NEW
Font size
WorksheetsTatabahasa Tahun 6
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
"_____________ tidak akan memberikan keampunan kepada tuan hamba!" titah Tuanku Muadzam dengan murka.
Beta
Saya
Patik
Baginda
Kassim _______________ bola dengan kuat hingga terkena pasu bunga neneknya.
menolak
menyepak
menggelecek
memegang
Beberapa ekor burung murai ______________ di atas dahan pokok di belakang rumah Amran.
berdesir
berkokok
berkicau
bersiul
Mereka ______________ sambil minum petang di anjung rumah.
bertitah
berfikir
bergurau
bersembang
Pak Samad ________________ basikalnya ketika menuruni bukit yang agak curam itu.
menonton
mengheret
memegang
menuntun
Kereta yang dipandu oleh ibu bergerak dengan ____________ kerana jalan sesak.
lancar
lajak
cermat
perlahan
Pak Abu menggunakan _______________ gergaji untuk memotong buluh bagi membuat tabung yang diminta anak saudaranya.
sepucuk
sebatang
sebilah
selaras
Kamil dan rakannya sedang mengait beberapa ____________ buah rambutan dengan sebatang galah.
ikat
gugus
cekak
tangkai
Tulisan Zaim seperti ________________ dan selalu ditegur oleh guru kelasnya.
kaki ayam
ayam tambatan
cakar ayam
tahi ayam
Mak Cik Esah ______________ melihat barang permainan yang berselerak di ruang tamu itu.
sakit mata
sengkang mata
main mata
putih mata
Puan Salwa bersetuju ______________ harga beg tangan yang ditawarkan oleh peniaga itu.
dengan
kepada
untuk
daripada
Nahas helikopter itu telah ________________ juruterbang dan penumpang yang dipercayai berpunca daripada kerosakan enjinnya.
mengorbankan
mematikan
memusnahkan
menguburkan
Ayah telah _________________ sebentuk cincin kepada ibu pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.
dihadiahi
dihadiahkan
menghadiahi
menghadiahkan
Pilih ayat yang menggunakan perkataan BURUK secara betul.
I Cuaca BURUK menyebabkan permainan ini terpaksa dibatalkan.
II Rumah yang BURUK itu kelihatan baharu setelah dicat semula.
III Menjual besi BURUK juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.
IV Salman tidak mempunyai banyak kawan kerana sikunya BURUK.
I dan III
III dan IV
I, II dan III
I, II, III dan IV
Pilih ayat yang menggunakan perkataan MENAHAN secara betul.
I Pihak polis telah berjaya MENAHAN penjenayah yang kejam itu.
II Kamilah berjalan tergesa-gesa lalu MENAHAN sebuah teksi.
III Bekalan makanan untuk mangsa banjir itu MENAHAN untuk seminggu.
IV Ayah MENAHAN pagar yang condong itu dengan sebatang kayu.
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Mengapakah kamu gemar mengulang kaji pelajaran pada waktu malam?
Saya gemar mengulang kaji pelajaran di bilik bacaan.
Saya lebih tenang mengulang kaji pelajaran pada waktu itu.
Saya lebih suka mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.
Saya mengulang kaji semua mata pelajaran penting pada masa itu.
Cikgu tetap mengajarkan Matematik ________________ ramai murid tidak hadir ke kelas tambahan itu.
sementara
jangankan
manakala
biarpun
_____________ beberapa kali mencuba, dia gagal menjawab soalan itu dengan betul.
Namun
Walaupun
Sedangkan
Bagaimanapun
Tandas yang berbau ______________ itu tidak dicuci oleh pekerja sejak dua hari yang lepas.
hanyir
kusam
hancing
kelat
"__________ kerja masing-masing dan __________ mengganggu pelajar lain." kata Cikgu Ghazali.
Bina.......entah
Latih.....tiada
Buat......jangan
Cuba......enggan
