Font size
WorksheetsT2B6 Pengasasan Kesultanan Johor Riau
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Sultan Alauddin Riayat Shah 1 telah membina pusat pemerintahan pertama Kesultanan Johor Riau pada tahun 1528.
Apakah pusat pemerintahan tersebut?
Kota Batu
Kota Kara
Kota Tinggi
Kota Sayong
Pembinaan pusat pemerintahan Johor Riau ialah berhampiran sungai yang lebar.
Mengapakah pusat pemerintahan dibina di lokasi tersebut?
Memudahkan kapal keluar masuk
Menghalang tiupan angin monsun
Menjadi benteng pertahanan utama
Melambatkan pencerobohan kuasa luar
Perang Tiga Segi telah berlaku kerana perebutan untuk menguasai perdagangan di Alam Melayu.
Apakah kawasan yang menjadi perebutan tersebut?
Laut Jawa
Johor Riau
Selat Melaka
Pulau Pinang
Mengapakah berlaku Perang Johor-Jambi yang tercetus dari tahun 1659 hingga 1679?
Jawa tidak membayar ufti
Johor menuntut wilayah Tungkal
Belanda menceroboh perairan Jambi
Portugis menguasai perdagangan Johor
"Raja Kechil telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Johor Riau"
Bagaimana tindakan Raja Sulaiman menghalang pengisytiharan tersebut?
Menyerang kubu pertahanan Raja Kechil
Meminta bantuan Opu Bugis Lima bersaudara
Melantik Tun Abdul Jalil sebagai Menteri Besar
Menggalakkan kemasukan kapal perang Portugis
Siapakah yang telah dilantik sebagai Yamtuan Muda Bugis yang pertama di Johor?
Daeng Chelak
Daeng Kemasi
Daeng Parenai
Daeng Merewah
"Pusat pemerintahan Johor Riau semasa pemerintahan Sultan Ibrahim dipindahkan dari Johor-Riau ke Riau-Lingga"
Mengapakah berlaku pemindahan pusat pentadbiran tersebut?
(Jawapan lebih dari satu)
Mengukuhkan kedaulatan kerajaan
Kemajuan sistem perdagangan
Keperluan strategi ketenteraan
Muslihat pertahanan diri
Kesultanan Johor Riau telah menjalinkan persahabatan dengan kuasa Barat.
Apakah kuasa tersebut?
British
Portugis
Belanda
Perancis
Pada 17 Mei 1606, sebuah perjanjian telah ditandatangani oleh Johor di atas sebuah kapal bernama Oranje.
Apakah perjanjian tersebut?
Perjanjian Johor-Jambi
Perjanjian Johor-Acheh
Perjanjian Johor-Portugis
Perjanjian Johor-Belanda
Johor telah memberi bantuan kepada Belanda semasa berperang dengan Portugis di Melaka.
Apakah batuan yang diberikan Johor kepada Belanda?
(Jawapan lebih dari satu)
Menggali parit kubu
Membuat tapak meriam
Memberi sumber kewangan
Menghantar pasukan tentera
Bagaimanakah Johor Riau muncul sebagai pusat perdagangan yang unggul?
Kekuatan ketenteraan
Kerjasama masyarakat
Keadilan undang-undang
Kedudukan yang strategik
" Pancor - Batu Sawar - Johor Lama"
Apakah persamaan peranan kawasan berikut terhadap kerajaan Johor?
Pusat pelabuhan
Pusat pertahanan
Pusat perdagangan
Pusat pemerintahan
"Terdapat pedagang yang tidak berminat berdagang dengan Portugis di Melaka telah beralih ke pelabuhan Johor"
Siapakah pedagang tersebut?
Pedagang Gujerat
Pedagang China
Pedagang Siam
Pedagang Jawa
Pedagang Siam telah memasarkan hasil dagangan ke pelabuhan Johor. Apakah hasil dagangan tersebut?
Kayu balak
Beras
Sutera
Gading gajah
Pelabuhan Johor Riau telah menjadi pusat pengumpulan pelbagai barang dagangan dari tanah jajahan dan naungannya.
Apakah barang dagangan tersebut?
Mutiara
Wangian
Bijih besi
Lada hitam
"Pedagang Klang - Pedagang Bernam - Pedagang Sungai Ujong"
.
Apakah persamaan hasil dagangan pedagang tersebut di atas?
Lilin
Kelembak
Bijih timah
Kayu gaharu
Apakah pelabuhan Johor Riau yang menjadi pusat perdagangan dengan kerajaan China?
Pelabuhan Sayong
Pelabuhan Seluyut
Pelabuhan Kota Kara
Pelabuhan Batu Sawar
"Kain - Manik - Wangian"
.
Siapakah pedagang yang membawa hasil dagangan tersebut?
Pedagang Arab
Pedagang Jambi
Pedagang China
Pedagang Gujerat
Pelabuhan Johor Riau telah menyediakan gudang bawah tanah.
Apakah tujuan penyediaan gudang tersebut?
Kebakaran dapat dielakkan
Masalah banjir dapat diatasi
Kos penyewaan lebih murah
Barangan tidak boleh rosak
Apakah tujuan Seri Nara Diraja menitahkan rakyat Johor Riau berhimpun?
Membina kota
Melantik sultan
Membuka negeri
Menentang musuh
