wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN PENGUKUHAN TOPIK 4 & 5 - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Total questions: 16

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Terdapat 3 lapisan perpaduan yang perlu dicapai dalam konteks pemantapan kesepaduan nasional di Malaysia iaitu...

a)

bekerjasama, bersatu padu, berganding bahu

b)

perpaduan, kesepaduan, penyatupaduan

c)

bahasa, agama dan budaya.

d)

penubuhan parti, pilihanraya, pelaksanaan dasar

2.

Perpaduan bermaksud ...

a)

negara berada dalam keadaan harmoni.

b)

keadaan aman, makmur, stabil dan sejahtera yang dicapai tetapi diakui masih terdapat perbezaan defisit sosial.

c)

usaha berterusan pada semua lapisan peringat masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial.

d)

matlamat akhir yang diidamkan dalam sebuah negara yang berbilang etnik.

3.

Berikut adalah detik-detik perpaduan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia KECUALI

a)

Pengkebumian

b)

Sukan

c)

Makanan

d)

Kesihatan

4.

Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia adalah hasil gabungan daripada beberapa peradaban besar dunia yang terjalin di Alam Melayu.

a)

Betul

b)

Salah

5.

Globalisasi merujuk kepada ..

a)

fenomena alam yang semakin teruk.

b)

fenomena dunia tanpa batasan.

c)

fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecil dari segi perhubungan dan perkembangan teknologi.

d)

fenomena kemajuan yang kesemuanya memberi manfaat secara total.

6.

Berikut adalah kebaikan globalisasi KECUALI

a)

Komunikasi yang lebih mudah dan murah.

b)

Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.

c)

Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan memberi bantuan.

d)

Peluang yang lebih luas untuk berinteraksi melangkaui sempadan negara.

7.

Berikut adalah keburukan globalisasi KECUALI

a)

Pembangunan dan jurang perbezaan ekonomi semakin melebar.

b)

Jenayah siber yang sukar dibendung.

c)

Faktor keuntungan mengurangkan penjagaan kualiti alam sekitar.

d)

Hak asasi manusia lebih difahami.

8.

Usaha mewujudkan negara bangsa merupakan satu langkah ke arah mewujudkan 1 negara 1 bangsa merentasi politik, agama dan bangsa.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Antara usaha yang bersesuaian dilaksanakan untuk membentuk negara bangsa Malaysia ialah...

a)

hanya satu bentuk makanan untuk semua bangsa.

b)

melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan satu kurikulum kebangsaan untuk semua jenis sekolah.

c)

satu agama untuk semua bangsa.

d)

budaya yang sama untuk semua bangsa.

10.

Ciri-ciri utama pembentukan sebuah negara adalah..

a)

penduduk, budaya, makanan ruji, keperluan asas.

b)

pemimpin, politik, undang-undang, budaya.

c)

penduduk, sempadan, kerajaan dan kedaulatan.

d)

tanah asal, rakyat,pemimpin dan kebebasan.

11.

Bagi mencapai konsep sebenar negara bangsa, Malaysia perlu mempunyai ciri-ciri berikut...

a)

Kehidupan masyarakat yang bersatupadu tanpa berlaku pemisahan dan diskriminasi kaum.

b)

Berpegang kepada satu semangat kenegaraan.

c)

Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem pentadbiran dan undang-undang.

d)

Semua jawapan tersebut.

12.

Rukun Negara, bendera Malaysia, lagu negaraku adalah antara simbol_______ rakyat Malaysia.

a)

negara maju

b)

simbol keutuhan .

c)

pemerintahan

d)

kewarganegaraan

13.

Di Malaysia, kesepaduan Nasional yang telah wujud dilaksanakan melalui tiga rangkai proses yang bergerak serentak iaitu... (pilih 3 jawapan yang tepat.

a)

perpaduan yang diidamkan.

b)

kesepaduan yang dicapai

c)

penyatupaduan yang diusahakan.

d)

defisit sosial

14.

Pilih jawapan yang paling tepat.

Defisit sosial bermaksud...

a)

kekurangan dalam konteks agama yang memerlukan usaha penyatupaduan berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan

b)

Pelan Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan Malaysia

c)

kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan usaha penyatupaduan berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan

d)

Pelan Tindakan Perpaduan Negara

15.

Terdapat 10 Defisit Sosial yang dikenalpasti oleh IPNas. Antara defisit-defisit sosial tersebut ialah...

(lebih dari satu jawapan)

a)

Makanan

b)

Agama

c)

Media

d)

Bahasa

16.

Etos adalah sifat ciri sesuatu bangsa. Etos Nasional Bangsa Malaysia antaranya merujuk kepada perkongsian ____________, _____________ dan _____________.

a)

sejarah, nilai, kekitaan bersama.

b)

cita-cita, moral, warganegara.

c)

masa depan, mata wang, etika.