wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TAHUN 5/6

Total questions: 80

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Murid-murid dikehendaki berbaris sebelum pergi ke __________untuk menonton pertunjukan

a)

makmal

b)

sekolah

c)

dewan

d)

kantin

2.

Abang saya baru membeli sebuah kamera digital berjenama _________

a)

Stabilo

b)

Honda

c)

Canon

d)

Nokia

3.

Zamri sekeluarga menginap di ______ semasa melancong ke Pulau Pinang

a)

Butik Rini

b)

Klinik Lee

c)

Restoran Jaya

d)

Hotel Sri Pelangi

4.

Hari Guru disambur pada bulan ________ setiap tahun

a)

Mac

b)

Mei

c)

Jun

d)

Julai

5.

" Pukul berapakah _______ akan memulakan gotong-royong?" tanya murid-murid kepada Cikgu Chong

a)

mereka

b)

kamu

c)

kami

d)

dia

6.

Walaupun saya dan Liza tinggal setaman , namun _______ jarang bertemu

a)

baginda

b)

beliau

c)

kami

d)

kita

7.

Bilakah _______ sultan akan tiba di sini ?

a)

baginda

b)

beta

c)

hamba

d)

beliau

8.

Para penumpang yang dihormati , _________diminta untuk memasang tali pinggan keledar sekarang

a)

kami

b)

awak

c)

anda

d)

dia

9.

Ketiga-tiga orang peserta itu dari sekolah saya. ________ selalu mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan

a)

Beliau

b)

Kami

c)

Mereka

d)

Dia

10.

“ ———————akan menjalankan perintah tuanku," jawab Hang Tuah

a)

Hamba

b)

Tuan Hamba

c)

Patik

d)

Beta

11.
Pokok rambutan di dusun datuk berbuah ____________.
a)
penuh
b)
besar
c)
harum
d)
lebat
12.
Pisau itu ______________ kerana baru sahaja diasah.
a)
tajam
b)
tinggi
c)
cantik
d)
tumpul
13.
 Bayi itu tidur dengan ___________ di atas pangkuan ibunya.
a)
Kaku 
b)
riang 
c)
diam 
d)
nyenyak
14.
 Baju Ching Ting sudah ________kerana kerap dipakainya.
a)
Uzur
b)
lusuh   
c)
 layu 
d)
kelam
15.

Kami sungguh _____________ akan kepetahannya mematahkan hujah pihak pembangkang.

a)

sangsi

b)

hairan

c)

kagum

d)

kaget

16.

Dia didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tersebut dalam keadaan fikiran yang _______________.

a)

bersih

b)

betul

c)

baik

d)

waras

17.

Perahu nelayan itu telah dihanyutkan oleh arus _________________.

a)

laju

b)

deras

c)

kencang

d)

pantas

18.

Ayah selalu menasihati abang supaya memandu kereta dengan ______________.

a)

cermat

b)

baik

c)

bijak

d)

teliti

19.

Bunyi letupan itu amat _____________ sehingga menggegarkan bangunan yang berdekatan.

a)

kuat

b)

bising

c)

teguh

d)

hebat

20.

Daging kambing panggang itu tidak dapat dimakan kerana terlalu ______________.

a)

keras

b)

liat

c)

empuk

d)

lembut

21.

Pengantin perempuan itu sungguh _______________ sewaktu mengenakan sepersalinan songket di majlis perkahwinannya itu.

a)

rapi

b)

segak

c)

anggun

d)

unggul

22.

Kakinya terasa _____________ kerana terlalu jauh berjalan.

a)

lemau

b)

lenguh

c)

lembik

d)

kecut

23.

Dahi adik kelihatan _____________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.

a)

bengkok

b)

bengkak

c)

botak

d)

lompong

24.

Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada ______________ pemandunya.

a)

kelajuan

b)

kelalaian

c)

keberanian

d)

kesibukan

25.

Asap ______________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran.

a)

tebal

b)

nipis

c)

berkilat

d)

berwarna

26.

Biskut coklat yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ___________.

a)

rangup

b)

lemau

c)

rapuh

d)

hangit

27.

Pada hari minggu, Albert Lim menonton televisyen hingga _____________ malam.

a)

hari

b)

larut

c)

gelap

d)

nampak

28.

Puan Linda sentiasa mengambil berat.......... kebajikan anak-anak buahnya dalam subjek bahasa Melayu walaupun keadaan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP).

a)

terhadap

b)

tentang

c)

akan

29.

Baju kurung jahitan tangan ini dibeli ............ibu kesayangan di kampung.

a)

untuk

b)

demi

c)

bagi

30.

Perasaan simpati ...........anak-anak yatim menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya.

a)

kepada

b)

terhadap

c)

akan

31.

Sesi pembelajaran dalam talian itu akan dikendalikan ...........pukul 8 malam.

a)

pada

b)

dalam

c)

hingga

32.

Maklumat palsu yang diperoleh ...........sumber yang tidak sahih haruslah dilaporkan kepada pihak berkuasa.

a)

dari

b)

daripada

c)

terhadap

33.

