NEW
Font size
WorksheetsPENJODOH BILANGAN
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Abang hanya makan dua___________________ durian selepas makan tengah hari.
ulas
biji
buah
Di belakang pondok itu terdapat se ____________________ pokok buluh yang merimbun.
ruas
pohon
rumpun
__________________ kedai musnah dalam kebakaran semalam.
Sekumpulan
Sepatah
Sederet
Pak Husin memangkas dahan pokok jambu dengan se______ parang.
biji
rawan
bilah
__________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makan.
Sepasukan
Sekawan
Serumpun
Siti memetik se____________ bunga mawar.
jambak
helai
kuntum
Untuk memagari kebunnya,Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus__________ kawat berduri.
utas
bidang
gelung
Farid mencarik ____________ kertas untuk menulis nombor telefon rakannya itu.
segulung
secebis
seekor
Puan Anne memasukkan __________ garam ke dalam gulai yang dimasaknya.
secubit
seketul
secawan
Pasukan polis menemukan beberapa _______________ peluru terlekat pada dinding bangunan itu.
butir
kapal
buah
_____________ singa menggerumuni kerbau itu sebelum seekor daripadanya menerkam dan mengigit tengkuk mangsanya itu.
Sebiji
Segerombolan
Sekawan
Mak Teh Leha meletakkan beberapa ___________ timun ke dalam bungkusan nasi lemak yang dipesan pelanggannya.
hiris
batang
ketul
Mardiana memasukkan beberapa ___________ ais ke dalam gelas.
biji
ketul
batang
Dengan hanya ___________ MyKad, kita dapat menyelesaikan pelbagai urusan.
sebiji
sebuah
sekeping
Pihak polis melepaskan se __________ tembakan ke udara.
butir
das
buah
