedikit di Malaysia.

a)

Bukit Larut, Taiping, Perak.

b)

Shah Alam, Selangor.

c)

Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

d)

Larkin, Johor.

26.

Tandakan negeri yang mengalami musim tengkujuh semasa kejadian Angin Monsun Timur Laut.

a)

Kelantan

b)

Terengganu

c)

Pahang

d)

Perak

e)

Sabah

27.

Apakah yang dimaksudkan dengan Iklim Khatulistiwa?

a)

Panas dan kering sepanjang tahun

b)

Panas dan hujan sepanjang tahun

c)

Panas dan lembap sepanjang tahun

d)

Panas sederhana sepanjang tahun

28.

Landasan kereta api pertama di malaysia telah dibina di

a)

Ipoh

b)

Taiping

c)

Georgetown

d)

Johor Bahru

29.

Kepentingan pengangkutan air di Malaysia ialah

– Menghubungkan kawasan pedalaman

– Membawa penumpang dan barangan

– Mengendalikan urusan perdagangan

a)

Betul

b)

Salah

30.

6. Perkhidmatan tele-kesihatan ialah pesakit boleh diperiksa

a)

dari mana hendak ke mana

b)

dari dekat tanpa perlu menggunakan teknologi komunikasi

c)

dari jauh oleh bomoh dengan menggunakan teknologi sihir

d)

dari jauh oleh doktor pakar menggunakan teknologi komunikasi

31.

10. Berikut adalah antara lokasi stesen satelit bumi di Malaysia

a)

Wilayah Persekutuan

b)

Putrajaya

c)

Shah Alam

d)

Kuantan, Pahang

32.

3. Berikut adalah tujuan MSC (Koridor Raya Multimedia) ditubuhkan.

a)

Menarik syarikat berteknologi tinggi untuk memajukan industri ICT Malaysia.

b)

Meluaskan jalur lebar ke serata pelosok negara.

c)

Menyediakan talian tetap dan memajukan industri telekomunikasi negara.

d)

Memperkasakan capaian internet dan infrastruktur telekomunikasi di seluruh negara

33.

5. Berikut adalah penggunaan alat telekomunikasi secara beretika

a)

Memasuki sistem informasi orang lain secara tidak sah

b)

Memberikan kata laluan dan kata nama kepada orang lain untuk masuk ke dalam sistem

c)

Mengenal pasti sumber maklumat dan kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya dalam media sosial.

d)

Menggunakan alat telekomunikasi untuk melanggar hukum dan norma dalam masyarakat.

34.

Pada 23 September setiap tahun akan berlaku ______________

a)

Ekuinoks musim bunga

b)

Solstis musim panas

c)

Ekuinoks musim luruh

d)

Solstis musim sejuk

35.

Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena pasang surut air laut?

a)

Faktor kuasa tarikan elektromagnet

b)

Faktor oleh daya koriolis ketika bumi berputar pada paksinya

c)

Faktor kesan tarikan graviti antara bumi dengan bulan atau matahari

d)

Faktor kesan peredaran bumi mengikut orbitnya

36.

Antara berikut, pernyataan manakah yang benar berkaitan sostis musim panas?

I Kutub utara mengalami 24 jam siang, manakala kutub selatan pula 24 jam malam bermula 21 Jun

II Fenomena ini berlaku bermula pada tarikh 22 Disember dan matahari pula berada tepat di atas garisan Khatulistiwa

III Hampir semua kawasan di bumi mengalami tempoh siang dan malam yang sama panjang

IV Matahari berada tegak di garisan sartan (23 ½ ⁰U) pada tempoh masa ini

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Berdasarkan Rajah tersebut, apakah yang berlaku di kawasan X ?

a)

Berlaku gerhana matahari penuh di bumi

b)

Bumi akan melindungi cahaya matahari dari terpancar ke bulan

c)

Bulan akan menjadi gelap kerana ditutupi oleh bayang-bayang bumi

d)

Berlaku gerhana matahari separa di bumi

38.

Apakah kegiatan ekonomi manusia berdasarkan maklumat berikut?

Min suhu tahunan - 14 °\degree  c
Musim sejuk diliputi salji

a)

Pembalakan

b)

Pertanian

c)

Memburu haiwan liar

d)

Penternakan

39.

Apakah kegiatan ekonomi yang sesuai dijalankan dalam maklumat berikut?


Arus sejuk dan arus panas

a)

Pembalakan

b)

Pertanian

c)

Perikanan

d)

Penternakan

40.

Bagaimanakah ciri-ciri geografi mempengaruhi kemajuan Pelabuhan Hong Kong?

a)

Terlindung, dasar laut yang dalam dan menjadi laluan utama ke Laut China Selatan.

b)

Terdedah dan berhampiran gunung ganang yang tinggi.

c)

Berhampiran garisan Khatulistiwa

d)

Jauh daripada lingkaran gunung berapi dan gempa bumi

41.

Aktiviti manusia dalam gambar di bawah membebaskan gas... ............yang menyumbang kepada pemanasan global.

a)

metana

b)

sulfur oksida

42.

Antara berikut yang manakah dapat mengurangkan pemanasan global?

a)

memaksimumkan penggunaan alat penyaman udara

b)

menggunakan barangan elektrik berkuasa tinggi

c)

menanam pokok di sekitar kawasan kediaman

d)

mengamalkan penggunaan pengangkutan awam

43.

Antara yang berikut, yang manakah berkonsepkan teknologi hijau?

I Menggunakan bekas polisterina

II Menggunakan peralatan pakai buang

III Mengedar dokumen secara elektronik

IV Penggunaan pencahayaan semula jadi

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

44.

Apakah produk teknologi hijau

a)
b)
c)
d)
45.

Apakah maksud produk biodegradasi?

a)

A. Produk yang dapat diuraikan secara semula jadi

b)

B. Produk yang dapat direputkan melalui tindakan kimia

c)

C. Produk yang melalui penguraian sebatian yang kompleks

d)

D. Produk yang dihasilkan proses biologi