Pertandingan Karnival bahasa Melayu yang..........adakan pada minggu hadapan terpaksa ditunda disebabkan (PKP).

a)

di

b)

akan

c)

pada

34.

Emak menunggu kepulangan anaknya..........pagi hingga ke petang kerana sangat merindui anaknya.

a)

dari

b)

daripada

c)

pada

35.

En Sharifuddin rindu............ isterinya kerana terpaksa berpisah disebabkan positif Coronavirus sehingga sembuh.

a)

akan

b)

kepada

c)

pada

36.

Pasukan sukarelawan aktif memohon sumbangan........... membantu golongan yang kurang berkemampuan akibat PKP.

a)

bagi

b)

kepada

c)

agar

37.

Rakyat Malaysia mesti membantu......... kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

a)

demi

b)

untuk

c)

agar

38.

Menteri kesihatan Malaysia sedang berbincang bersama pengarah kesihatan setiap negeri........... masalah wabak penyakit Covid-19 yang semakin meningkat.

a)

tentang

b)

terhadap

c)

akan

39.

Adik ... izin daripada ibu untuk pergi ke taman permainan.

a)

diminta

b)

meminta

c)

permintaan

d)

terpinta

40.

Semua penduduk telah ... keputusan untuk ... balai raya itu.

a)

bersetuju ... baikkan

b)

menyetujui ... membaiki

c)

dipersetujui ... dibaiki

d)

persetujuan ... baiki

41.

Hadiah itu adalah ... Encik Shafi kepada isterinya bersempena dengan hari ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

diberi

b)

memberi

c)

pemberi

d)

pemberian

42.

Azim sanggup ... nyawanya semata-mata untuk ... rakannya yang hampir lemas.

a)

menaruh ... selamatkan

b)

bertaruh ... diselamatkan

c)

dipertaruhkan ... terselamat

d)

mempertaruhkan ... menyelamatkan

43.

Penduduk di kawasan pedalaman itu ... penyakit kulit akibat air sungai yang tercemar.

a)

berjangkit

b)

menjangkiti

c)

dijangkiti

d)

jangkitan

44.

"Dalam ... saya, kegagalan murid-murid itu berpunca daripada sikap mereka sendiri," kata Cikgu Ayu.

a)

keamatan

b)

pengamatan

c)

memperamat

d)

teramat

45.

pokok itu tumbang setelah ... kilat petang tadi.

a)

sambaran

b)

disambar

c)

menyambar

d)

bersambar

46.

Kamu perlu ... suara ketika berbual-bual supaya tidak mengganggu orang lain.

a)

kerendahan

b)

merendahkan

c)

perendahkan

d)

terendah

47.

Orang yang ... dalam sesuatu pertubuhan haruslah melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan penuh amanah.

a)

penjawat

b)

menjawat

c)

berjawatan

d)

perjawatan

48.

Beberapa ... daripada penyelidikan itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan saintis yang terlibat.

a)

pendapatan

b)

pendapat

c)

dapatan

d)

dapati

49.

Semua murid dikehendaki __________________ di dewan sekolah.

a)

mengumpul

b)

berkumpul

c)

kumpulan

d)

dikumpul

50.

Bas yang dinaiki oleh Amir telah ____________ dalam kemalangan.

a)

penglibatan

b)

melibatkan

c)

terlibat

d)

dilibat

51.

Apabila adik _______________ daripada tidur, dia terus menangis.

a)

menjaga

b)

berjaga

c)

terjaga

d)

dijaga

52.

___________ komputer dapat mempercepat segala urusan khususnya dalam penyimpanan data.

a)

Penggunaan

b)

Berguna

c)

Gunaan

53.

Aminah berusaha _________ basikalnya yang rosak.

a)

membaikkan

b)

membaiki

c)

kebaikan

d)

pembaikan

54.

Mesyuarat yang diadakan akan ________ masalah pencemaran.

a)

perbincangan

b)

memperbincangkan

c)

membincangkan

55.

_____________ Lim untuk melanjutkan pelajaran telah diluluskan oleh majikannya.

a)

Permohonan

b)

Memohonkan

c)

Dipohonkan

56.

Pihak polis telah __________ pingat ______ kepada Haqim kerana telah membantu mereka menangkap perompak itu tempoh hari.

a)

memberikan _____ keberanian

b)

memberikan ____ memberanikan

c)

memberi___keberanian

d)

memberikan ___ keberaniyan

57.

Ayah ________ saya sebuah buku cerita.

a)

menghadiahkan

b)

menghadiahi

c)

hadiahkan

58.

Salah seorang sultan pada zaman _______ Melayu Melaka ialah Sultan Mahmud Syah.

a)

Kesutanan

b)

Bersultankan

c)

Kesultanan

d)

Sultan

59.

Tempat menteri bertugas disebut_______.

a)

kementerian

b)

kesihatan

c)

pendidikan

d)

jabatan

60.

