wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sajak Bintang

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Berapa rangkapkah sajak Bintang?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

e)

5

2.

Sajak ialah genre __________?

a)

Puisi Tradisional

b)

Puisi Moden

c)

Seloka

d)

Teromba

3.

Melihat rumah ini

Penuh dengan cahaya


Baris sajak di atas boleh membawa pelbagai maksud, kecuali

a)

kesepian

b)

ketenangan

c)

kegembiraan

d)

kebahagian

4.

Mengapakah ibu tidak memerlukan bintang yang bercahaya?

a)

cahaya bintang tidak akan kekal lama

b)

ibu sudah mempunyai bintang hati iaitu penyajak

c)

keluarga sudah dianggap cahaya yang sebenar

d)

kebahagian dianggap cahaya yang sudah dimilikinya

5.

Berdasarkan sajak "Bintang", penyajak seorang yang _________ terhadap ibu bapanya.

a)

angkuh

b)

pemarah

c)

penyayang

d)

mementingkan diri

6.

Perulangan perkataan yang sama pada akhir ayat dalam baris "kulihat cantiknya bintang-bintang" (R1:B3) dan "membawa pulang bintang-bintang" (R1:B6) merupakan penggunaan gaya bahasa

a)

metafora

b)

sinkope

c)

anafora

d)

epifora

7.

Pada pendapat anda, apakah bentuk kebaktian yang perlu dilakukan oleh anak-anak terhadap ibu bapa yang telah tua?

a)

selalu memberikan ibu bapa wang

b)

memberikan tempat tinggal yang selesa

c)

memastikan ibu bapa dalam keadaan sihat

d)

terus memberikan perhatian sepanjang hayat mereka

8.

Gaya bahasa yang mewakili contoh di bawah ialah_____


aku ingin terbang ke sana (R1:B5)

a)

Personifikasi

b)

hiperbola

c)

simile

d)

sinkope

9.

"bintang hati"

mewakili gaya bahasa ___________

a)

metafora

b)

hiperbola

c)

simile

d)

personifikasi

10.

Sajak "Bintang" bernada _______?

a)

Romantik

b)

Patriotisme

c)

Melankolik

11.

Apakah maksud frasa "rumah sudah bercahaya" dalam R2:B5?

a)

sudah kaya

b)

hidup mewah

c)

berasa bahagia

d)

dilimpahi dengan cahaya bintang

12.

Mengapakah penyajak ingin menghadiahkan bintang kepada ibu bapanya?

a)

untuk terangkan rumah mereka

b)

untuk membalas jasa ibu bapanya

c)

ibu bapanya inginkan sebutir bintang

d)

dapat menggembirakan dan membahagiakan mereka

13.

Bagaimanakah sikap ibu bapa penyajak terhadap keinginan anaknya menghadiahkan bintang kepadanya?

a)

menolak

b)

menerimanya

c)

menafikannya

d)

mengabaikannya

14.

Berikan contoh untuk persoalan kepentingan kebahagian dalam sesebuah keluarga berdasarkan sajak

a)

lebih mementingkan pemberian hadiah

b)

memberikan kebebasan kepada anak-anak

c)

sanggup menyediakan semua kemewahan untuk anak-anak

d)

kebahagian ibu bapa bukan pada pemberian hadiah atau harta benda sebaliknya anak-anak itu sendiri

15.

Anak-anak ialah harapan ibu bapa.

Pada pendapat anda, apakah harapan ibu bapa terhadap anak-anak mereka?

a)

hidup berdikari apabila sudah berjaya dalam hidup

b)

menyediakan tempat yang selesa untuk mereka menempuh hari tua

c)

menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara

d)

anak-anak dapat memberikan kemewahan kepada mereka apabila sudah berjaya

16.

Apakah tema bagi sajak "Bintang"

a)

kasih sayang yang utuh antara anak dan ibu bapanya

b)

ketabahan hidup sepasang suami isteri dalam membesarkan anak-anaknya

17.

Nilai yang terdapat dalam sajak "Bintang" ialah _____

a)

kerjasama

b)

kasih sayang

c)

keberanian

d)

kegigihan

18.

Pengajaran yang terdapat dalam sajak "Bintang" ialah__________

a)

kita mestilah bersikap amanah dan jujur dalam menjalankan tugas

b)

kita janganlah memandang hina kepada orang lain

c)

kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang banyak berbudi kepada kita

19.

tentu ibu gembira


Apakah gaya bahasa bagi perkataan yang bergaris di atas?

a)

simile

b)

inversi

c)

kata ganda

d)

hiperbola

20.

bintang itu adalah aku

bintang hati ayah dan ibu


Gaya bahasa bagi perkataan bergaris di atas ialah ________

a)

anafora

b)

epifora

c)

inversi

d)

asonansi

21.

Dalam rangkap pertama sajak, di manakah penyajak duduk memerhatikan bintang di langit?

a)

di dapur rumahnya

b)

di atap rumahnya

c)

di halaman rumahnya

d)

di jendela rumahnya

22.

Siapakah penulis sajak "Bintang"?

a)

Usman Awang

b)

A. Samad Said

c)

Siti Zaleha M. Hashim

d)

Pena Alam

23.

Apakah maksud simpulan bahasa "Bintang Hati"?

a)

orang yang terkenal

b)

orang yang selalu diingati

c)

orang yang dibenci

d)

orang yang disayangi

24.

Mengapakah langit kelihatan indah pada waktu malam?

a)

mempunyai cahaya bulan yang terang pada waktu malam

b)

dihiasi bintang-bintang yang bergemerlapan

c)

suasana yang gelap dan menenangkan

d)

dipandang dari jarak yang sangat jauh

25.

Berikut ialah contoh gaya bahasa sinkope

a)

kulihat cantiknya bintang-bintang

b)

menghiasi langit yang terbentang

c)

itu tidak perlu

d)

ayah sudah ada bintang

e)

begitu juga ibu