"Dalam ... saya, kegagalan murid-murid itu berpunca daripada sikap mereka sendiri," kata Cikgu Ayu.

a)

keamatan

b)

pengamatan

c)

memperamat

d)

teramat

61.
"Saya menitahkan Hang Jebat balik ke Melaka," titah Sultan Mansur Syah kepada Tun Perak.
a)
Hamba
b)
Patik
c)
Beta
d)
Saya
62.
Kami begitu leka menikmati pemandangan di Pulau Pangkor yang terlalu indah sekali.
a)
indah
b)
terlalu indah
c)
terlalu indah sekali
d)
sekali indah
63.
Semua pelajar-pelajar dikehendaki berada di dataran pada jam 3.30 petang ini.
a)
Semua pelajar-pelajar
b)
pelajar-pelajar
c)
Semua
d)
pelajar
64.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Rendang ayam untuk kenduri ini saya masak daripada pagi tadi.

a)

Rendang

b)

untuk

c)

saya

d)

daripada

65.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Ayah tidak bersetuju dengan kedua orang peguam yang mahukan kanak-kanak itu dihantar ke rumah kebajikan kerana kanak-kanak itu masih mempunyai waris yang boleh menjaga mereka.

a)

tidak

b)

kedua

c)

dihantar

d)

mereka

66.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Seluar yang bergantung-gantungan di tepi tingkap itu diambil oleh Encik Baba agar penghuni dorm itu lebih prihatin untuk menjaga keceriaan dan kekemasan bilik mereka.

a)

yang

b)

bergantung-gantungan

c)

prihatin

d)

mereka

67.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Kita sesama manusia perlu saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain.

a)

sesama

b)

perlu

c)

saling hormat-menghormati

d)

lain

68.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Kelima-lima orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah di atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka dalam pertandingan reka cipta itu.

a)

Kelima-lima

b)

diberikan

c)

di atas

d)

dalam

69.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Pihak pengurusan Hotel Sri Malaysia menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan-pelanggan sempena cuti sekolah.

a)

menawarkan

b)

kepada

c)

para pelanggan-pelanggan

d)

sempena

70.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Pelancong dari negara Taiwan itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan manggis.

a)

dari

b)

sangat

c)

sukakan

d)

seperti

71.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


"Sudahkah kalian menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada murid-muridnya.

a)

kalian

b)

aku

c)

kepada

d)

murid-muridnya

72.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Beribu-ribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang penyakit selesema burung pihak berkuasa musnahkan.

a)

Beribu-ribu

b)

peliharaan

c)

diserang penyakit

d)

pihak berkuasa musnahkan

73.

PILIH PERKATAAN YANG MENGANDUNGI KESALAHAN BAHASA


Banyak pelancong yang datang dari Amerika dan Eropah terpikat kepada keindahan Pulau Tioman ketika kali pertama berkunjung ke pulau itu.

a)

Banyak pelancong

b)

dari

c)

kepada

d)

berkunjung

74.

Gejala penagihan dadah tidak sahaja memberikan imej yang buruk kepada negara malahan juga meningkatkan masalah sosial.

a)

sahaja bukan memberikan imej

b)

bukan sahaja memberikan imej

c)

sahaja tidak memberikan imej

d)

tidak sahaja memberikan imej

75.

Pudu Raya adalah lambang atau mercu tanda pentadbiran negara yang cekap dan berwawasan.

a)

Metrojaya ialah lambang

b)

Petaling Jaya ialah lambang

c)

Putrajaya ialah lambang

d)

Pudu Raya ialah lambang

76.

Sebelum memulakan ceramahnya, pelajar itu mendeklamasikan sebuah sajak yang bertemakan 1 Malaysia.

a)

mendeklamasikan sebaris ayat

b)

mendeklamasikan serangkap pantun

c)

mendeklamasikan sebaris perkataan

d)

mendeklamasikan sebuah sajak

77.

Cita-cita Kishantini untuk menjadi peguam terkubur kerana gagal menyelesaikan pelajarannya dalam bidang perubatan.

a)

untuk menjadi doktor terkubur

b)

untuk menjadi jururawat terkubur

c)

untuk menjadi jurutera terkubur

d)

untuk menjadi peguam terkubur

78.

Bulan November ialah bulan yang paling akhir dalam kalender dan pada bulan itulah ibu bapa mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga.

a)

Bulan September ialah bulan paling akhir

b)

Bulan Oktober ialah bulan paling akhir

c)

Bulan Disember ialah bulan paling akhir

d)

Bulan November ialah bulan paling akhir

79.

Guru ialah orang yang paling hampir dengan anak-anak sejak mereka dilahirkan.

a)

Ibu bapa ialah orang

b)

Masyarakat ialah orang

c)

Rakan sebaya ialah orang

d)

Guru ialah orang

80.

Semua rakyat bersedih atas kematian sultan yang dikasihi pada awal pagi semalam.

a)

atas kehilangan sultan

b)

atas kemangkatan sultan

c)

atas kewafatan sultan

d)

atas kematian sultan